30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaKanak-kanak sepatutnya tidak perlu mendapatkan vaksinasi COVID-19 - Profesor Universiti Harvard

Kanak-kanak sepatutnya tidak perlu mendapatkan vaksinasi COVID-19 – Profesor Universiti Harvard

Kanak-kanak tidak sepatutnya mendapatkan vaksinasi terhadap virus yang menyebabkan COVID-19, menurut profesor perubatan Universiti Harvard Dr. Martin Kulldorff.

“Saya tidak fikir kanak-kanak perlu diberi vaksin untuk COVID-19. Saya peminat tegar pemberian vaksin ke atas kanak-kanak untuk campak, beguk, polio, rotavirus, dan banyak penyakit lain, itu yang kritikal. Tetapi COVID-19 bukanlah ancaman besar terhadap kanak-kanak,” katanya dalam program “American Thought Leaders” di EpochTV.  Ikuti episod penuh yang boleh ditonton di EpochTV.

“Mereka boleh dijangkiti, sama seperti boleh mendapat selesema biasa, tetapi ia bukan ancaman besar. Mereka tidak meninggal dunia akibat daripada ini, kecuali dalam keadaan yang sangat jarang berlaku. Jadi, jika anda ingin bercakap tentang melindungi kanak-kanak atau menjaga keselamatan kanak-kanak, saya fikir kita boleh bercakap tentang kemalangan jalan raya, sebagai contoh, yang mereka benar-benar berisiko,” katanya.

“Dan ada banyak perkara lain yang perlu kita pastikan [untuk] memastikan kanak-kanak selamat. Tetapi COVID-19 bukanlah faktor risiko yang besar untuk kanak-kanak,” tambah Dr. Martin Kulldorff.

Vaksinasi warga emas dan semua peringkat umur dengan sistem imun yang terjejas terhadap virus PKC (Parti Komunis China), yang menyebabkan COVID-19, telah mendapat sokongan kebanyakan pakar perubatan. Tetapi pemberian vaksinasi ke atas golongan muda yang sihat, terutamanya kanak-kanak, telah mencetuskan pelbagai tentangan, sebahagiannya kerana betapa kecilnya risiko jangkitan COVID-19 kepada mereka.

Kanak-kanak lebih berkemungkinan dijangkiti penyakit serius atau meninggal dunia akibat influenza, atau selesema, berbanding COVID-19, menurut data dan kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Kulldorff. Hanya 195 kanak-kanak di bawah usia 4 tahun dan 442 golongan muda antara 5 dan 18 tahun telah meninggal dunia akibat COVID-19 di Amerika Syarikat setakat 20 Oktober, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat. 

Kanak-kanak adalah 15 kali lebih kecil peratusan dengan kemungkinan dimasukkan ke hospital dijangkiti penyakit itu berbanding individu yang berusia 85 tahun atau lebih, dan 570 kali lebih kecil kemungkinannya untuk meninggal dunia, menurut agensi.

“Satu contoh di negara Sweden, semasa gelombang pertama pada musim bunga 2020, yang menjejaskan Sweden dengan kuat. Tetapi Sweden memutuskan untuk memastikan pusat jagaan harian dan sekolah dibuka untuk semua kanak-kanak berusia 1 hingga 15 tahun. Dan terdapat 1.8 juta kanak-kanak yang melalui gelombang pertama tanpa vaksin, sudah tentu, tanpa pelitup muka, tanpa apa-apa jenis penjarakan sosial di sekolah, “ jelas Dr. Kulldorff.

“Jika seorang kanak-kanak sakit, mereka akan diminta untuk duduk di rumah. Tetapi itu sahaja pada asasnya. Dan anda tahu berapa ramai daripada 1.8 juta kanak-kanak itu yang meninggal dunia akibat COVID-19? Tiada. Hanya beberapa kemasukan ke hospital. Jadi ini bukan penyakit yang berisiko untuk kanak-kanak,” katanya.

Apabila memberi pertimbangan sama ada untuk memberi vaksinasi kepada kanak-kanak, risiko kesan sampingan vaksin juga mesti diambil kira, kata Dr. Kulldorff. Risiko utama kepada golongan muda yang dilihat setakat ini ialah keradangan jantung, yang telah berlaku selepas pemberian vaksinasi pada kadar yang lebih tinggi daripada jangkaan. Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) menambah label amaran kepada vaksin Pfizer dan Moderna sepanjang musim panas mengenai ‘myocarditis’ dan ‘pericarditis’, dua jenis keradangan jantung.

“Jika anda berumur 78 tahun, maka itu adalah perkara yang tidak perlu difikirkan, pada pendapat saya, kerana faedahnya sangat besar sehinggakan walaupun anda mempunyai risiko kecil untuk beberapa reaksi buruk, manfaatnya jauh melebihi risiko,” kata Dr. Kulldorff.

Dr. Martin Kulldorff (Gambar oleh York Du / The Epoch Times)

“Sebaliknya, jika anda sudah mempunyai imuniti daripada menghidap COVID-19, maka manfaat vaksin adalah jauh, lebih kecil. Jika anda seorang kanak-kanak, walaupun anda tidak menghidap COVID-19, risiko penyakit serius atau kematian adalah sangat kecil… Jadi tidak jelas sama sekali bahawa faedahnya melebihi risiko untuk kanak-kanak,” jelasnya.

Dr. Martin Kulldorff berkata demikian sebelum mesyuarat panel penasihat FDA. Ahli panel pada 26 Oktober memutuskan untuk menasihati penyelaras ubat-ubatan itu supaya meluluskan pemberian vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun. Mereka berkata faedah vaksinasi kumpulan umur ini, seperti ramalan penurunan kadar kemasukan ke hospital, kepentingan mengatasi risiko, termasuk penilaian insiden berlaku ‘myocarditis’.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI