Ramai antara kita yang memulakan aktiviti baru semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang mula berniaga secara dalam talian, ada yang sibuk dengan kelas bahasa secara maya dan ada juga yang suka aktiviti fizikal seperti pertanian.
Video yang dimuat naik jelas menunjukkan bagaiamana dia memulakan aktiviti pertanian yang dilakukan di halaman rumahnya. pada mulanya dia menebas semua semak dan rumput untuk dijadikan tapak tanaman.
Dan sekarang pemuda ini sudah boleh tersenyum puas melihat hasil yang dikeluarkan oleh pokok-pokoknya. Lihatlah, ada bermacam jenis sayur-sayuran seperti cili dan terung.
Pasti ramai yang gemar menonton kartun ‘Tom and Jerry’ sewaktu kecil-kecil dahulu. Watak mereka yang menjadi musuh antara satu sama lain semestinya membuatkan ramai yang terhibur. Namun, pernahkah anda bayangkan jika kedua-dua watak tersebut wujud di dalam nyata?
Kisah antara kedua-dua haiwan ini pasti buatkan anda tidak percaya. Mana tidaknya, kucing dan hamster ini nampaknya bukan sahaja berkawan baik malah si kucing boleh melayan hamster tersebut seperti anaknya sendiri.
Ibu kucing bernama Bubble itu bukan sahaja melayan si hamster dengan baik malah turut diberikan susunya memandangkan si hamster masih kecil. Bubble turut memeluk dan menjaga hamster dengan baik, sama seperti dia memeluk anak-anaknya yang lain.
Sepertinya tiada perbezaan antara layanannya ke atas anaknya dengan layanannya terhadap hamster tersebut.
Apa yang paling comel, anak kucing dilahir oleh Bubble turut memeluk hamster dan tidur bersamanya!
Nama rangkaian FamilyMart bukan lagi sesuatu yang asing didengari di negara ini. Pasti ramai yang menyukai kedai ini kerana terdapat pelbagai pilihan makana dan minuman yang sangat enak dan segar.
Baru-baru ini FamilyMart mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menyediakan kios mini khas untuk pelanggan yang mahu mendapatkan makanan dan minuman kegemaran mereka.
Bayangkan, anda kini tidak perlu susah-susah mencari tempat parkir kereta atau beratur panjang di kedai kerana pelbagai jenis makanan kini boleh dibeli dari kios sahaja.
Buat masa ini kios tersebut terletak di Shell Karak Highway 2 yang merupakan ‘FamilyMart Mini – Smart Kiosk’ yang pertama di Malaysia dan dikatakan sedang berada di peringkat awal.
Antara makan yang dijual di kios ini ialah sandwich, roti, puding, onigiri, makanan serta minuman ringan. Apa yang penting, kualiti makanan yang dijual di kios ini sama dengan seperti di kedai. Jadi, jangan risau dengan kesegarannya!
Mesin tersebut bersifat automatik dan tidak menggunakan wang tunai. Jadi, pelanggan boleh menggunakan sebarang transaksi tanpa tunai. Mereka boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad debit atau kredit serta menggunakan ‘e-wallet’.
Pelanggan hanya perlu membuat pilihan dan lakukan pembayaran mengunakan mana-mana kaedah tanpa tunai. Seterusnya, tunggu sehingga pesanan dikeluarkan dari mesin.
Sangat mudah bukan? Selepas ini jika anda kesuntukan waktu, beli sahaja makanan kegemaran anda dari kios ini. Ianya mudah, segar dan tidak perlu beratur panjang di kaunter!
Baru-baru ini tular sebuah lagi jenis roti yang baru dikeluarkan oleh syarikat Gardenia. Pasti ramai yang teruja untuk menikmati sendiri rasa roti berperisa pandan seperti yang diiklankan.
Oleh krana salah faham, mereka akhirnya hanya membawa roti kosong pulang ke rumah dan hanya sedar bahawa roti tersebut bukan roti pandan selepas sampai ke rumah.
Jadi, selepas ini pastikan anda membli roti yang betul. Buat mereka yang teruja untuk mencuba roti pandan terbaru ini lihat betul-betul plastik roti. Pastikan plastik tersebut berwarna hijau dengan tulisan Toest’em baru beli!
Ketika negara sibuk dengan program vaksin mereka, Korea Utara dilaporkan telah menolak sejumlah 3 juta dos vaksin yang disumbangkan untuk negaranya. Negara itu bahkan meminta Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberikan vaksin tersebut kepada negara lain.
Seorang jurucakap mengatakan bahawa negara itu meminta agar vaksin tersebut diberikan kepada negara-negara yang lebih memerlukan memandangkan kekurangan vaksin global.
Vaksin jenis Sinovac buatan China ditawarkan di bawah program Covax yang bertujuan untuk membantu negara-negara miskin untuk mendapatkan vaksin.
Pada 19 Ogos, Korea Utara tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kira-kira 37,291 orang – termasuk pekerja penjagaan kesihatan dan mereka yang mempunyai penyakit seperti selesema – telah diuji dan semuanya didapati negatif, kata WHO dalam laporan mingguannya.
Negara tersebut dikatakan telah melaksanakan tindakan yang ketat sejak wabak ini dikesan lagi. Korea Utara merupakan antara negara terawal yang menutup sempadan negaranya pada Januari tahun lalu.
Ini bukan kali pertama negara itu menolak vaksin. Pada Julai lalu, kerajaan Korea Utara telah menolak sekitar 2 juta dos vaksin AstraZeneca, dengan alasan bimbang mengenai kesan sampingan.
Menteri Luar Negeri Rusia, Sergey Lavrov, mengatakan kepada wartawan pada Julai lalu bahawa mereka telah menawarkan untuk membekalkan Korea Utara dengan vaksin Sputnik.
Korea Utara telah menyatakan keraguan terhadap keberkesanan vaksinasi Covid-19, dengan media negara sering melaporkan kejadian di AS dan Eropah di mana individu mengalami kesan sampingan yang teruk terhadap vaksin yang diperolehi.
Hari ini ramai antara kita yang mula berjinak-jinak dalam bidang lukisan, tambah-tambah lagi teknologi hari ini membolehkan sesiapa pun untuk berkarya. Ramai menggunakan aplikasi lukisan pada telefon bimbit, tablet atau komputer tetapi tidak ramai yang menggunakan aplikasi Microsoft Excel untuk menghasilkan lukisan digital.
Seorang netizen, baru-baru ini tular di Twitter selepas hasil kerjanya menarik perhatian ramai. Hanya menggunakan Microsoft Excel, Safrina telah berjaya menghasilkan pelbagai lukisan. Antara karya yang paling menonjol ialah gambar stesen KTM Tasek Gelugor yang telah tular di Twitter.
Tanpa memerlukan fungsi ‘VLOOKUP’ atau ‘INDEX’, Safarina malah menggunakan alat ‘bentuk’ dan ‘warna’ untuk membuat kepingannya.
Ribuan netizen yang kagum kerana ilustrasinya yang sangat mirip dengan gambar stesen sebenar. Dia bahkan berjaya mencipta tekstur dinding usang di stesen KTM itu.
Safarina mengatakan bahawa dia memerlukan masa tiga hari untuk menyiapkan ilustrasi tersebut. Menurutnya lagi, dia mula menggunakan Microsoft Excel setelah dia menemui seorang lelaki dari Jepun, Tatsuo Horiuchi, yang menjadi tular kerana menggunakan perisian ‘Spreadsheet’ untuk menghasilkan karyanya.
Hasil tangan Safrina bukan sahaja berjaya menarik perhatian orang ramai, malah akaun rasmi Microsft Store juga telah memuji karya tersebut denganmengatakan ianya adalah sesuatu yang luar biasa.
Banyak usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk melindungi alam sekitar termasuk haiwan. Hal ini termasuklah mengurangkan penggunaan plastik dan polestrin yang kemudiannya digantikan dengan plastik biodegradasi yang lebih mudah untuk terurai.
Antara pihak yang berusaha untuk melindungi alam sekitar ialah peniaga yang menjalankan perniagaan kedai makanan dan minum seperti Coffee Bean yang menggunakan penyedut minuman yang sangat mesra alam.
Mugkin penyedut minuman tersebut tidak digemari ramai kerana ianya agak lembik dan sukar untuk digunakan. Ada yang mengatakan penyedut minuman tersebut diperbuat daripada kertas tertentu.
Tidak hanya itu, ada pelanggan yang mengatakan bahawa penyedut minuman terebut juga mempunyai rasa seperti lilin dan sabun. Namun begitu, baru-baru ini ada netizen yang membongkar ‘rahsia’ di sebalik penyedut minuman tersebut.
Rupa-rupanya penyedut makanan dari Coffee Bean sebenarnya boleh dimakan! Penyedut tersebut sebenarnya diperbuat daripada beras yang sememangnya boleh dimakan.
Rangkaian Coffee Bean pernah memuat naik pegumuman di laman Facebook rasmi mereka mengenai penyedut minuman yang digunakan. Menurut status Facebook tersebut, bagi menyelamatkan hiudpan laut mereka kini menggunakan penyedut minuman yang 100% mesra penyu.
Walaupun pengumuman tersebut telah dibuat pada Jun lalu, tetapi nampaknya masih ramai antara kita yang tidak tahu akan perkara tersebut. Jadi, selepas ini jangan terkejut jika penyedut minuman anda kelihatan lebih unik daripada yang biasa!
Menara pejabat setinggi 48 tingkat tersebut terletak di Jalan Tun Razak, berdekatan antara Bukit Bintang dan juga TRX Kuala Lumpur.
Ianya dibuat atas usaha untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia yang sudah 2 tahun menyambut Hari Kebangsaan di rumah sahaja dek kerana pandemik COVID-19.
Mesej berkenaan dipamerkan menggunakan sistem fasad LED 360 darjah bernilai RM11 juta yang baru diperolehi khas untuk digunakan di Menara TS Law.
Menurut pengarah eksekutif dan pengarah urusan kumpulan, Law Wai Cheong, pesanan itu bertujuan untuk meningkatkan semangat rakyat Malaysia selama wabak tersebut.
Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberikan sokongan kepada petugas barisan hadapan, kerajaan dan institusi kerajaan.
Law mengatakan bahawa mesej positif dan patriotisme tidak hanya diperlukan tetapi turut dialu-alukan dalam masa-masa yang mencabar ini.
Jika anda yang tinggal berdekatan tidak berkesempatan untuk melihatnya lagi, jangan risau kerana ia akan dipamerkan di bangunan tersebut sehingga hujung September.
Ya, maknanya ia dipaparkan juga pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September kelak!
Pandemik beralih endemik COVID-19 telah menyukarkan kehidupan semua orang, terutama buat mereka yang berada dalam industri makanan dan minuman, ketika pemilik dan pengusaha perniagaan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan perniagaan.
Agak menyedihkan buat Medan Selera RASA di Suria KLCC yang terpaksa mengumumkan penutupan rasmi selepas 22 tahun beroperasi.
Berita itu tular di media sosial apabila beberapa warganet memuat naik gambar mengenai penutupan medan selera ini secara kekal sejak 31 Ogos 2021.
Ada yang mengunjungi Medan Selera RASA di Suria KLCC dan mereka melihat sendiri notis di pintu masuk yang diumumkan oleh pihak pengurusan didahulukan dengan ucapan ‘Terima Kasih!’.
Pihak pengurusan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menjamu selera di Medan Selera RASA selama 22 tahun yang mengagumkan.
Pihak pengurusan RASA turut memuat naik pengumuman rasmi penutupan bermula 1 September 2021 di akaun Instagram mereka.
Nampaknya rata-rata warganet berasa sedih dengan berita ini. Maklumlah ada yang selalu berkunjung menjamu selera hidangan enak di sana selama bertahun-tahun sebelum pandemik tercetus dan menyukarkan kehidupan semua.
Ramai warganet yang memberi komen dalam nostalgia ketika pernah menikmati juadah di gerai makanan kegemaran mereka yang sering dikunjungi, kini Medan Selera RASA telah ditutup secara rasmi dan kekal.
Amat menyedihkan apabila mendapat berita yang mereka terpaksa pergi dan mengucapkan ‘Selamat Tinggal!’
Terima kasih diucapkan atas semua kenangan selama 22 tahun dan kerana anda semua sentiasa menjamu makanan terbaik dan menggembirakan buat jutaan pengunjung di KLCC.
China akan memperkenalkan ideologi politik Presiden China dalam kurikulum kebangsaannya.
“Pemikiran Xi Jinping” akan membantu “remaja membangunkan kepercayaan Marxis”, kata Kementerian Pendidikan China mengenai garis panduan baru pendidikan negara itu.
Ideologi ini akan diintegrasikan bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.
Ini adalah inisiatif terbaharu Presiden Xi Jinping untuk menggabungkan peranan Parti Komunis China yang berkuasa dalam pelbagai bidang masyarakat.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan berkata ia bertujuan “untuk memupuk pembangun dan pewaris sosialisme dengan landasan moral, intelektual, fizikal dan estetika yang serba boleh”.
Garis panduan merangkumi pendidikan buruh “untuk memupuk semangat bekerja keras” dan pendidikan mengenai keselamatan negara.
Pada tahun 2018, badan tertinggi China memasukkan “Pemikiran Xi Jinping” dalam perlembagaan.
Sejak itu, ia telah diperkenalkan di beberapa universiti dan merupakan antara sayap politik muda sama ada diserapkan ketika mengadakan aktiviti ekstra-kurikulum dan dalam pengajian.
“Pemikiran Xi Jinping” mempunyai 14 prinsip utama yang menekankan cita-cita komunis ideal yang termasuk:
Seruan “reformasi yang lengkap dan mendalam” dan “pembangunan idea-idea baru”.
Janji “kehidupan harmoni antara manusia dan alam”.
Penekanan “kuasa mutlak parti terhadap tentera rakyat”.
Penekanan pentingnya “‘satu negara dua sistem’ dan penyatuan semula dengan tanah besar”.
Garis panduan baru ini bagaimanapun akan dilancarkan secara meluas dan menyeluruh.
“Sekolah rendah akan menumpukan dalam pemupukan cinta kepada negara, Parti Komunis China, dan sosialisme. Di sekolah menengah, tumpuan akan diberikan pada kombinasi pengalaman, persepsi, dan ilmu pengetahuan untuk membantu pelajar membuat penilaian dan pendapat politik dasar,” menurut Global Times.
“Di kolej dan universiti, akan terdapat penekanan yang lebih besar terhadap pembentukan pemikiran teoritikal,” tambahnya.
Kementerian Pendidikan juga sedang berusaha memasukkan tema seperti kepemimpinan parti dan pendidikan pertahanan nasional ke dalam kurikulum, kata Tian Huisheng merangkap pegawai kementerian pendidikan kepada Global Times.
Pemimpin-pemimpin China terdahulu telah mengemukakan ideologi politik mereka sendiri yang telah dimasukkan ke dalam perlembagaan atau pemikiran parti.
Tetapi tiada, kecuali pengasas PKC, Mao Zedong, yang ideologi mereka digambarkan sebagai “pemikiran” berada di puncak hierarki. Hanya Mao Zedong dan Deng Xiaoping memiliki nama yang tersemat menerusi ideologi mereka.