Ramai antara kita yang memulakan aktiviti baru semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang mula berniaga secara dalam talian, ada yang sibuk dengan kelas bahasa secara maya dan ada juga yang suka aktiviti fizikal seperti pertanian.
Seorang netizen di Facebook, Kobinathan Son Of Leelavathi Balakrishnan, baru-baru ini ada berkongsi tentang aktiviti pertanian yang dilakukan semasa musim PKP 3.0.
Video yang dimuat naik jelas menunjukkan bagaiamana dia memulakan aktiviti pertanian yang dilakukan di halaman rumahnya. pada mulanya dia menebas semua semak dan rumput untuk dijadikan tapak tanaman.
Dia kemudian mula mendirikan tiang untuk dijadikan tempat perlindungan bagi tanamannya yang akan ditaman.
Aktiviti penanamannya mula dilakukan. Jika dilihat dalam video tersebut, dia memilih tanaman yang manggunakan polibeg.
Hari berganti dan akhirnya dia sudah mula boleh melihat hasilnya! Pokok yang ditanam mula berputik dan mengeluarkan hasil.
Dan sekarang pemuda ini sudah boleh tersenyum puas melihat hasil yang dikeluarkan oleh pokok-pokoknya. Lihatlah, ada bermacam jenis sayur-sayuran seperti cili dan terung.
Selepas ini tidak perlu susah-susah ke pasar untuk membeli sayur-sayuran ini kerana dia boleh memetiknya dari kebun di halaman rumahnya!
Tonton video di sini.