Walaupun sering digelar musuh tradisi, kucing dan anjing ada kalanya boleh menjadi rakan yang agak akrab.
Namun lain pula dengan kisah haiwan peliharaan seorang wanita dari Rusia ini, di mana anjingnya berkawan dengan spesies kucing besar iaitu harimau kumbang bernama Luna!
Luna The Pantera/YouTube
Sewaktu masih kecil, ibu Luna difahamkan enggan memberikannya susu lantas membiarkan sahaja Luna membesar sendirian.
Mujurlah ada wanita ini yang bertindak menjaganya. Wanita tersebut difahamkan mempunyai pengalaman menjaga spesies kucing besar seperti Luna sebelum ini.
Luna The Pantera/YouTube
Luna dijaga dengan baik dan diberikan makanan sesuai dengan dietnya serta vitamin bagi melengkapi keperluan tumbesaran Luna.
Semasa masih kecil, Luna diperkenalkan kepada anjing milik wanita itu yang bernama Venza. Makan masa juga untuk Luna dan Venza menyesuaikan diri masing-masing.
Luna The Pantera/YouTube
Namun tiada insiden tidak diingini berlaku. Mereka kini sangat menyayangi antara satu sama lain dan enggan berpisah walaupun seketika.
Mereka juga kerap kali menghabiskan masa bersama – bermain, berlari dan menjelajah persekitaran berdua.
Luna The Pantera/YouTube
Hebat bukan persahabatan antara haiwan? Ia merentasi perbezaan antara spesies!