31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 17, 2025
Utama Blog Laman 270

Resipi sardin ‘marvellous’, kena goreng dulu. “Percayalah..sardin lebih sedap”

0

Lauk sardin dalam tin sememangnya menjadi penyelesaian sekiranya kita mahu segera menyediakan lauk untuk dimakan dalam masa yang singkat.

Rata-rata kita mempunyai cara tersendiri untuk memasaknya bukan? Namun tahukah anda cara untuk melazatkan lagi masakan sardin?

Mengikut seorang pengguna Facebook, Rafiza Idayu, ikan sardin perlu digorengkan terlebih dahulu, barulah lebih sedap!

Justeru buat anda yang teringin mencuba resipi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan :

  • Ikan sardin
  • Cili kisar (ikut citarasa)
  • ½ sudu gula
  • Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • Beberapa ulas cili padi

Cara-caranya :

#1 Asingkan sardin dengan kuah namun kuahnya jangan dibuang. Kemudian panaskan sedikit minyak di atas api yang kecil.

#2 Masukkan ikan ketika minyak belum panas sepenuhnya bagi mengelakkan ikan daripada meletup-letup.

Boleh tutup dengan penutup kuali, cukup sekadar membalikkannya sekali sahaja. Ketepikan ikan seketika setelah masak.

#3 Menggunakan minyak tadi, tumiskan bawang yang sudah dihiris sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili kisar. Masakkan sehingga sedikit garing.

#4 Masukkan gula, kemudian tuangkan kuah ikan sardin yang terdapat di dalam tin. Lauk ikan sardin dalam tin siap sedia untuk dinikmati!

Menurut Rafiza,resipi ini adalah turun temurun daripada ibunya dan hasil resipi ini menjadikan hidangan ikan sardin lebih lazat.

Apa lagi, jomlah kita cuba!

Gara-gara selisih faham dengan jiran, individu di Taiwan pasang jam penggera setiap masa selama 2 bulan

0

Jam penggera merupakan penyelamat khasnya buat individu yang bergantung padanya untuk bangun di pagi hari.

Namun jika ianya terlalu kuat sehingga mengganggu ketenangan jiran, tentunya ia adalah satu situasi yang sangat menjengkelkan.

Itulah yang berlaku pada seorang wanita dari Kaohsiung, Taiwan apabila dia memutuskan untuk berkongsi kisah yang dialaminya itu di laman Facebook.

Menurutnya, jam penggera milik jirannya akan berbunyi sepanjang hari dan keadaan itu telah membelenggunya selama 2 bulan!

Tidak kira waktu, sama ada siang, tengah hari, petang dan malam, jam penggera jirannya akan berbunyi di pangsapuri berkenaan. Mengganggu betul..

Malah menurutnya, ada juga dua jam penggera yang berbunyi pada waktu yang sama. Ini membuatkan wanita itu tertanya-tanya.

Pagi buta pun masih berbunyi!

Difahamkan bahawa pihak polis sudah pun menyiasat dan mahu berjumpa dengan jiran wanita terbabit namun gagal apabila pintu tidak dibuka.

Tidak lama kemudian, jiran bernama Tang itu akhirnya mengalah dan datang ke balai polis untuk membantu siasatan.

Ujar Tang, dia melakukan perkara itu kerana dia berselisih faham dengan jiran tentang perkara yang remeh. Jadi dia membunyikan penggera untuk menjengkelkan jiran di sana.

Oleh yang demikian, Tang dikenakan denda maksimum berjumlah RM904 kerana mengganggu ketenteraman awam di bawah undang-undang Pemeliharaan Ketertiban Sosial.

Tonton video di sini.

Tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca dipendekkan kepada enam minggu mulai 1 Oktober- Khairy

0

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan kepada enam minggu dari 1 Oktober.

Menurutnya, keputusan tersebut dilakukan untuk memberi kemudahan kepada mereka yang telah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca.

“Kami akan memendekkan tempoh antara dos pertama dan dos kedua vaksin AstraZeneca dari sembilan minggu hingga enam minggu dan mereka boleh menerima dos kedua selepas enam minggu.”

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa bekalan vaksin adalah mencukupi dan 3.2 juta remaja akan mendapat tarikh temujanji vaksinasi dalam masa terdekat. Beliau juga mengingatkan pelajar untuk menunggu tarikh temujanji dan tidak melakukan ‘walk-in’.

Tidur pun mahu mahu bawa anak kucing kesayangan, telatah comel kanak-kanak dan kucingnya buat ramai tersenyum

0

Kanak-kanak dan barang permainan memang tidak boleh dipisahkan. Kadangkala bangun sahaja dari tidur mereka akan terus mencari barang mainan mereka. Tidak hanya itu, jika mereka memiliki haiwan kesayangan mereka juga tidak mahu berpisah dengan haiwan kesayangan mereka. Ada pula yang tidur dengan haiwan mereka di atas katil.

Sama lah gelagatnya seperti kanak-kanak ini yang sepertinya tidak mahu langsung berenggang dengan anak kucing kesayangannya.

Bayangkan, ketika ke luar rumah pun dia tidak mahu meninggalkan si comel itu. Anak kucing itu juga sepertinya mahu terus berada dekat dengan tuan kecilnya dan menemaninya ketika tertidur.

Apa yang paling comel ialah cara mereka memandang antara satu sama lain. Mereka kelihatan sangat saling menyayangi dan mahu terus bersama-sama di sisi masing-masing.

Lelaki 22 tahun maut setelah teguk 1.5 liter Coca Cola dalam tempoh 10 minit

0

CHINA – Seorang lelaki berusia 22 tahun maut setelah meminum 1.5 liter minuman berkarbonat Coca Cola dalam tempoh 10 minit.

Menurut pakar perubatan, kematian mengejut lelaki ini adalah disebabkan oleh pengambilan minuman bergas itu yang menyebabkan pengumpulan gas di dalam badan sekali gus membuatkan hatinya kekurangan oksigen.

Lelaki yang tidak dikenali itu dipercayai telah pergi ke hospital setelah enam jam dia mengambil minuman berkenaan. Dia memaklumkan doktor bahawa dia mengambil minuman itu untuk menyejukkan badan akibat cuaca panas sebelum mula merasai gejala seperti kesakitan dan bengkak pada bahagian perut.

Doktor turut mengesahkan lelaki itu mengalami kadar degupan jantung yang tinggi, tekanan darah rendah dan bernafas dengan laju. Hasil imbasan CT mendapati terdapat kehadiran gas yang luar biasa pada bahagian dinding usus dan saluran darah. Hasil ujian itu turut mendapati lelaki berkenaan mengalami hepatic ischemia yang juga disebut sebagai ‘kejutan hati’, sejenis kecederaan yang berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen pada organ.

Anak panah menunjukkan kehadiran gas di saluran darah antara hati dan organ lain

Doktor segera memberikan rawatan untuk membebaskan gas berkenaan daripada sistem pencernaan lelaki tersebut. Dia diberikan ubat untuk melindungi organ hatinya dan menstabilkan fungsi tubuh lain daripada terus rosak.

Akan tetapi selepas 12 jam, ujian darah menunjukkan lelaki ini mengalami kerosakan hati yang serius dan dia meninggal dunia setelah 18 jam mendapatkan rawatan di Hospital Chaoyang di Beijing.

Bagaimanapun, seorang pakar biokimia dari Universiti Kolej London iaitu Profesor Nathan Davies meragui fakta yang menyatakan lelaki itu maut akibat pengambilan minuman bergas dan beliau mahu pihak terbabit memberikan laporan sahih bagi mengesahkan perkara sebenar yang menyebabkan kematian lelaki itu.

“Meminum minuman ringan sebanyak 1.5 liter atau lebih daripada 3 gelas tidak akan mengakibatkan kematian. Peluangnya tipis. Kebiasaannya keadaan ini berlaku sekiranya ada bakteria yang memasuki salur usus dan dalam kes ini, bahagian usus kecil”.

“Sudah tentu minuman bergas tidak bagus untuk gigi anda, itu yang utama. Pengambilan minuman bergas dalam kuantiti yang banyak boleh menjejaskan kandungan mineral dalam tulang”.

Jelas beliau lagi, “Meminum beberapa minuman bergas sehari tidak akan menimbulkan masalah kesihatan kecuali kadar gula yang anda ambil”.

Profesor Nathan juga menjelaskan bahawa sekiranya minuman bergas boleh menjadi punca kematian, pasti akan ada banyak kes kematian lain di dunia yang berpunca daripada pengambilan minuman ini.

Seronok tengok gelagat Melayu-Cina bertutur dalam bahasa Tamil. Muafakat!

0

Malaysia sememangnya dikenali kerana terdiri daripada berbilang kaum. Meskipun Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kebangsaan, semua orang masih boleh bertutur di dalam bahasa ibunda kaum masing-masing bagi mengekalkan identiti.

Kita sudah biasa mendengar perbualan di dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris di antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Namun, pernahkah anda melihat ataupun mendengar perbualan di antara orang Melayu dengan orang Cina di dalam bahasa Tamil?

Ya benar, ini adalah satu perkara yang jarang berlaku dan apabila ianya berlaku, pasti akan menjadi tular di media sosial. Baru-baru ini, akaun Facebook Ohbulan! telah berkongsi satu video pendek memaparkan perbualan antara seorang pak cik Melayu dengan seorang mak cik berbangsa Cina.

Meskipun kandungan video tidak dapat difahami, tetapi gelagat kedua-dua individu tersebut yang berborak sakan di dalam bahasa Tamil mengundang perasaan bangga dan kagum menjadi rakyat Malaysia. Video berdurasi 28 saat itu sehingga hari ini meraih sebanyak 5.6k tanda suka dengan 234k jumlah tontonan.

Majoriti pengguna Facebook juga sempat meninggalkan komen masing-masing yang rata-ratanya memuji kebolehan berbahasa antara kedua-duanya.

“Kalau masa tadika dahulu kita diajar bahasa Cina dan Tamil secara asas mesti seronok”.

“Cantiknya negara kita walaupun berbeza bangsa tetapi dikenali sebagai bangsa Malaysia”.

“Hebatnya pak cik dan mak cik ini. Memang muafakat sangat. Nampak berkat berjiran di situ”.

Tonton video di sini.

Bapa beli motorhome RM400,000 dari UK agar dapat melancong bersama keluarga tatkala pandemik

0

Kita semua tahu kerajaan masih lagi mengekalkan SOP yang ketat demi mengelakkan jangkitan wabak. Antara larangan yang dikenakan adalah larangan merentas negeri. Sepanjang tempoh dua tahun ini, ramai yang mula gusar kerana sudah lama tidak pulang ke kampung halaman atau melancong ke luar negara.

Baru-baru ini, sebuah keluarga menjadi bualan hangat di media sosial apabila mereka memaparkan campervan atau motorhome yang dibeli pada harga RM400,000. Menurut perkongsian daripada Alya Dalila Ahmad, 23 tahun, kesemua ahli keluarganya sangat gemar melancong dan menikmati keindahan alam semula jadi. Justeru, memiliki sebuah motorhome adalah satu pembelian yang amat berbaloi tatkala pandemik ini.

Instagram

“Kami sekeluarga sebenarnya memang suka melancong dan melakukan aktiviti luar. Memandangkan sekarang pergerakan terhad dan kurang selamat untuk menginap di hotel, maka bercuti dengan motorhome adalah satu pilihan yang tepat”.

Menurut Alya lagi, proses untuk membeli motorhome ini juga mengambil masa yang lama iaitu sekitar 9 bulan memandangkan bapanya menempah dari United Kingdom. Jika dibeli di Malaysia, harganya boleh mencecah sehingga RM600,000!

“Motorhome ini ayah beli dari United Kingdom memandangkan harganya jauh berbeza jika dibeli di Malaysia. Bermula dari Januari sehingga selesai segala prosedur JPJ dan Puspakom, akhirnya motorhome ini menjadi milik ayah pada awal September lalu”.

Instagram

Alya turut menjelaskan bahawa memiliki motorhome merupakan impian bapanya yang mahu menjelajah bersama ibunya apabila mereka bersara tidak lama lagi. Alya juga sempat berkongsi di media sosial memaparkan keadaan dalam motorhome ini yang dilengkapi dengan kemudahan seperti dapur, katil, peti sejuk dan juga tandas.

“Ayah memang dah lama bercita-cita untuk melancong bersama ibu bila sudah bersara dari kerja offshore nanti. Impian untuk travel dengan motorhome di luar negara pun masih tak kesampaian disebabkan Covid-19. Jadi buat masa sekarang, ayah bawa kami jalan-jalan menikmati keindahan alam di Terengganu dahulu”.

Lori terbabas di lebuhraya, pemandu hilang kawalan dan disahkan positif dadah

0

SHAH ALAM: Baru-baru ini tular sebuah klip video yang menunjukkan sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE). Kemalangan tersebut disebabkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh syabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, dalam satu kenyataan, mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 8.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati, lori yang dalam perjalanan ke Subang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

“Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan. Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya cedera ringan,” katanya.


Ramsay berkata, ujian saringan air kencing pemandu lori terbabit didapati positif dadah jenis methaphetamine.

Katanya, suspek telah dibawa ke mahkamah semalam untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Bahagian Narkotik Shah Alam.

“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697,” ujarnya lagi.

Lihat anjing cuba rentas sungai yang deras, orang ramai bagi laluan dan jadi ‘benteng’ untuknya supaya tidak hanyut

0

Haiwan sebenarnya punya semangat juang yang tinggi. Mereka juga tidak takut untuk melakukan sesuatu yang mencabar sehingga kadangkala keberanian mereka melebihi manusia.

Misalnya anjing di dalam video ini yang cuba merentas sungai yang kelihatan bahaya. Kejadian yang berlaku di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu itu telah dirakam dan dimuat naik di TikTok oleh @imhakim0305.Lihat sahaja air yang mengalir deras pastinya boleh mengancam nyawanya jika di dihanyutkan.

Namun, semua itu tidak menjadi masalah apabila dia tidak peduli dengan bahaya itu malah terus berusaha untuk meneruskan perjalanannya. Nasibnya baik apabila ada ramai orang di situ yang boleh membantunya setidaknya bagi memastikan dia tidak hanyut atau lemas.

Tindakan mereka yang ada di situ wajar diberi pujian. Apabila melihat anjing itu mereka terus memberi laluan untuknya melintas dahulu. Mereka juga ‘beratur’ seolah-olah menjadi benteng kepada anjing berkenaan supaya tidak dihanyutkan air deras.

Jambatan yang ada di situ telah roboh membuatkan mereka terpaksa melalui air deras. Perlahan-lahan anjing itu terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke seberang di mana ada seorang lelaki yang sedang menunggu untuk membantunya.

Kepada mereka yang ada di sana dan membantu anjing tersebut, terima kasih atas keperihatinan anda!

Mahu komunis dikalahkan, Trevor Loudon gesa semua orang untuk menentang komunis China demi kebebasan hidup

0

Dalam satu temuramah baru-baru ini, Trevor Loudon menegaskan bahawa untuk menyelamatkan Amerika, kita harus menentang Parti Komunis China (PKC) atau kita perlu melawan demi kebebasan dan kelangsungan hidup.

“Mempromosikan kebebasan sahaja tidak cukup. Kita harus menjadi anti-komunis di peringkat tempatan dan kebangsaan. Kita harus menyingkirkan dunia kerajaan komunis atau jika tidak, kita perlu melawan demi kelangsungan dan kebebasan hidup buat selamanya,” kata Loudon dalam wawancara Focus Talk.

Trevor Loudon seorang aktivis anti-komunis, penyelidik dan pengarah. Sumber: The Epoch Times

Loudon yang merupakan seorang penulis, pengarah dan penceramah bebas menyifatkan komunis mempunyai agenda tersendiri dalam menakluki dunia dan salah satu halangan terbesar mereka adalah Amerika Syarikat. Menurutnya, fahaman komunisme telah diterapkan ke Amerika sejak 100 tahun yang lalu bermula dengan gerakan Soviet Union dan kini diambil alih oleh komunis China.

“Kini kita sedang menyaksikan kesan komunisme selama 100 tahun. Kita hampir dikalahkan. Setiap institusi didominasi oleh golongan haluan kiri, oleh komunis, ejen China dan musuh Amerika. Jadi, kita perlu menjadi aktif kerana kita tidak mempunyai banyak masa”.

Pesawat US Air Force mendarat di Tapak Udara Bagram pada 1 Julai 2021 lalu. Sumber : The Epoch Times

Tambah Loudon lagi, Amerika di bawah tampuk pemerintahan Joe Biden baru sahaja menyerahkan tanah Afghanistan yang kaya dengan sumber mineral kepada China dan beliau sangat mengecam tindakan Biden yang ingin menarik diri daripada Afghanistan.

Pada ketika Rusia dan China mula bertindak agresif, Amerika telah kehilangan tapak ketenteraan Bagram yang terletak di lokasi strategik di antara kedua-dua negara tetapi kini menjadi milik China. Kesemua perkara yang terjadi ini boleh menggalakkan semangat China untuk bertindak lebih agresif.

Tapak ketenteraan Bagram kini ditamatkan operasinya setelah dua dekad. Sumber: Fox News

“Secara amnya, kita telah memberikan musuh kawalan ke atas seluruh Asia Tengah dan membuatkan mereka lebih berani untuk menawan Pasifik. Ini adalah satu kekalahan buat Amerika. Saya tidak nampak kesan positif daripada perkara ini. Penarikan diri ini turut menyebabkan Amerika memberikan teknologi tinggi kepada musuh Amerika”.

Loudon turut menegaskan orang ramai agar melibatkan diri di dalam bidang politik dan memastikan pilihan raya seterusnya dalam memberikan manfaat kepada negara. Beliau yakin seandainya Amerika gagal, negara-negara bebas lain turut akan kecundang bersama.