25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaKesihatanCOVID-19 : Ketahui simptom ‘Long COVID’ dan implikasinya terhadap pesakit yang telah...

COVID-19 : Ketahui simptom ‘Long COVID’ dan implikasinya terhadap pesakit yang telah dijangkiti

Umumnya, pesakit yang dijangkiti COVID-19 berpotensi untuk pulih sepenuhnya namun terdapat segelintir daripada mereka yang terkesan dengan komplikasi ‘long COVID’.

Keadaan ini merujuk kepada pesakit yang masih lagi menunjukkan tanda dan gejala selepas jangkitan COVID-19, melibatkan dua tempoh iaitu :

  • ‘Ongoing symptomatic COVID-19’ merupakan tanda dan gejala selepas jangkitan dalam tempoh 4 hingga 12 minggu
  • ‘Post COVID-19 Syndrome’ adalah tanda dan gejala wujud pada ketika atau selepas jangkitan COVID-19 yang berterusan melepasi 12 minggu, di mana ia tidak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain.

Jelas Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat 5 gejala paling kerap dilaporkan iaitu kelesuan (71.8%), kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti (61.9%), batuk (13.6%), kesakitan (13.2%) dan kesukaran tidur nyenyak (11%).

Tanpa rawatan khusus, keadaan ini akan berterusan dan tempoh masa panjang diperlukan bagi mengembalikan fungsi sepenuhnya, sekaligus ia turut menjejaskan kualiti kehidupan individu pasca jangkitan COVID-19.

Simptom ini juga menyebabkan implikasi serius seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti dan hilang sumber pendapatan.

Oleh itu, pihak KKM dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaksanakan inisiatif :

#1 ‘Recognition’ – Garis panduan serta protokol kebangsaan yang melibatkan pelbagai perkhidmatan kepakaran perubatan termasuk Perawatan Umum, Perawatan Utama, Respiratori, Organizing Pneumonia, Immunocompromised, Nefrologi, Obstetrik, Pediatrik, Rehabilitasi serta Psikiatri telah diwujudkan bermula Julai 2021

#2 ‘Rehabilitation’ – Perkhidmatan rehabilitasi bagi menangani kesan jangka sederhana serta jangka panjang gejala Long COVID disediakan di fasiliti kesihatan tertentu untuk merawat individu yang terkesan.

Mereka yang mengalaminya disaran agar mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan bagi penilaian serta preskripsi program rehabilitasi awal oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Carakerja yang akan dipantau oleh Pakar Perubatan Keluarga.

Bagi individu yang terkesan dengan gejala Long COVID yang lebih serius serta memerlukan program rehabilitasi khusus, mereka akan dirujuk ke hospital berpakar dengan perkhidmatan kepakaran perubatan rehabilitasi yang menyediakan program khusus melalui pendekatan pelbagai kepakaran secara interdisiplinari.

#3 ‘Research’ – Pelbagai kajian klinikal melibatkan pelbagai kepakaran perubatan termasuk rehabilitasi kini sedang dijalankan bagi memahami dengan lebih terperinci gejala-gejala, faktor risiko, impak serta kesan gejala Long COVID.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI