26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaWHO: Tiada kematian dilaporkan akibat varian Omicron setakat ini

WHO: Tiada kematian dilaporkan akibat varian Omicron setakat ini

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata tiada sebarang kematian yang dilaporkan akibat varian Omicron daripada virus PKC (Parti Komunis China), yang menyebabkan COVID-19.

“Untuk Omicron, kami tidak merekodkan sebarang kematian yang dilaporkan, tetapi ia masih dalam peringkat awal perjalanan klinikal penyakit dan ini mungkin berubah,” WHO memberitahu The Epoch Times.

Apabila dihubungi untuk mendapatkan komen oleh The Epoch Times, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menghantar laporan mengenai varian Omicron di Amerika Syarikat untuk tempoh 1 Disember hingga 8 Disember. Ia menunjukkan tiada kematian yang didokumenkan akibat varian Omicron semasa tempoh itu.

Bendera Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Gambar oleh FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Kemas kini epidemiologi mingguan terbaru WHO pada 7 Disember, menunjukkan kesemua 212 kes Omicron yang didokumenkan di 18 negara Kesatuan Eropah (EU) adalah sama ada ringan atau tanpa gejala (asimptomatik).

“Walaupun Afrika Selatan menyaksikan peningkatan 82 peratus kes kemasukan ke hospital akibat COVID-19 (daripada 502 kepada 912) pada minggu 28 November hingga 4 Disember 2021, masih belum dipastikan bahagian ini berkaitan dengan varian Omicron,” menurut laporan itu.

Omicron juga telah dikesan di Amerika Syarikat, yang mana pertama kali dilaporkan di California dan kemudian di Colorado, New York, Maryland, Utah, serta menular ke beberapa negeri lain.

Pesakit pertama di Amerika Syarikat dengan varian itu dikenal pasti di San Francisco, yang diuji positif untuk COVID-19 pada 29 November selepas pulang dari Afrika Selatan pada 22 November. Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Awam California telah mengesahkan melalui laporan Los Angeles Times yang varian itu telah dikesan seawal 25 November.

Omicron atau sebelumnya dikenali B.1.1.529, mula menjadi tajuk utama antarabangsa pada 26 November, tidak lama selepas ia dikesan di Afrika Selatan.

WHO menamakan B.1.1.529 sebagai Omicron dan melabel sebagai “varian yang membimbangkan” (VOC). Dua hari kemudian, dalam ringkasan teknikal, WHO berkata strain itu boleh menimbulkan risiko yang “sangat tinggi”, dengan memetik bilangan mutasinya yang besar.

Sementara itu, Dr Angelique Coetzee, pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan dan salah seorang doktor pertama yang merawat pesakit COVID-19 dengan Omicron secara konsisten mengekalkan Omicron adalah varian ringan.

“Biar saya jelaskan, tiada apa yang saya lihat tentang varian baharu ini menjamin tindakan melampau yang telah diambil oleh kerajaan UK sebagai tindak balas terhadapnya,” tulisnya kepada The Daily Mail.

Dr. Coetzee merujuk kepada “sekatan perjalanan berat bagi penerbangan dari seluruh Afrika Selatan, serta mengenakan peraturan lebih ketat di rumah serta pemakaian pelitup muka, denda, dan kuarantin yang dilanjutkan.”

Pesakit COVID-19 di Johannesburg, Afrika Selatan pada 11 Julai, 2021. (Gambar oleh Sumaya Hisham/REUTERS)

“Tiada sesiapa di Afrika Selatan yang diketahui telah [dimasukkan ke hospital] dengan varian Omicron, dan tiada sesiapa di sini yang dipercayai telah jatuh sakit dengan teruk kerananya,” tulis Dr. Coetzee.

Baru-baru ini, Dr. Coetzee memberitahu ThePrint bahawa simptom Omicron adalah ringan ke atas kedua-dua pesakit yang telah lengkap divaksinasi dan tidak divaksinasi.

“Pada permulaan mana-mana gelombang, kanak-kanak dan golongan muda adalah yang pertama terjejas,” katanya kepada ThePrint. “Apabila gelombang berkembang, lebih ramai warga emas, individu yang mempunyai komorbiditi, mula terjejas. Apabila itu berlaku, kita akan tahu dengan tepat berapa banyak kes teruk yang ada,” jelas Dr. Angelique Coetzee.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI