34.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 19, 2025
Utama Blog Laman 259

COVID-19 : Ed Sheeran diuji positif

0

Penyanyi terkenal antarabangsa, Ed Sheeran memaklumkan kepada umum bahawa dirinya sah dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Berita itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi laman Instagramnya pada 24 Oktober. “Hai semua, dukacitanya saya diuji positif dengan COVID-19”.

Justeru buat masa ini, beliau memaklumkan bahawa dirinya kini sedang mengasingkan diri serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa kesihatan di sana.

“Minta maaf kerana kecewakan anda, semoga anda semua selamat”, tulisnya lagi.

Difahamkan bahawa beliau akan terus terlibat dalam wawancara dan persembahan daripada rumah, walaupun sedang menjalani isolasi.

“Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan komitmen secara peribadi, jadi saya akan lakukan seberapa banyak wawancara atau persembahan daripada rumah”.

Minggu lalu, beliau tampil di London untuk persembahan di hadapan Duke dan Duchness of Cambridge semasa acara perdana Earthshot Prize.

Menurut laporan, beliau dijangka akan melancarkan album terbaharunya yang berjudul “=” (equal) pada Jumaat akan datang.

Sheeran dijadualkan untuk bersama dengan Zane Lowe dari Apple Music pada minggu hadapan dalam kempen promosi untuk memainkan lagu daripada album serta berinteraksi dengan peminatnya.

“Dah la aku nak cepat”. Perjalanan gadis ini hantar pesanan makanan terganggu dek kawanan itik ‘bertawaf’

0

Selain daripada ayam yang diternak bagi membekalkan sumber protein buat manusia, itik juga haiwan ternakan yang tidak kurang popularnya.

Majoriti spesies itik hidup secara berkumpulan dan cenderung untuk bergerak di dalam kawanannya membuatkan ada segelintir yang berasa gusar jika didekati kawanan ini.

Samalah seperti apa yang dihadapi oleh gadis yang dikenali sebagai Balqis ini, di mana perjalanannya pada suatu hari ‘terganggu’ dek kawanan besar itik.

“Memang biasa lalu sini tetapi tidak pernah lagi kena macam ini (merujuk kepada keadaan kawanan itik yang berkerumun di sebatang jalan yang sedang dilaluinya)”.

Situasi itu menyebabkan Balqis terpaksa berhenti dan menunggu itik-itik berkenaan beredar namun nampaknya mereka masih lagi berpusing-pusing di situ.

Pada ketika itu, Balqis difahamkan perlu menghantar segera pesanan makanannya oleh pelanggannya. Buat hal pula kawanan itik ini nampaknya..

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang keluar daripada kenderaan lalu menghalau kawanan itu ke tepi jalan.

Tidak dapat dipastikan mengapakah agaknya tingkah laku kawanan itik berkenaan berpusing sebegitu rupa di atas jalan.

Ada sesiapa yang tahu? Kongsikan di ruangan komen ya!

Tonton video di sini.

Bantu mandikan anjing, keterujaan 2 ekor cimpanzi ini gosok anjing tuan buat netizen geli hati

0

Mandi bukanlah masalah besar buat kebanyakan anjing, berbeza dengan kucing yang tidak begitu sukakan air.

Namun tidak disangka pula anjing ini begitu menikmati sesi mandian di luar bersama rakan-rakan haiwan lain yang turut membantu memandikannya!

Menerusi video tersebut, kita dapat lihat seekor anjing dipercayai berbaka Labrador berwarna putih sedang duduk di dalam sebuah besen yang diisi air.

Di sekelilingnya, terdapat seorang lelaki dan 2 ekor cimpanzi sedang menggosok dan mencuci tubuh anjing tersebut. Seronok betul ada yang tolong gosokkan bukan?

Bertuah si anjing kerana dapat rakan yang membantunya mandi..

Kerja tuannya juga jadi mudah memandangkan banyak tangan yang menolongnya memandikan anjing berkenaan.

Cimpanzi terbabit juga nampaknya begitu bersemangat menjalankan tugasnya. Mungkin sudah banyak kali bantu memandikan rakannya itu.

Anda boleh saksikan video mereka menerusi video di sini.

KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular yang didakwa Majlis Pengguna Hong Kong mengandungi bahan penyebab kanser

0

Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan yang mendakwa biskut Malaysia yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.

Baru-baru ini, laman web Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) mendedahkan hampir 60 jenama konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi bahan karsinogen dengan lima biskut popular dari Malaysia turut tersenarai iaitu: 

  • Hup Seng Special Cream Cracker
  • Jacob Original Cream Cracker 93% Wheat Cereal
  • Julie’s Le-mond Lemon Puff Sandwich
  • Mini Oreo Original 
  • Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich
Twitter

Karsinogen ialah bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.

Bahan karsinogen yang juga dikenali sebagai glisidol dan akrilamida merupakan bahan pencemaran yang terhasil semasa pemprosesan bahan makanan. Tetapi bahan ini boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang sesuai.

Twitter

BKKM dalam kenyataan di Sinar Harian menjelaskan setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain-lain sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Siasatan awal BKKM mendapati semua premis kilang biskut yang terbabit adalah pemegang sijil HACCP KKM.

Dalam perkembangan terbaru, pihak Hup Seng dan Julie’s telah tampil mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu biskut keluaran syarikat mereka yang sedang tular di media sosial.

Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat untuk dimakan, selain menepati tahap kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan yang telah ditetapkan.

Hup Seng / Facebook

Julie’s Manufacturing Sdn Bhd juga menyatakan pendirian yang sama dengan menegaskan bahawa kualiti produk mereka sentiasa menepati standard atau piawaian yang tinggi, di mana produk Julie’s mematuhi kriteria tempatan dan garis panduan untuk negara pengimport yang berkaitan.

Julie’s

Sementara itu, seorang ahli kimia Mas Faiz tampil memberi penjelasan mengenai isu biskut popular Malaysia yang didakwa oleh HKCC itu di Twitter dengan mendedahkan biskut berkenaan masih selamat untuk dimakan.

Guru kimia sekolah menengah di Ipoh terima ‘The Global Teacher Award’

0

Seorang Guru Cemerlang Kimia yang sudah 14 tahun berkhidmat menerima anugerah antarabangsa ‘The Global Teacher Award 2021’.

V. Komathy yang mengajar di SMK Ave Maria Convent Ipoh menerima pengiktirafan berkenaan menerusi majlis yang dianjurkan secara maya di Facebook dan YouTube.

Menurut Komathy, beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak penganjur tentang kemenangan itu menerusi e-mel yang diterima pada 29 September lalu.

“Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara-negara lain”.

Daripada jumlah itu, sebanyak 500 orang telah disenarai pendek termasuklah 6 calon Malaysia”, ujar lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tersebut.

Beliau juga kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama.

Malah guru terbabit juga telah menghasilkan beberapa produk inovasi untuk mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia sehingga dikenali di peringkat dunia.

Antara inovasi beliau adalah ‘Chem-Ester Kit’ – Produk pembelajaan dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester.

Selain itu, beliau turut mencipta produk aplikasi ilmu Kimia ‘Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment’ – bertujuan untuk mengembangkan karbon aktif biomas daripada 3 sisa pertanian (serabut tebu, sekam kelapa, kulit pisang) dalam menghasilkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.

“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan. Oleh itu, saya perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa bagi mempelajari subjek ini”.

Justeru anugerah yang diterimanya ini akan dijadikan motivasi untuknya agar terus mendidik dan melahirkan anak bangsa yang lebih maju.

Beliau juga akan terus mengorak langkah dalam usaha untuk mencipta pelbagai pembaharuan menerusi subjek Kimia.

Menurut beliau, pelajarnya menjadi inspirasi untuknya berusaha ke arah kecemerlangan bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

Komathy memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Methodist Girls School Ipoh pada 2007 selama 6 tahun sebelum bertukar ke SMK Buntong dan dipindahkan ke SMK Ave Maria Convent Ipoh pada Februari lalu.

Beberapa karya ilmiah juga pernah dihasilkan beliau, selain pernah membawa pelajar SMK Buntong mewakili negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai acara akademik.

Permainan lompat T-Rex Google Chrome secara ‘offline’ di tempat awam buatkan masa menunggu jadi menyeronokkan

0

Jika anda kerap melayari internet menggunakan Google Chrome, pasti anda perasan akan satu permainan dinosaur (T-Rex).

Permainan tersebut memerlukan para pemain untuk mengawal T-Rex agar melompat melepasi kaktus yang tajam.

Walaupun corak permainannya agak ‘simple’ namun ianya cukup menyeronokkan dan boleh dimainkan oleh pelbagai lapisan usia.

Permainan itu kini tidak terhad di laman carian Google Chrome sahaja, kerana terdapat video menunjukkan ianya turut dimainkan tanpa memerlukan apa-apa peranti ataupun komputer.

Dengan hanya melekatnya foto dinosaur berkenaan di cermin, individu yang kebetulan melaluinya berkesempatan untuk bermain seketika.

Namun T-Rex itu bukanlah melompat pokok kaktus seperti biasa, sebaliknya ditukarkan kepada lompat kereta memandangkan banyak kereta melalui kawasan tersebut.

Pemain juga boleh mengisi sendiri nama ‘ranking’ (kedudukan) mengikut skor yang diperolehi masing-masing.

Seronok juga bukan? Jika anda berada di lokasi tersebut, mahukah anda mencubanya?

“Macam kenal pak cik penghantar ni…” Adik ini terus letak hadiah hari jadi untuk peluk kejutan hadiah lebih besar, ayah yang dirindui

0

Kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini membolehkan mereka yang berada di negeri lain mengambil peluang untuk bertemu dengan ahli keluarga yang sudah terpisah selama berbulan-bulan lamanya.

Paling terasa sedih dan rindu sudah semestinya anak-anak kecil apabila mereka tidak dapat bertemu dengan ibu atau bapa yang terpaksa bekerja di negeri lain ketika PKP dilaksanakan.

Beberapa hari yang lalu, tular video menyentuh hati di TikTok apabila adik ini tidak lagi dapat menahan rasa sebak kerana akhirnya ayah tersayang dapat pulang merentas negeri untuk bertemu keluarga tercinta ketika majlis hari jadinya sedang berlangsung.

Facebook

Pada mulanya ayahnya berkonspirasi bersama ibu untuk membuat kejutan dengan menyamar sebagai pak cik penghantar hadiah hari jadi berupa jambangan coklat dan belon di hadapan pintu rumah.

Facebook

Sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain, malu-malu sahaja adik ini memandang muka pak cik itu macam kenal tetapi kena sopan ambil hadiah dengan orang yang tidak dikenali.

Segan rasa hendak ambil, tetapi ibunya suruh ambil juga hadiah itu. 

Dia rasa lain sahaja dengan pak cik ini, tengok matanya di sebalik pelitup muka dan helmet itu macam kenal sangat orang ini, macam ayah sahaja yang sedang tersenyum.

Facebook

Sambil memegang hadiah yang telah diambil, adik ini menjenguk wajah orang itu untuk melihat lebih dekat.

Wajahnya yang masih keliru selepas disuruh ucap terima kasih, tetapi adik dapat kenallah mata ayah yang tersenyum walaupun pakai pelitup muka.

Dia pandang sayu ibu, dan pandang sayu ‘pak cik’ itu yang sedang membuka pelitup muka.

Facebook

“Ini babahlah…” kata ‘pak cik penghantar’ ini.

Spontan dia letak hadiahnya dan terus berlari mendakap erat ayahnya sambil menangis tersedu-sedu.

Facebook

Rindunya adik ini dengan ayahnya yang sudah 6 bulan tidak bertemu. Mana boleh tahan untuk tidak menangis. Siapa pun akan menangis.

Peluk erat-erat selepas dapat kejutan hadiah hari jadi paling besar dan paling bermakna.

Facebook

Dapat bertemu semula dengan ayah tersayang yang sudah terpisah sekian lama memang boleh lupakan hadiah yang lain. 

Tonton video di sini.

Mamat Khalid meninggal dunia

0

KUALA LUMPUR – Penerbit dan pengarah terkenal tanah air, Mamat Khalid dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 tengah malam tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim.

“Allahyarham pengsan di Sarang Art Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh hari ini ,” katanya lagi.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Penerbit dan pengarah hebat itu sebelum ini pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah, Rock dan 16 Puasa.

Remaja 14 tahun yang meninggal dunia selepas terima vaksin hidap masalah jantung dan ketumbuhan

0

JOHOR BAHRU: Seorang remaja, Noor Hayati Nabila Abdullah, 14, yang meninggal dunia selepas beberapa hari menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada awal bulan ini, didapati mempunyai ketumbuhan pada ovari serta masalah struktur jantung.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, perkara itu diketahui selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya.

“Pada 3 Oktober 2021, Allahyarhamah telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 berjenama Comirnaty Pfizer. Status kesihatan Allahyarhamah pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas.

“(Jenazah) Allahyarhamah telah dibawa oleh Pegawai Penyiasat Polis, Balai Polis Batu Pahat ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pada 8 Oktober 2021 atas sebab kematian mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Aman memaklumkan, kesemua sampel tisu badan telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut oleh Pakar Perubatan Forensik Patologi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Hasil keputusan dijangka akan diperoleh antara 24 sehingga 28 Oktober.

Kajian tunjukkan bahawa varian ‘Delta Plus’ lebih mudah tersebar

0

Sebuah lagi varian Covid-19 bermutasi baru yang lebih dikenali sebagai “Delta Plus” dikatakan boleh tersebar dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan Delta biasa, kata pakar UK baru-baru ini.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) telah memindahkannya ke dalam kategori “varian dalam siasatan”, untuk menggambarkan kemungkinan risiko ini.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa varian ini akan menyebabkan penyakit menjadi lebih serius.

Namun begitu, saintis yakin bahawa vaksin sedia ada masih berfungsi dengan baik untuk melindungi orang ramai.

Walaupun Delta biasa masih menyumbang kepada kebanyakan jangkitan Covid-19 di UK, kes “Delta Plus” atau AY.4.2 dilihat semakin meningkat.

Data rasmi terkini menunjukkan 6% kes Covid-19 adalah berpunca daripada varian ini. Hal ini ditunjukkan dengan bukti awal yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kadar jangkitan di UK berpunca daripada varian ini.

Walau bagaimanapun, varian ini masih belum dianggap sebagai “variant of conern” – kategori tertinggi yang perlu diberikan mengikut tahap risiko varian.

Terdapat beribu-ribu varian Covid-19 yang merebak di seluruh dunia jadi tidak menghairankan untuk melihat varian baharu muncul.

AY.4.2 ialah cabang Delta yang merangkumi beberapa mutasi baharu yang menjejaskan protein spike, yang digunakan oleh virus untuk menembusi sel manusia.

Beberapa kes juga telah dikenal pasti di Amerika Syarikat dan beberapa di Denmark.

Kini UK sudah pun menawarkan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada individu yang berisiko lebih tinggi menjelang musim sejuk dalam usaha untuk memastikan mereka mendapat perlindungan sepenuhnya terhadap Covid-19.

Tiada cadangan bahawa kemas kini baharu vaksin diperlukan untuk melindungi daripada mana-mana varian virus pandemik yang sedia ada.

Dr Jenny Harries, Ketua Eksekutif UKHSA, mengatakan: “Nasihat kesihatan awam adalah sama untuk semua varian terkini. Dapatkan vaksin dan, bagi mereka yang memenuhi syarat, dapatkan dos ketiga atau dos penggalak anda secepat mungkin selepas dihubungi.

“Terus berhati-hati. Pakai pelitup muka di tempat yang sesak dan, apabila bertemu orang di dalam rumah, buka tingkap dan pintu untuk mengudarakan bilik. Jika anda mengalami simptom, ambil ujian PCR dan asingkan di rumah sehingga anda menerima keputusan negatif.”