26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaKanak-kanak 7 tahun meninggal dunia akibat dilanggar van sekolah sebaik turun dari...

Kanak-kanak 7 tahun meninggal dunia akibat dilanggar van sekolah sebaik turun dari kenderaan itu

SEPANG: Malang tidak berbau apabila van sekolah dinaiki seorang murid Tahun Satu meragut nyawa kanak-kanak terbabit dalam kemalangan di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu cedera di kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.10 tengah hari.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian van sekolah berkenaan menghantar murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Seroja Sepang ke sebuah tadika yang dijadikan transit kepada murid terbabit sebelum ke Kelas Fardu Ain (Kafa).

Menurutnya, selepas selesai menurunkan kesemua murid di tadika berkenaan, pemandu van yang juga seorang wanita berusia 31 tahun terus bergerak ke hadapan.

Katanya, pada masa sama mangsa yang terakhir turun dari van melintas di bahagian hadapan van yang sedang bergerak itu lalu dilanggar kenderaan terbabit.

Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre pada 2.30 petang, bagaimanapun pegawai perubatan hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. Pemandu berkenaan dirakam percakapan dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kejadian berkenaan dirakam melalui litar kamera tertutup (CCTV) milik seorang penduduk di taman berkenaan dan kemudian tular di media sosial.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI