31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024
UtamaNasionalGuru kimia sekolah menengah di Ipoh terima ‘The Global Teacher Award’

Guru kimia sekolah menengah di Ipoh terima ‘The Global Teacher Award’

Seorang Guru Cemerlang Kimia yang sudah 14 tahun berkhidmat menerima anugerah antarabangsa ‘The Global Teacher Award 2021’.

V. Komathy yang mengajar di SMK Ave Maria Convent Ipoh menerima pengiktirafan berkenaan menerusi majlis yang dianjurkan secara maya di Facebook dan YouTube.

Menurut Komathy, beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak penganjur tentang kemenangan itu menerusi e-mel yang diterima pada 29 September lalu.

“Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara-negara lain”.

Daripada jumlah itu, sebanyak 500 orang telah disenarai pendek termasuklah 6 calon Malaysia”, ujar lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tersebut.

Beliau juga kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama.

Malah guru terbabit juga telah menghasilkan beberapa produk inovasi untuk mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia sehingga dikenali di peringkat dunia.

Antara inovasi beliau adalah ‘Chem-Ester Kit’ – Produk pembelajaan dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester.

Selain itu, beliau turut mencipta produk aplikasi ilmu Kimia ‘Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment’ – bertujuan untuk mengembangkan karbon aktif biomas daripada 3 sisa pertanian (serabut tebu, sekam kelapa, kulit pisang) dalam menghasilkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.

“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan. Oleh itu, saya perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa bagi mempelajari subjek ini”.

Justeru anugerah yang diterimanya ini akan dijadikan motivasi untuknya agar terus mendidik dan melahirkan anak bangsa yang lebih maju.

Beliau juga akan terus mengorak langkah dalam usaha untuk mencipta pelbagai pembaharuan menerusi subjek Kimia.

Menurut beliau, pelajarnya menjadi inspirasi untuknya berusaha ke arah kecemerlangan bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

Komathy memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Methodist Girls School Ipoh pada 2007 selama 6 tahun sebelum bertukar ke SMK Buntong dan dipindahkan ke SMK Ave Maria Convent Ipoh pada Februari lalu.

Beberapa karya ilmiah juga pernah dihasilkan beliau, selain pernah membawa pelajar SMK Buntong mewakili negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai acara akademik.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI