Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
Ia dimaklumkan kepada umum menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun rasmi Istana Negara di Facebook.
Istana Negara/Facebook
Istana Negara/Facebook
Istana Negara/Facebook
Pengumuman itu juga dibuat sejurus sahaja selesai perbincangan mesyuarat khas yang diadakan oleh Majlis Raja-Raja di Istana Negara sekitar jam 2:30 petang tadi.
Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan Timbalan Menteri sebelum ini berjaya menerima sokongan majoriti sebanyak 114 daripada Ahli Dewan Rakyat.
Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri dijadualkan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos jam 2:30 bertempat di Istana Negara.