30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiBina ‘rumah kampung’ untuk kucing jalanan, siap ada alamat. Terima kasih pada...

Bina ‘rumah kampung’ untuk kucing jalanan, siap ada alamat. Terima kasih pada yang membinanya!

Kucing merupakan antara makhluk yang sangat disayangi oleh manusia namun hakikatnya, tidak semua kucing berpeluang untuk menjalani kehidupan yang baik.

Nasib baiklah ada insan yang berhati mulia membina ‘rumah’ yang comel untuk kucing jalanan di Subang Jaya ini.

Inilah rumahnya. Gaya rumah-rumah di kampung kan?

@pamellalah/TikTok

Ia sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok, @pamellah di mana rumah kucing terbabit dibina di bawah pokok.

Pada ketika itu, terdapat seekor kucing berada di dalamnya. Mungkin niatnya mahu berteduh buat seketika barangkali.

Mujurlah ada ‘rumah’ berkenaan, dapatlah juga kucing jalanan yang tidak bertuan merasa ada rumah untuk mereka berteduh.

@pamellalah/TikTok

Menurut pengguna terbabit, rumah itu dibina oleh bapanya dan dia turut meminta bantuan mana-mana individu untuk menyumbang sedikit makanan kucing di sana.

Lebih mengujakan, rumah kucing yang dibina itu turut dilengkapi dengan alamat. Senanglah orang mahu cari untuk sedekah makanan lepas ini!

@pamellalah/TikTok

Memang nampak lebih teratur dan rapi bukan? Siapa yang mahu letak makanan, boleh sahaja berikan di situ.

Dan kucing yang mahu makan hanya perlu pergi ke satu tempat sahaja. Sangat menarik idea ini! Ada yang mahu lakukannya juga?

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI