25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaLelaki maut dan seorang cedera parah selepas tejatuh dari roda Ferris di...

Lelaki maut dan seorang cedera parah selepas tejatuh dari roda Ferris di ‘fun fair’

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 39 tahun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh dari menaiki roda Ferris di sebuah pesta ria (fun fair) di Cheras pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata polis menerima laporan daripada seorang pekerja di pesta ria yang terletak berhampiran dengan sebuah pusat beli-belah di Cheras pada 12.05 pagi.

Laporan itu mendakwa bahawa dua lelaki tempatan terjatuh dari roda Ferris di pesta itu.

“Seorang saksi memaklumkan dua lelaki terjatuh dari roda Ferris. Seorang daripada mereka berusia 39 tahun. Anggota perubatan yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

Nasir berkata, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan di lokasi, tiada unsur jenayah dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, polis meneruskan siasatan untuk memastikan punca kejadian. Kami sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur kecuaian di pihak pemilik pesta itu, atau daripada pihak mangsa,” katanya.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-763 8512 atau pergi ke balai polis berhampiran.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI