29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 3, 2025
Utama Blog Laman 259

Suami jatuh dan strok, wanita ini cekal uruskan suami dan melatihnya mengeja semula

0

Bukan mudah untuk mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga. Pasti akan ada sahaja dugaan menimpa untuk menduga kekuatan sesebuah perkahwinan tersebut sama ada dari segi kewangan, keluarga, kesetiaan pasangan, tahap kesihatan dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini telah tular kisah mengenai seorang isteri yang sanggup menjaga suaminya yang diserang strok akibat jatuh di tempat kerja. Menurut Syazwani, 27 tahun, suaminya mengalami strok separuh badan (belah kanan) dan tidak dapat bertutur sejak insiden itu.

“Saya percaya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-Nya dan saya cuba kuat kerana tahu ramai lagi di luar sana yang lebih dahsyat ujiannya,” kata ibu kepada dua anak ini.

Mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu, Syazwani memaklumkan bahawa suaminya, Shahrul Liza merupakan tunjang dalam keluarga. Namun sejak kemalangan pada 3 Ogos itu, dialah yang harus mengambil alih tugas suaminya dalam menguruskan keluarga.

“Suami saya tidak mengalami simptom kerana pagi sebelum kejadian, dia sempat bersarapan dan menghadiri mesyuarat bersama abah (Adnan Sahat, 53 tahun). Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan panggilan memaklumkan suami terjatuh di tandas dan pengsan”.

Menurut doktor yang merawat, berlaku pendarahan pada otak sekali gus menjadi salah satu punca mengapa Shahrul diserang strok. Selain itu, keletihan kerana menghadap komputer terlalu lama dan bermain permainan video turut menjadi salah satu faktor.

Syazwani turut dibantu oleh ibunya dalam menjaga anak-anak sementara dia sibuk menguruskan suami. Jelasnya, dia perlu melatih suaminya untuk mengeja dan menaip di telefon bimbit atau papan tulis sekiranya inginkan sesuatu. Malah, keadaannya kini beransur pulih apabila suaminya kini boleh duduk di kerusi roda dan makan seperti biasa.

“Apa pun, saya akan terus menjaganya selagi terdaya dan berharap dia sihat semula kerana menurut doktor, suami kemungkinan boleh sembuh dalam tempoh setahun”.

Nelayan Sumatera temui harta karun, artifak dipercayai dari empayar Srivijaya

0

Nelayan yang menerokai Sungai Musi berhampiran Palembang, telah menemui sejumlah harta karun dan artifak menakjubkan, antaranya termasuk batu permata, cincin emas, syiling dan loceng gangsa sami sejak lima tahun yang lalu.

Salah satu penemuan paling luar biasa setakat ini ialah patung Buddha bersaiz besar bertatahkan permata dari abad ke-8, yang dianggarkan bernilai berjuta ringgit.

Kesemua artifak ini dipercayai wujud sejak peradaban Srivijaya, sebuah kerajaan antara abad ke-7 dan ke-13 yang tiba-tiba lenyap satu abad kemudian.

Twitter

“Ramai ahli sejarah yang cuba ‘memburu’ khazanah Srivijaya sehingga ke Thailand dan India, namun tidak banyak yang ditemui,” kata Dr Sean Kingsley, seorang ahli arkeologi maritim dari United Kingdom.

”Bahkan di Palembang iaitu lokasi kerajaan itu lenyap, para ahli arkeologi gagal mencari bahan bukti yang cukup walaupun untuk sebuah perkampungan kecil,” katanya.

“Srivijaya benar-benar cermat menjaga rahsianya,” tambah Dr Kingsley.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini, barulah kita menemui barangan luar biasa. Duit syiling, patung emas Buddha, permata dan semua jenis barangan yang mungkin anda baca dalam kisah Sinbad, tetapi ia sebenarnya wujud di alam nyata,” dedahnya.

Twitter

Empayar Srivijaya adalah kerajaan yang berkembang antara abad ke-7 dan ke-13, yang kini dikenali sebagai Indonesia.

Kerajaan maritim Srivijaya berasal dari Palembang yang terletak di Sumatera tetapi memperluaskan pengaruhnya dan menguasai seluruh Selat Melaka.

Tidak jelas dan tiada bukti sejarah yang kukuh untuk mengemukakan teori mengapa kerajaan Srivijaya itu boleh runtuh seperti kerajaan Melaka.

Twitter

Dr Kingsley mengakui sering terfikir yang empayar Srivijaya mengalami nasib yang sama seperti Pompeii yang ‘hilang’ akibat bencana gunung berapi dan gempa bumi atau mungkin tenggelam dilanda badai dan tsunami atau ditelan arus sungai yang deras.

Selain aktiviti pencarian oleh nelayan tempatan, belum terdapat operasi pencarian atau penggalian rasmi, yang sekali gus menjadi punca mengapa banyak persoalan tidak terjawab, The Guardian melaporkan.

“Sedihnya terpaksa berpisah,” Pasangan Indonesia ini terputus cinta yang dijalin selama 3 tahun kerana kedua-duanya pembawa gen talasemia

0

Kita biasa mendengar dan melihat kisah pasangan yang berpisah kerana tidak serasi.

Tetapi pasangan dari Indonesia yang tular di media sosial ini mengambil keputusan dengan persetujuan bersama untuk mengundur diri daripada perhubungan cinta kerana kedua-duanya disahkan menghidap penyakit talasemia minor.

Perkongsian menyayat hati itu dimuat naik di akaun TikTok @szasaccount yang mana wanita tersebut berkongsi yang beliau terpaksa mengakhiri hubungan bersama kekasihnya kerana sekiranya mereka berkahwin, anak mereka akan berisiko untuk menghidap talasemia major.

TikTok

Beredar tular di media sosial mengenai kisah pasangan ini yang terpaksa berpisah kerana mereka pembawa ‘Thalassemia Minor’.

TikTok

Mereka berdua kelihatan sedih dan kemudian berasa lega selepas mengundurkan diri.

Penyakit talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah yang mana pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini berikutan gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas, menurut portal MyHEALTH.

TikTok

“Setelah tiga tahun bercinta. Kami dimaklumkan yang kami berdua mempunyai talasemia minor. Selepas perbincangan panjang, akhirnya kami memutuskan untuk berpisah,” kata @szasaccount.

“Dan ini adalah video hari terakhir kami sebagai pasangan. Di hari perkahwinan kakaknya. Pelukan terakhir sebagai pasangan kekasih,” tulisnya dengan nada sedih dalam TikTok.

TikTok

Wanita dikenali sebagai Szasza Gustantara kemudian ditemu bual oleh media tempatan yang mana dia berkongsi lanjut mengenai kisah cinta mereka.

“Talasemia adalah sebab kami berpisah. Ramai yang berpendapat bahawa ini hanya mengenai masalah berkaitan zuriat, tetapi sebenarnya keprihatinan kami bukan hanya kepada zuriat tetapi juga memikirkan masalah kewangan dan juga masalah yang bakal timbul sekiranya kami terus memaksa diri untuk kekal bersama,” jelasnya.

TikTok

Keputusan menyedihkan itu terpaksa diambil selepas mereka melihat akan terdapat hikmah dan kebaikan masa hadapan yang lebih besar daripada kekal meneruskan perhubungan sebagai pasangan yang tidak sihat.

Anggota polis Albania lakukan kejutan yang benar-benar ‘superhero’ untuk kanak-kanak menderita sakit di hospital ini

0

Kerjaya sebagai anggota polis adalah pekerjaan yang sukar dan sering berdepan bahaya, menjadikan mereka yang memilih pekerjaan ini sering dilabel oleh masyarakat sebagai wira sebenar.

Bagaimanapun adalah sesuatu baik apabila wira sebenar itu berfikir sekali sekala untuk menjadi wira khayalan yang digemari jutaan kanak-kanak.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Anggota polis dari Albania ini memutuskan mengambil langkah lebih jauh untuk memberi kejutan menggembirakan hati beberapa kanak-kanak yang sakit di hospital tempatan.

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Mereka berkonvoi dengan menaiki motosikal besar ke sebuah hospital kanak-kanak dan sebahagian mereka memakai kostum superhero Marvel dan DC yang popular!

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Aksi berani wira sebenar ini tidak pernah olok-olok dan bukan satu jenaka untuk membangkitkan rasa kagum! 

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Pegawai polis Albania berpakaian seperti Spiderman dan turun menjenguk kanak-kanak yang sedang sakit ini untuk memberikan semangatnya!

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Dan di sini ada aksi Batman.

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Juga Iron Man yang sangat popular.

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Tidak perlu diucapkan dengan kata-kata kerana sudah cukup hanya memandang, kanak-kanak boleh menjadi sangat teruja.

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Berapa kerap superhero Batman, Spiderman dan Iron Man muncul di tingkap dan hadapan pintu hospital anda di alam nyata?

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Aksi-aksi yang berani oleh pasukan polis ini sempena menghormati Hari Kanak-Kanak Antarabangsa.

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Pasukan polis dengan kerjasama Pasukan Khas meraikan hari itu bersama kanak-kanak menderita sakit yang tidak dapat meraikannya di luar, bersama rakan-rakan mereka.

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Batman kelihatan seperti wira yang cukup dikagumi di Albania.

Trending World by The Epoch Times /Facebook

Walaupun dengan berkostum wira khayalan, kesemua anggota polis ini adalah wira sebenar di hati kanak-kanak ini.

Tonton video di sini.

COVID-19 : Ed Sheeran diuji positif

0

Penyanyi terkenal antarabangsa, Ed Sheeran memaklumkan kepada umum bahawa dirinya sah dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Berita itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi laman Instagramnya pada 24 Oktober. “Hai semua, dukacitanya saya diuji positif dengan COVID-19”.

Justeru buat masa ini, beliau memaklumkan bahawa dirinya kini sedang mengasingkan diri serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa kesihatan di sana.

“Minta maaf kerana kecewakan anda, semoga anda semua selamat”, tulisnya lagi.

Difahamkan bahawa beliau akan terus terlibat dalam wawancara dan persembahan daripada rumah, walaupun sedang menjalani isolasi.

“Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan komitmen secara peribadi, jadi saya akan lakukan seberapa banyak wawancara atau persembahan daripada rumah”.

Minggu lalu, beliau tampil di London untuk persembahan di hadapan Duke dan Duchness of Cambridge semasa acara perdana Earthshot Prize.

Menurut laporan, beliau dijangka akan melancarkan album terbaharunya yang berjudul “=” (equal) pada Jumaat akan datang.

Sheeran dijadualkan untuk bersama dengan Zane Lowe dari Apple Music pada minggu hadapan dalam kempen promosi untuk memainkan lagu daripada album serta berinteraksi dengan peminatnya.

“Dah la aku nak cepat”. Perjalanan gadis ini hantar pesanan makanan terganggu dek kawanan itik ‘bertawaf’

0

Selain daripada ayam yang diternak bagi membekalkan sumber protein buat manusia, itik juga haiwan ternakan yang tidak kurang popularnya.

Majoriti spesies itik hidup secara berkumpulan dan cenderung untuk bergerak di dalam kawanannya membuatkan ada segelintir yang berasa gusar jika didekati kawanan ini.

Samalah seperti apa yang dihadapi oleh gadis yang dikenali sebagai Balqis ini, di mana perjalanannya pada suatu hari ‘terganggu’ dek kawanan besar itik.

“Memang biasa lalu sini tetapi tidak pernah lagi kena macam ini (merujuk kepada keadaan kawanan itik yang berkerumun di sebatang jalan yang sedang dilaluinya)”.

Situasi itu menyebabkan Balqis terpaksa berhenti dan menunggu itik-itik berkenaan beredar namun nampaknya mereka masih lagi berpusing-pusing di situ.

Pada ketika itu, Balqis difahamkan perlu menghantar segera pesanan makanannya oleh pelanggannya. Buat hal pula kawanan itik ini nampaknya..

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang keluar daripada kenderaan lalu menghalau kawanan itu ke tepi jalan.

Tidak dapat dipastikan mengapakah agaknya tingkah laku kawanan itik berkenaan berpusing sebegitu rupa di atas jalan.

Ada sesiapa yang tahu? Kongsikan di ruangan komen ya!

Tonton video di sini.

Bantu mandikan anjing, keterujaan 2 ekor cimpanzi ini gosok anjing tuan buat netizen geli hati

0

Mandi bukanlah masalah besar buat kebanyakan anjing, berbeza dengan kucing yang tidak begitu sukakan air.

Namun tidak disangka pula anjing ini begitu menikmati sesi mandian di luar bersama rakan-rakan haiwan lain yang turut membantu memandikannya!

Menerusi video tersebut, kita dapat lihat seekor anjing dipercayai berbaka Labrador berwarna putih sedang duduk di dalam sebuah besen yang diisi air.

Di sekelilingnya, terdapat seorang lelaki dan 2 ekor cimpanzi sedang menggosok dan mencuci tubuh anjing tersebut. Seronok betul ada yang tolong gosokkan bukan?

Bertuah si anjing kerana dapat rakan yang membantunya mandi..

Kerja tuannya juga jadi mudah memandangkan banyak tangan yang menolongnya memandikan anjing berkenaan.

Cimpanzi terbabit juga nampaknya begitu bersemangat menjalankan tugasnya. Mungkin sudah banyak kali bantu memandikan rakannya itu.

Anda boleh saksikan video mereka menerusi video di sini.

KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular yang didakwa Majlis Pengguna Hong Kong mengandungi bahan penyebab kanser

0

Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan yang mendakwa biskut Malaysia yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.

Baru-baru ini, laman web Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) mendedahkan hampir 60 jenama konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi bahan karsinogen dengan lima biskut popular dari Malaysia turut tersenarai iaitu: 

  • Hup Seng Special Cream Cracker
  • Jacob Original Cream Cracker 93% Wheat Cereal
  • Julie’s Le-mond Lemon Puff Sandwich
  • Mini Oreo Original 
  • Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich
Twitter

Karsinogen ialah bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.

Bahan karsinogen yang juga dikenali sebagai glisidol dan akrilamida merupakan bahan pencemaran yang terhasil semasa pemprosesan bahan makanan. Tetapi bahan ini boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang sesuai.

Twitter

BKKM dalam kenyataan di Sinar Harian menjelaskan setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain-lain sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Siasatan awal BKKM mendapati semua premis kilang biskut yang terbabit adalah pemegang sijil HACCP KKM.

Dalam perkembangan terbaru, pihak Hup Seng dan Julie’s telah tampil mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu biskut keluaran syarikat mereka yang sedang tular di media sosial.

Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat untuk dimakan, selain menepati tahap kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan yang telah ditetapkan.

Hup Seng / Facebook

Julie’s Manufacturing Sdn Bhd juga menyatakan pendirian yang sama dengan menegaskan bahawa kualiti produk mereka sentiasa menepati standard atau piawaian yang tinggi, di mana produk Julie’s mematuhi kriteria tempatan dan garis panduan untuk negara pengimport yang berkaitan.

Julie’s

Sementara itu, seorang ahli kimia Mas Faiz tampil memberi penjelasan mengenai isu biskut popular Malaysia yang didakwa oleh HKCC itu di Twitter dengan mendedahkan biskut berkenaan masih selamat untuk dimakan.

Guru kimia sekolah menengah di Ipoh terima ‘The Global Teacher Award’

0

Seorang Guru Cemerlang Kimia yang sudah 14 tahun berkhidmat menerima anugerah antarabangsa ‘The Global Teacher Award 2021’.

V. Komathy yang mengajar di SMK Ave Maria Convent Ipoh menerima pengiktirafan berkenaan menerusi majlis yang dianjurkan secara maya di Facebook dan YouTube.

Menurut Komathy, beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak penganjur tentang kemenangan itu menerusi e-mel yang diterima pada 29 September lalu.

“Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara-negara lain”.

Daripada jumlah itu, sebanyak 500 orang telah disenarai pendek termasuklah 6 calon Malaysia”, ujar lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tersebut.

Beliau juga kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama.

Malah guru terbabit juga telah menghasilkan beberapa produk inovasi untuk mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia sehingga dikenali di peringkat dunia.

Antara inovasi beliau adalah ‘Chem-Ester Kit’ – Produk pembelajaan dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester.

Selain itu, beliau turut mencipta produk aplikasi ilmu Kimia ‘Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment’ – bertujuan untuk mengembangkan karbon aktif biomas daripada 3 sisa pertanian (serabut tebu, sekam kelapa, kulit pisang) dalam menghasilkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.

“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan. Oleh itu, saya perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa bagi mempelajari subjek ini”.

Justeru anugerah yang diterimanya ini akan dijadikan motivasi untuknya agar terus mendidik dan melahirkan anak bangsa yang lebih maju.

Beliau juga akan terus mengorak langkah dalam usaha untuk mencipta pelbagai pembaharuan menerusi subjek Kimia.

Menurut beliau, pelajarnya menjadi inspirasi untuknya berusaha ke arah kecemerlangan bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

Komathy memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Methodist Girls School Ipoh pada 2007 selama 6 tahun sebelum bertukar ke SMK Buntong dan dipindahkan ke SMK Ave Maria Convent Ipoh pada Februari lalu.

Beberapa karya ilmiah juga pernah dihasilkan beliau, selain pernah membawa pelajar SMK Buntong mewakili negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai acara akademik.

Permainan lompat T-Rex Google Chrome secara ‘offline’ di tempat awam buatkan masa menunggu jadi menyeronokkan

0

Jika anda kerap melayari internet menggunakan Google Chrome, pasti anda perasan akan satu permainan dinosaur (T-Rex).

Permainan tersebut memerlukan para pemain untuk mengawal T-Rex agar melompat melepasi kaktus yang tajam.

Walaupun corak permainannya agak ‘simple’ namun ianya cukup menyeronokkan dan boleh dimainkan oleh pelbagai lapisan usia.

Permainan itu kini tidak terhad di laman carian Google Chrome sahaja, kerana terdapat video menunjukkan ianya turut dimainkan tanpa memerlukan apa-apa peranti ataupun komputer.

Dengan hanya melekatnya foto dinosaur berkenaan di cermin, individu yang kebetulan melaluinya berkesempatan untuk bermain seketika.

Namun T-Rex itu bukanlah melompat pokok kaktus seperti biasa, sebaliknya ditukarkan kepada lompat kereta memandangkan banyak kereta melalui kawasan tersebut.

Pemain juga boleh mengisi sendiri nama ‘ranking’ (kedudukan) mengikut skor yang diperolehi masing-masing.

Seronok juga bukan? Jika anda berada di lokasi tersebut, mahukah anda mencubanya?