26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalPenemuan baharu tengkorak kanak-kanak berusia 250,000 tahun cabar kognisi asal usul manusia

Penemuan baharu tengkorak kanak-kanak berusia 250,000 tahun cabar kognisi asal usul manusia

Dua laporan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal PaleoAnthropology pada 5 November menyatakan penemuan tengkorak kanak-kanak dengan gigi dan serpihan tulang berasal daripada spesies manusia purba Homo naledi yang berusia kira-kira 250,000 tahun.

Berdasarkan hampir 2,000 tulang dan gigi yang ditemui di Gua Rising Star setakat ini, saintis membuat andaian bahawa mereka tinggal di Afrika Selatan kira-kira 350,000 hingga 250,000 tahun dahulu. Tubuh badan mereka adalah menyerupai manusia zaman kini, dengan kapasiti otak mereka jauh lebih kecil. Saintis berpendapat cara hidup mereka hampir seperti haiwan, dan tiada struktur sosial seperti manusia.

Walau bagaimanapun, penemuan tengkorak kanak-kanak yang dianggarkan berusia antara empat hingga enam tahun ketika meninggal dunia baru-baru ini, secara beransur-ansur mengubah persepsi ini.

Twitter

Pada tahun 2013, saintis telah menemui fosil dan rangka manusia dengan sekurang-kurangnya 15 spesies manusia purba Homo naledi di Gua Rising Star ruang Dinaledi di Afrika Selatan. Sistem gua pada kedalaman 150 kaki (46 meter), adalah legap sepenuhnya dengan bentuk muka buminya yang agak curam.

Tengkorak kanak-kanak dengan gelaran ‘Leti’ yang baru ditemui itu juga berada di dalam gua ini, tetapi di tempat yang lebih dalam di celah yang hanya berukuran 15 sentimeter lebar dan 80 sentimeter panjang. Seorang wanita dengan tubuh badan paling kecil dan perwatakan paling berani, ahli arkeologi Becca Peixotto memasuki celah berbatu yang hanya lebih lebar sedikit daripada tapak tangan, dan kemudian mengeluarkan serpihan tengkorak itu.

Salah seorang penyelidik dan pakar antropologi, Marina Elliot dari Simon Fraser University berkata, penemuan tengkorak kanak-kanak itu merupakan penemuan yang menakjubkan, kerana tulang kanak-kanak sangat kecil dan rapuh sehingga sukar untuk disimpan dalam jangka masa lama.

Mereka juga menemui dua gigi susu kanak-kanak, yang menunjukkan bahawa kanak-kanak itu hanya berusia kira-kira empat hingga enam tahun ketika meninggal dunia.

Tengkorak kanak-kanak itu diletakkan di atas rak kecil di belakang retakan. Tiada rangka lain yang ditemui berdekatan, di mana nampaknya rangka kanak-kanak itu sengaja diletakkan di situ.

Para penyelidik memeriksa 15 rangka yang ditemui sebelum ini, dan tidak menemui bukti bahawa mereka diseret ke dalam gua oleh haiwan liar atau dihanyutkan oleh air bah, dan tiada tanda-tanda diterbalikkan.

Penyelidik membuat spekulasi bahawa kesemua manusia ini mungkin dikebumikan di sini oleh manusia yang sama, yang bukan dikumpulkan secara tidak sengaja. Terutama ketika melihat tengkorak kanak-kanak yang baru ditemui itu, kemungkinan besar mereka sengaja memilih tempat yang selamat dan rahsia untuk meletakkan mayat kanak-kanak ini di sana.

Spekulasi yang menimbulkan perdebatan dalam komuniti saintifik: Adakah Homo naledi yang mempunyai otak sangat kecil, seperti manusia hari ini, mempunyai struktur sosial dan adat resam, dan tahu cara menguburkan ahli keluarga dan sahabat mereka yang telah meninggal dunia?

Penyelidik dan ahli antropologi Steven Churchill dari Duke University di Amerika Syarikat berkata, “Mereka adalah homonid yang mempunyai struktur sosial. Rangka-rangka ini diletakkan di sini secara sengaja. Ini adalah penjelasan yang paling boleh dipercayai. .”

Kebanyakan sarjana percaya bahawa tiada manusia yang hidup berusia ratusan ribu tahun dan paling baik mereka dikatakan adalah spesies haiwan homonid. Berdepan dengan keraguan, ketua penyelidik dan ekspedisi Rising Star, Lee Berger dari University of the Witwatersrand, Johannesburg, Afrika Selatan berkata kepada sidang media, “Ini adalah sains. Kami akan terus mendedahkan sebarang petunjuk yang ditemui untuk menguji dan mencabar keraguan serta merungkai teka-teki.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI