Jika anda kerap melayari internet menggunakan Google Chrome, pasti anda perasan akan satu permainan dinosaur (T-Rex).
Permainan tersebut memerlukan para pemain untuk mengawal T-Rex agar melompat melepasi kaktus yang tajam.

Walaupun corak permainannya agak ‘simple’ namun ianya cukup menyeronokkan dan boleh dimainkan oleh pelbagai lapisan usia.
Permainan itu kini tidak terhad di laman carian Google Chrome sahaja, kerana terdapat video menunjukkan ianya turut dimainkan tanpa memerlukan apa-apa peranti ataupun komputer.
Dengan hanya melekatnya foto dinosaur berkenaan di cermin, individu yang kebetulan melaluinya berkesempatan untuk bermain seketika.

Namun T-Rex itu bukanlah melompat pokok kaktus seperti biasa, sebaliknya ditukarkan kepada lompat kereta memandangkan banyak kereta melalui kawasan tersebut.

Pemain juga boleh mengisi sendiri nama ‘ranking’ (kedudukan) mengikut skor yang diperolehi masing-masing.
Seronok juga bukan? Jika anda berada di lokasi tersebut, mahukah anda mencubanya?