Sesetengah orang mempersoalkan otot sasa dan ‘berkuasa’ penyanyi kumpulan Turbo, Kim Jong-kook.
Sebelum menjadi ahli program realiti “Running Man” yang terkenal, Kim Jong-kook juga merupakan pakar kecergasan yang cemerlang dan penuh disiplin. Kim Jong-kook yang berusia 45 tahun telah berjaya memperolehi otot sasa idamannya dengan melakukan senaman angkat berat yang baik dan kerja keras selama bertahun-tahun. Selebriti ini mempunyai ramai peminat di Korea dan Asia.

Tetapi otot Kim Jong-kook baru-baru ini telah dipersoalkan oleh selebriti bina badan dari Kanada dan YouTuber terkenal Greg Doucette, dengan dakwaan selebriti Korea itu menggunakan steroid untuk menyuburkan ototnya.
Menjawab tuduhan itu, Kim Jong-kook bertindak balas secara positif, dengan mengakui pada mulanya berniat untuk ketawa sahaja, atau hanya merakam video dan membalas mesej di ruangan komen.

“Saya tidak menyangka perkara ini menjadi topik berita. Sebagai YouTuber yang baru, anda tidak boleh terlepas topik yang menarik. Jika perlu, saya bersedia menjalani semua ujian doping di dunia. Perkara pertama, saya akan menyelesaikannya dalam satu hari,” tegasnya dengan reaksi berani.
Pada 9 November, Kim Jong-kook memuat naik gambar ujian doping melalui saluran YouTube miliknya, sambil berkata, “Walaupun ia mengambil banyak masa dan wang, saya rasa ia amat berharga. Saya telah menjalani 391 ujian doping berdasarkan 2022 WADA (Agensi Anti-Doping Sedunia), di mana saya mengambil peluang ini untuk bukan sahaja pemeriksaan penggunaan hormon, tetapi juga menguji sama ada saya telah menggunakan ubat lain. Orang yang matang perlu belajar mengenali dan menghormati perbezaan orang lain. Saya tidak menggunakan sebarang hormon dan juga dadah.”

Malahan Kim Jong-kook sering mempamerkan kekuatan luar biasa di hadapan kamera dalam “Running Man”, dengan ahli “Running Man” yang lain sudah lama mengenalinya dan memuji peribadinya yang sangat berdisiplin serta beretika ketika melakukan apa sahaja.

Rutin harian Kim Jong-kook adalah meluangkan masa untuk berada di gim dengan tujuan membina otot badannya secara semula jadi, walaupun pada ketika itu jadualnya sangat sibuk. Apa yang orang lain akan berasa hairan ialah sekiranya Kim Jong-kook tidak berada di gim dalam sehari atau hari berikutnya, bukan bagaimana dia boleh mendapatkan otot sasanya itu.
Tonton video di bawah.