Mungkin ramai yang tidak tahu penggunaan putik kapas atau ‘cotton bud’ telah diharamkan penggunaannya di negara United Kingdom seperti di England dan Scotland atas sebab-sebab tertentu. Di negara kita walau bagaimanapun putik kapas sering digunaan untuk bermacam tujuan namun jika tersalah langkah sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada diri.

Baru-baru ini ada seorang netizen, @faridaharshad, berkongsi pengalaman berhadapan dengan saat dia mengalami sakit telinga melampau sehingga dia tidak boleh tidur. Cerita itu telah dikongsikan di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan gadis itu memberitahu bahawa pada awalnya dia menyangka air yang keluar dari telinganya hanyalah air biasa tetapi rupa-rupanya, ia adalah nanah. Dia turut menunjukkan kapas yang digunakan untuk membersihkan cecair tersebut.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila sakit telinganya semakin teruk sehingga dia dapat mendengar seperti ada letupan di dalam telinganya.

“Malam tadi tak tidur langsung, sebab telinga saya sakit betul, saya tak tahu ada apa, tapi saya dah letak kapas, dah tiga hingga keempat kapas, masih basah dengan nanah. Ni nak pergi hospital,” kata gadis itu sambil menangis kerana kesakitan.
Gadis itu kemudiannya mengakhiri video tersebut dengan gambar ubat-ubatannya yang diperolehi daripada pihak hospital. Selepas pulang dari hospital dia ada meninggalkan pesanan buat orang ramai untuk menjaga telinga dan tidak menggunakan putik kapas.

Video tersebut menerima pelbagai komen orang ramai. Sebenarnya ramai yang pernah mengalami pengalaman buruk akibat menggunakan putik kapas. Ada antara netizen yang mengatakan bahawa dia hampir dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit telinga yang keterlaluan. Kini, dia sudah berhenti menggunakan putik kapas.
Di dalam videonya yang terbaru, gadis itu memberitahu bahawa gegendang telinganya pecah dan menjelaskan punca situasi ini berlaku kerana dia sebelum ini kerap menggunakan putik kapas selepas mandi.
Walau bagaimanapun, gadis itu berkata kesakitan telinganya beransur pulih dan tiada lagi bunyi letupan dengan menggunakan ubat yang diberikan oleh doktor.
Ada juga netizen bertanya tentang cara yang selamat untuk membersihkan telinga. Gadis itu membalas dengan memberitahu bahawa menurut doktor tahi telinga sebenarnya boleh keluar sendiri. Bagi mereka yang mahu mencuci telinga pula, mereka boleh datang ke klinik dan doktor akan mencuci telinga dengan menggunakan air.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: