36.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 31, 2025
Utama Blog Laman 241

WHO: Tiada kematian dilaporkan akibat varian Omicron setakat ini

0

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata tiada sebarang kematian yang dilaporkan akibat varian Omicron daripada virus PKC (Parti Komunis China), yang menyebabkan COVID-19.

“Untuk Omicron, kami tidak merekodkan sebarang kematian yang dilaporkan, tetapi ia masih dalam peringkat awal perjalanan klinikal penyakit dan ini mungkin berubah,” WHO memberitahu The Epoch Times.

Apabila dihubungi untuk mendapatkan komen oleh The Epoch Times, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menghantar laporan mengenai varian Omicron di Amerika Syarikat untuk tempoh 1 Disember hingga 8 Disember. Ia menunjukkan tiada kematian yang didokumenkan akibat varian Omicron semasa tempoh itu.

Bendera Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Gambar oleh FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Kemas kini epidemiologi mingguan terbaru WHO pada 7 Disember, menunjukkan kesemua 212 kes Omicron yang didokumenkan di 18 negara Kesatuan Eropah (EU) adalah sama ada ringan atau tanpa gejala (asimptomatik).

“Walaupun Afrika Selatan menyaksikan peningkatan 82 peratus kes kemasukan ke hospital akibat COVID-19 (daripada 502 kepada 912) pada minggu 28 November hingga 4 Disember 2021, masih belum dipastikan bahagian ini berkaitan dengan varian Omicron,” menurut laporan itu.

Omicron juga telah dikesan di Amerika Syarikat, yang mana pertama kali dilaporkan di California dan kemudian di Colorado, New York, Maryland, Utah, serta menular ke beberapa negeri lain.

Pesakit pertama di Amerika Syarikat dengan varian itu dikenal pasti di San Francisco, yang diuji positif untuk COVID-19 pada 29 November selepas pulang dari Afrika Selatan pada 22 November. Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Awam California telah mengesahkan melalui laporan Los Angeles Times yang varian itu telah dikesan seawal 25 November.

Omicron atau sebelumnya dikenali B.1.1.529, mula menjadi tajuk utama antarabangsa pada 26 November, tidak lama selepas ia dikesan di Afrika Selatan.

WHO menamakan B.1.1.529 sebagai Omicron dan melabel sebagai “varian yang membimbangkan” (VOC). Dua hari kemudian, dalam ringkasan teknikal, WHO berkata strain itu boleh menimbulkan risiko yang “sangat tinggi”, dengan memetik bilangan mutasinya yang besar.

Sementara itu, Dr Angelique Coetzee, pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan dan salah seorang doktor pertama yang merawat pesakit COVID-19 dengan Omicron secara konsisten mengekalkan Omicron adalah varian ringan.

“Biar saya jelaskan, tiada apa yang saya lihat tentang varian baharu ini menjamin tindakan melampau yang telah diambil oleh kerajaan UK sebagai tindak balas terhadapnya,” tulisnya kepada The Daily Mail.

Dr. Coetzee merujuk kepada “sekatan perjalanan berat bagi penerbangan dari seluruh Afrika Selatan, serta mengenakan peraturan lebih ketat di rumah serta pemakaian pelitup muka, denda, dan kuarantin yang dilanjutkan.”

Pesakit COVID-19 di Johannesburg, Afrika Selatan pada 11 Julai, 2021. (Gambar oleh Sumaya Hisham/REUTERS)

“Tiada sesiapa di Afrika Selatan yang diketahui telah [dimasukkan ke hospital] dengan varian Omicron, dan tiada sesiapa di sini yang dipercayai telah jatuh sakit dengan teruk kerananya,” tulis Dr. Coetzee.

Baru-baru ini, Dr. Coetzee memberitahu ThePrint bahawa simptom Omicron adalah ringan ke atas kedua-dua pesakit yang telah lengkap divaksinasi dan tidak divaksinasi.

“Pada permulaan mana-mana gelombang, kanak-kanak dan golongan muda adalah yang pertama terjejas,” katanya kepada ThePrint. “Apabila gelombang berkembang, lebih ramai warga emas, individu yang mempunyai komorbiditi, mula terjejas. Apabila itu berlaku, kita akan tahu dengan tepat berapa banyak kes teruk yang ada,” jelas Dr. Angelique Coetzee.

Menanggung sedih selepas kematian kucing kesayangan berusia 17 tahun, akhirnya sedihnya diubati dengan kehadiran kucing ini

0

Bukan mudah menerima hakikat sebuah kehilangan. Ada orang yang berjaya mengubat sedih mereka dalam waktu yang singkat tetapi ramai juga yang memerlukan masa yang lebih lama untuk mengubati kesedihan hati.

Seorang pemilik kucing, Laura Galluzo memiliki seekor kucing yang diberi nama Ella. Kucing kesayangannya itu dikatakan berusia 17 tahun ketika itu.

Suatu hari ada seekor kucing yang sangat comel muncul di luar tingkap rumahnya dan mula menarik perhatian Ella. Melihat keadaan itu membuatkan Laura berasa senang dan gembira.

Tidak lama selepas itu kesihatan Ella mula terjejas sehingga akhirnya Ella telah meninggalkan tuannya buat selama-lamanya. Saat itu Laura mula merasakan kesedihan yang sangat menyakitkan. Dia seolah-olah kehilangan seluruh dunianya dan ketika itu tiada seorang pun yang faham dengan kesedihan yang dirasainya.

Beberapa minggu kemudian, sekali lagi Laura ternampak kucing comel yang pernah muncul di tingkap rumahnya suatu ketika dahulu. Rupa-rupanya kucing tersebut adalah kucing milik jirannya. Kucing bernama Simba itu mula datang untuk melawat dan menemaninya setiap hari. Si comel itu seolah-olah faham akan kesedihan yang dirasai oleh Laura.

Walaupun Simba seekor kucing yang pendiam kehadirannya membuatkan kesedihan di hati Laura mula terubat sedikit demi sedikit. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ella mula terisi.

Laura bersyukur kerana Simba datang menemaninya. Dia tahu bahawa Simba tahu akan kesedihan yang sedang dialaminya. Kesedihannya mungkin tidak terhenti tetapi semakin lama ianya semakin pudar. Terima kasih Simba…

Hilang kerja ekoran Covid-19, terlibat dalam kemalangan, penghantar makanan ini hampir menangis ketika diberikan tip yang banyak tanpa disangka

0

Ramai antara kita yang berhadapan dengan detik-detik sukar ketika wabak Covid-19 melanda seluruh dunia. Ramai yang kehilangan kerja, ada yang dikurangkan gaji dan ada juga yang terpaksa menutup perniagaan.

Ekoran hal itu ramai yang hilang punca sehingga tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan. Namun, benar juga kata orang yang rezeki itu ada di mana-mana dan terkadang ia datang tanpa disangka. Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda apabila dia mendapatkan sejumlah wang yang banyak pada saat di sangat memerlukannya.

Seorang penghantar makanan datang ke rumah pelanggan seperti biasa. Semasa dia menghantar makanan, tuan rumah tersebut memberitahu bahawa dia mahu memberikan sejumlah $500 kepadanya sebagai tip. Pemuda itu seolah-olah tidak percaya kerana jumlah tersebut sangat besar.

Dia kemudian bertanya kepada tuan rumah tersebut adakah dia hanya bergurau untuk memberikannya wang tersebut dan tuan rumah memberitahu bahawa dia tidak bergurau.

Apa yang berlaku mula buatkan dia terharu dan hampir menangis kerana wang tersebut sangat bermakna buatnya. Pemuda itu kemudia mula bercerita bahawa dia sebenarnya memang sangat memerlukan wang saat itu. Dia baru terlibat dalam kemalangan bersama tunangnya dan kereta yang digunakan juga hanya kereta sewa.

Tidak hanya itu dia juga perlu menjelaskan sewa rumah pada keesokan harinya sedangkan dia sendiri tidak tahu di mana lagi dia boleh mendapatkan wang. Menurutnya lagi dia kehilangan kerja ekoran Covid-19. Sejak itu dia dan tunangnya mula bergelut untuk meneruskan hidup.

Dia juga bertanya kepada tuan rumah yang baik hati itu ada apa-apa kah yang boleh dilakukan untuk membalas kebaikan itu. Menurut tuan rumah itu dia hanya mahu membantu dan dia gembira dapat melakukannya. Menurutnya lagi apa yang berlaku ketika itu semestinya ada sebabnya.

Pemuda masih dalam keadaan tidak percaya sehingga dia kehilangan kata-kata melainkan terima kasih. Menurutnya semua yang berlaku itu seolah-olah mimpi buatnya dan dia sangat menghargai bantuan yang diberikan.

Apa yang dilakukan tuan rumah tersebut adalah sesuatu yang sangat mulia. Wang tersebut mungkin tidaklah sebesar mana buatnya tetapi bagi orang lain ianya sangat bermakna sehingga boleh membantu orang lain meneruskan hidup.

Tonton video di sini.

Hasil idea yang sangat kreatif, pemuda ini cipta tikar Aladdin yang memang boleh terbang!

0

Tipulah kalau anda kata anda tidak pernah berangan untuk hidup di dalam cerita fantasi atau dogeng. Paling tidak pun ada yang pernah berangan untuk memakai kasut kaca Cinderella atau duduk di dalam istana ais seperti Elsa.

Mendapat ilham daripada watak fantasi, Aladdin yang sememangnya dikenali ramai, seorang pemuda telah muncul dengan idea bijak untuk membuat tikar terbang seperti yang dimiliki oleh Aladdin.

Pemuda yang juga merupakan pencipta video di YouTube itu dengan kreatif telah mencipta sebuah alat yang membolehkan dia ‘terbang’. Alat tersebut kemudian ditutup dengan sebuah permaidani dan jika dilihat memang nampak dia seperti benar-benar dengan tikar terbang tersebut!

Tidak hanya mencubanya di atas jalan, tikar terbang tersebut juga telah ‘diterbangkan’ di tengah laut. Dengan pakaiannya yang mirip Aladdin sebenar serta keadaannya yang terapung di atas air sememangnya sangat mengagumkan!

Bagaimana dia boleh mecipta tikar ajaib ini? Lihat sendiri cara-caranya dan alat yang digunakan bagi menghasilkan idea kreatif ini. Lihat juga gelagatnya ketika menerbangkan tikar ini di tengah-tengah kawasan orang ramai, semua orang seolah-olah tidak percaya dengana apa yang mereka lihat!

Melihat ibunya mati dibunuh, anak badak sumbu tidak boleh berhenti menangis walaupun cuba ditenangkan

0

Manusia dan ketamakan mereka memang tidak boleh dihentikan. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit walaupun mereka perlu memburu dan membunuh haiwan. Perbuatan seperti ini lah yang telah menyebabkan seekor anak badak sumbu kematian ibunya.

Apa yang berlaku ialah seekor badak sumbu telah dibunuh untuk diambil tanduknya dan kejadian itu telah disaksikan oleh anaknya yang baru berusia empat bulan. Menyaksikan semua itu berlaku di depan mata membuatkan anak badak itu sangat sedih.

Insiden itu berlaku di Savannah, Afrika Selatan. Sekumpulan kakitangan Yayasan Hidupan Liar David Shepherd menjalankan tugas pada tahun 2018. Mereka memotong tanduk badak sumbu untuk mengelakkan haiwan-haiwan itu daripada diburu dan dibunuh oleh pemburu haram.

Namun begitu, mereka terlewat untuk melakukannya ke atas badak sumbu yang dibunuh. Ketika itu mereka ternampak seekor anak badak sumbu sedang duduk dan ‘menangis’ di sisi bangkai ibunya yang baru mati.

Melihat kesedihan anak badak sumbu, pekerja-pekerja itu telah meletakkan tuala di kepalanya untuk menenangkannya, tetapi ia masih tidak dapat berhenti menangis.

Ada pekerja sedih melihat apa yang berlaku. Mereka memberitahu bahawa hari tersebut adalah hari yang paling menyayat hati buat mereka semua.

Anak badak sumbu itu kemudian diberi nama ‘David’ sempena nama yayasan tersebut. Anak badak sumbu itu kemudian dibawa berpindah dari kawasan tersebut dan akan dijaga dengan baik.

Sehingga kini, aktiviti memburu badak secara haram masih berlaku. Ribuan badak sumbu diburu setiap tahun untuk mendapatlan tanduk mereka. Tidak hairanlah spesies ini semakin pupus dan terancam.

Fungsi kedua-dua butang pam tandas yang ramai tidak tahu, jangan tekan kedua-duanya serentak

0

Sebenarnya ramai antara kita yang setiap kali menggunakan tandas akan menekan kedua-dua butang pam dengan anggapan bahawa tandas akan lebih bersih.

Ramai yang berfikir dengan menekan kedua-dua butang pam, air yang digunakan untuk membersih akan jadi lebih banyak atau ada juga yang beranggapan bahawa tekanan air akan lebih kuat jika kedua-dua butang ditekan serentak.

Sebenarnya setiap butang mempunyai fungsi tersendiri. Jika diperhatikan butang ini biasanya mempunyai dua saiz berbeza, yang satunya kecil dan satu lagi lebih besar. Ramai yang tidak tahu fungsi sebenar butang-butang ini jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, seorang pengguna TikTok, Jamban King Steve ada menerangkan tentang perkara tersebut.

Melalui video yang dikongsikan, lelaki ini ada menerangkan bahawa kedua-dua butang pada tangki simbah mangkuk jamban memiliki fungsi yang berbeza. Butang kecil pada tangki simbah akan mengeluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan mengeluarkan enam liter air.

Jadi, sekiranya korang buang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil sudah memadai. Apa yang penting jangan menekan kedua-dua butang serentak kerana akan berlaku pembaziran air dan kemungkinan pam tandas akan boleh rosak dengan cepat.

Air mengalir deras dari batang pokok semasa ditebang, kejadian aneh buat ramai terkejut

0

Alam semula jadi memang banyak rahsia dan kejutannya. Terkadang apa yang berlaku di luar daripada jangkaan dan pemikiran kita sehingga apa yang terjadi dilihat sebagai sesuatu yang tidak logik.

Kali ini sebuah lagi kejutan berlaku apabila sebatang pokok mengeluarkan air yang sangat banyak. Apa yang terjadi ialah ketika pokok itu ditebang oleh seorang lelaki ia mula mengeluarkan air daripada batangnya.

Air tersebut bukan sahaja banyak malah ianya mengalir dengan deras sekali seolah-olah pokok tersebut sedang ‘menangis’.

Hanya selepas hampir seminit barulah air tersebut mulai berhenti mengalir. Air yang keluar adalah air yang tersimpan sepanjang hayatnya dan kini apabila ia ditebang barulah kesemua air tesebut keluar.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Cotton bud’ punca telinga bernanah, netizen kongsi pengalaman pahit alami sakit telinga melampau

0

Mungkin ramai yang tidak tahu penggunaan putik kapas atau ‘cotton bud’ telah diharamkan penggunaannya di negara United Kingdom seperti di England dan Scotland atas sebab-sebab tertentu. Di negara kita walau bagaimanapun putik kapas sering digunaan untuk bermacam tujuan namun jika tersalah langkah sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada diri.

Baru-baru ini ada seorang netizen, @faridaharshad, berkongsi pengalaman berhadapan dengan saat dia mengalami sakit telinga melampau sehingga dia tidak boleh tidur. Cerita itu telah dikongsikan di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan gadis itu memberitahu bahawa pada awalnya dia menyangka air yang keluar dari telinganya hanyalah air biasa tetapi rupa-rupanya, ia adalah nanah. Dia turut menunjukkan kapas yang digunakan untuk membersihkan cecair tersebut.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila sakit telinganya semakin teruk sehingga dia dapat mendengar seperti ada letupan di dalam telinganya.

“Malam tadi tak tidur langsung, sebab telinga saya sakit betul, saya tak tahu ada apa, tapi saya dah letak kapas, dah tiga hingga keempat kapas, masih basah dengan nanah. Ni nak pergi hospital,” kata gadis itu sambil menangis kerana kesakitan.

Gadis itu kemudiannya mengakhiri video tersebut dengan gambar ubat-ubatannya yang diperolehi daripada pihak hospital. Selepas pulang dari hospital dia ada meninggalkan pesanan buat orang ramai untuk menjaga telinga dan tidak menggunakan putik kapas.

Video tersebut menerima pelbagai komen orang ramai. Sebenarnya ramai yang pernah mengalami pengalaman buruk akibat menggunakan putik kapas. Ada antara netizen yang mengatakan bahawa dia hampir dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit telinga yang keterlaluan. Kini, dia sudah berhenti menggunakan putik kapas.

Di dalam videonya yang terbaru, gadis itu memberitahu bahawa gegendang telinganya pecah dan menjelaskan punca situasi ini berlaku kerana dia sebelum ini kerap menggunakan putik kapas selepas mandi.

Walau bagaimanapun, gadis itu berkata kesakitan telinganya beransur pulih dan tiada lagi bunyi letupan dengan menggunakan ubat yang diberikan oleh doktor.

Ada juga netizen bertanya tentang cara yang selamat untuk membersihkan telinga. Gadis itu membalas dengan memberitahu bahawa menurut doktor tahi telinga sebenarnya boleh keluar sendiri. Bagi mereka yang mahu mencuci telinga pula, mereka boleh datang ke klinik dan doktor akan mencuci telinga dengan menggunakan air.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

COVID-19 : Saintis Jepun cipta pelitup muka bersinar di bawah UV jika terdapat virus

0

Saintis Jepun telah mencipta pelitup muka yang bersinar apabila terdedah kepada cahaya ultra-ungu (UV) jika mengandungi kesan koronavirus menggunakan antibodi yang diekstrak daripada telur burung unta.

Pasukan saintis dari Kyoto Prefectural University itu berharap pelitup muka berkenaan akan memudahkan orang ramai untuk mengetahui sama ada mereka telah dijangkiti virus itu.

Menurut laporan Kyodo News, pasukan yang diketuai oleh Yasuhiro Tsukamoto itu akan meneruskan ujian untuk menggunakannya secara praktikal bagi mendapatkan kelulusan penjualan pelitup itu pada tahun hadapan.

Pada Februari 2020, pasukan itu menyuntik koronavirus yang tidak aktif ke dalam burung unta betina dan berjaya mengekstrak sejumlah besar antibodi daripada telur yang terhasil.

Pasukan itu kemudiannya membangunkan penapis khas yang diletakkan di dalam topeng muka dan boleh dikeluarkan serta disembur dengan pewarna pendarfluor yang mengandungi antibodi koronavirus daripada telur burung unta.

Penapis tersebut kemudiannya akan bersinar sekiranya wujud virus berkenaan.

Menurut laporan Kyodo, apabila pasukan itu menjalankan eksperimen selama 10 hari dengan 32 orang yang dijangkiti koronavirus, mereka mendapati bahawa semua pelitup muka yang dipakai bersinar di bawah cahaya UV.

Ia juga pudar apabila beban virus mereka berkurangan. Pasukan Tsukamoto kini merancang untuk mengembangkan eksperimen untuk melibatkan 150 orang peserta.

Presiden universiti itu mendapati dia sendiri positif COVID-19 selepas memakai salah satu topeng eksperimen dan mendapati ia bersinar apabila diperiksa. Dia mengesahkan statusnya dengan ujian tindak balas ‘rantai polimerase’.

“Kami boleh menghasilkan antibodi secara besar-besaran daripada burung unta dengan kos yang rendah”.

“Pada masa hadapan, saya mahu menjadikan ini sebagai kit ujian mudah yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja,” kata Tsukamoto.

Demi generasi akan datang, New Zealand bakal haramkan tembakau

0

New Zealand bakal mengharamkan penjualan tembakau kepada generasi akan datang dalam usahanya untuk mengakhiri tabiat merokok.

Di bawah undang-undang yang bakal digubal pada tahun hadapan, individu yang dilahirkan selepas tahun 2008 tidak dapat membeli rokok atau produk tembakau.

“Kamu mahu memastikan anak muda tidak akan mula merokok”, kata Menteri Kesihatan, Dr Ayesha Verall.

Tindakan itu menurut pakar akan membantu individu untuk berhenti dan menggalakkan mereka untuk bertukar kepada produk jangan kurang berbahaya, sekaligus mengurangkan ketagihan nikotin oleh anak muda.

New Zealand berazam untuk mencapai matlamat nasional untuk mengurangkan kadar merokok nasionalnya kepada 5% menjelang 2025, dengan matlamat untuk menghapuskannya sama sekali.

Pada masa ini, 13% daripada orang dewasa New Zealand merokok, dengan kadar yang lebih tinggi dalam kalangan penduduk asli Maori, di mana ia meningkat kepada hampir satu pertiga. Maori juga mengalami kadar penyakit dan kematian yang lebih tinggi.

Kementerian kesihatan New Zealand berkata merokok menyebabkan satu daripada empat kanser dan kekal sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah bagi 5 juta penduduknya. Industri ini telah menjadi sasaran penggubal undang-undang selama lebih daripada satu dekad sekarang.

Sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang diumumkan pada Khamis, kerajaan juga memperkenalkan kawalan tembakau utama, termasuk mengehadkan tempat penjualan rokok dan mengeluarkannya daripada pasar raya dan kedai.

Bilangan kedai yang dibenarkan untuk menjual rokok akan dikurangkan secara drastik kepada di bawah 500 daripada kira-kira 8,000 sekarang, kata pegawai.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, rokok elektronik atau ‘vape’, telah menjadi jauh lebih popular dalam kalangan generasi muda berbanding rokok.

Pihak berkuasa kesihatan New Zealand bagaimanapun memberi amaran bahawa ‘vape’ tidak berbahaya. Penyelidik telah menemui agen penyebab kanser berbahaya dalam cecair rokok elektronik juga.

Tetapi pada tahun 2017 negara tersebut menggunakan ‘vape’ sebagai alternatif untuk membantu perokok berhenti menghisap tembakau.