25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaKKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular yang didakwa Majlis Pengguna Hong...

KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular yang didakwa Majlis Pengguna Hong Kong mengandungi bahan penyebab kanser

Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan yang mendakwa biskut Malaysia yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.

Baru-baru ini, laman web Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) mendedahkan hampir 60 jenama konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi bahan karsinogen dengan lima biskut popular dari Malaysia turut tersenarai iaitu: 

  • Hup Seng Special Cream Cracker
  • Jacob Original Cream Cracker 93% Wheat Cereal
  • Julie’s Le-mond Lemon Puff Sandwich
  • Mini Oreo Original 
  • Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich
Twitter

Karsinogen ialah bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.

Bahan karsinogen yang juga dikenali sebagai glisidol dan akrilamida merupakan bahan pencemaran yang terhasil semasa pemprosesan bahan makanan. Tetapi bahan ini boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang sesuai.

Twitter

BKKM dalam kenyataan di Sinar Harian menjelaskan setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain-lain sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Siasatan awal BKKM mendapati semua premis kilang biskut yang terbabit adalah pemegang sijil HACCP KKM.

Dalam perkembangan terbaru, pihak Hup Seng dan Julie’s telah tampil mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu biskut keluaran syarikat mereka yang sedang tular di media sosial.

Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat untuk dimakan, selain menepati tahap kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan yang telah ditetapkan.

Hup Seng / Facebook

Julie’s Manufacturing Sdn Bhd juga menyatakan pendirian yang sama dengan menegaskan bahawa kualiti produk mereka sentiasa menepati standard atau piawaian yang tinggi, di mana produk Julie’s mematuhi kriteria tempatan dan garis panduan untuk negara pengimport yang berkaitan.

Julie’s

Sementara itu, seorang ahli kimia Mas Faiz tampil memberi penjelasan mengenai isu biskut popular Malaysia yang didakwa oleh HKCC itu di Twitter dengan mendedahkan biskut berkenaan masih selamat untuk dimakan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI