28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 17, 2025
Utama Blog Laman 24

Penyelidik sahkan kehadiran Petropoda berbahaya di Mersing

0

MERSING: Petropoda berbahaya dikesan di perairan Mersing oleh penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang pada 11 Jun.

BERNAMA

Menurut Jabatan Perikanan Johor dalam satu kenyataan, hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda (Creseis Acicula) ini berasal dari perairan tropika dan subtropika.

“Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air ‘ballast’ perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.”

“Moluska (haiwan berbadan lembut tidak bertulang) ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik,” Katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Khamis lalu.

Difahamkan, kesan tersebut ada kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia.

Oleh yang demikian, jika terkena sengatan Petropoda berbahaya ini, mangsa perlu mendapatkan rawatan perubatan segera.

BERNAMA

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor Nurhuda binti Ibrahim, mereka akan akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar menjauhi aktiviti berkaitan air buat masa ini.

Untuk pengetahuan, Petropoda ini juga dikenali sebagai “siput laut terbang” kerana menggunakan kaki seperti sayap untuk berenang

Perdana Menteri Perancis umum letak jawatan selepas pakatan haluan kiri menang kerusi terbanyak dalam pilihan raya

0

Pakatan berhaluan kiri memberi kejutan susulan keputusan pusingan kedua pilihan raya Perancis dengan memenangi kerusi parlimen terbanyak tetapi tidak memperolehi majoriti mutlak.

Keputusan akhir di Perancis mengumumkan pakatan berhaluan kiri telah memenangi kerusi parlimen terbanyak dalam pilihan raya. Terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Presiden Emmanuel Macron yang mewakili blok berhaluan tengah Together for the Republic menduduki tempat kedua, manakala parti haluan kanan National Rally (RN) di tempat ketiga. Tiada parti yang mempunyai kerusi majoriti di parlimen. Parti National Rally telah meningkatkan jumlah kerusi yang disandangnya di parlimen secara drastik tetapi jauh di luar jangkaan.

Perdana Menteri Perancis , Gabriel Attal mengumumkan akan meletak jawatan. (Gambar AFP)

Perdana Menteri Gabriel Attal berkata beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatan.

Keputusan akhir mengumumkan pakatan berhaluan kiri Perancis telah memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Parlimen.

Gabungan New Popular Front (NFP) telah memenangi kerusi paling banyak di parlimen, dengan sekurang-kurangnya 181. Penyokong Macron mempunyai lebih daripada 160 kerusi. Parti National Rally yang dipimpin Marine Le Pen mempunyai 143 kerusi selepas mendahului pada pusingan pertama. Tiada majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan.

Presiden Macron perlu membentuk pakatan untuk memimpin kerajaan, dan Perancis kini berhadapan dengan prospek parlimen yang digantung.

Perdana Menteri Perancis mengumumkan peletakan jawatan

Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal berkata beliau akan meletak jawatan selepas pakatan berhaluan kiri berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya Parlimen untuk membentuk kerajaan akan datang.

Attal berkata beliau akan kekal menyandang jawatan itu semasa Sukan Olimpik Paris akan datang dan selama yang diperlukan, memandangkan unjuran pengundian menunjukkan bahawa tiada pihak yang memenangi majoriti mutlak.

Kemungkinan rundingan politik yang sengit akan berlangsung dalam beberapa minggu akan datang untuk memilih perdana menteri baharu dan membentuk kerajaan.

Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal memberikan ucapan selepas keputusan pertama pusingan kedua pilihan raya Parlimen Perancis di Matignon, Paris pada 7 Julai 2024. (Gambar oleh Ludovic Marin/AFP/Getty Images)

Presiden Macron akan menunggu untuk membuat keputusan mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Pejabat Presiden Macron berkata beliau akan “menunggu National Rally (RN) baharu untuk pengaturan sendiri” sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerajaan baharu.

National Rally dijadualkan mengadakan mesyuarat sesi penuh buat kali pertama pada 18 Julai. Kenyataan itu menyebut Macron akan memastikan “pilihan berdaulat rakyat Perancis akan dihormati.”

Menurut unjuran terkini berdasarkan anggaran syarikat peninjau, Ifop, NFP dijangka memenangi antara 180 hingga 205 kerusi dalam Dewan Nasional (Dewan Rakyat) di Parlimen.

Pakatan berhaluan tengah, Together for the Republic yang disokong oleh Macron pula diunjurkan menyusul di kedudukan kedua dengan diramalkan menguasai antara 164 hingga 174 kerusi, manakala RN pimpinan Marine Le Pen pula dijangka meraih antara 130 hingga 145 kerusi.

Dewan Nasional mempunyai sejumlah 577 kerusi, dan tiada dalam kalangan ketiga-tiga blok politik utama itu diunjurkan memperoleh majoriti mutlak membabitkan 289 kerusi.

Keputusan pusingan pertama pengundian pada 30 Jun lalu menyaksikan seramai 76 calon memenangi pemilihan tanpa perlu melalui pusingan kedua pengundian.

Dalam pusingan pertama pengundian itu, RN mendapat 29.26 peratus undi (37 kerusi) dan kadar itu meningkat kepada lebih 33 peratus apabila digabungkan dengan kerusi dimenangi sekutunya.

NFP pula meraih 28.06 peratus undi (32 kerusi), manakala pakatan berhaluan tengah berada di kedudukan ketiga dengan 20.04 peratus undi (dua kerusi).

Sebelum ini, Macron membubarkan Parlimen Perancis dan mengadakan pilihan raya lebih awal selepas RN menguasai lebih 31 peratus undi pada pilihan raya Parlimen Eropah pada 9 Jun lalu, menewaskan blok berhaluan tengah dokongan beliau.

Tidak cukup duit bayar minyak petrol, penjual laptop hulur bantuan

0

Tidak cukup duit bayar minyak petrol, kisah penjual laptop hulur bantuan kepada seorang pelanggan lelaki amat memberi inspirasi.

FACEBOOK

Kisah inspirasi ini adalah pengalaman peribadi Abu Hurairah Roslan, seorang penjual laptop yang juga merupakan seorang penulis halaman The Solusi di Facebook.

Ceritanya bermula ketika Encik Abu menghentikan keretanya di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak petrol.

Ketika Encik Abu berada di kaunter, dia terdengarkan perbualan antara pekerja stesen minyak dengan seorang pelanggan lelaki berbangsa Cina.

Situasi kelihatan agak tegang kerana kad debit pelanggan tersebut tidak dapat digunakan untuk membayar harga minyak sebanyak RM10.

Berkali-kali pekerja tersebut cuba mengakses kad debit tersebut namun gagal.

Akhirnya pelanggan tersebut hanya membayar RM3 secara tunai dan beredar ke pam minyak.

Melihatkan situasi tersebut, Encik Abu terus membatalkan urusannya di kaunter lalu mendapatkan pelanggan Cina tersebut.

“Hai. Sorry. You tak cukup duit ke? Takpe. I tolong ok?”, Encik Abu menyapa pelanggan lelaki tersebut.

Pelanggan lelaki itu kelihatan terkejut dengan sapaan dan tawaran Encik Abu.

Berkali-kali pelanggan lelaki itu meminta maaf kepada Encik Abu kerana pada fikirannya dia telah menyusahkan orang. Namun dalam keterpaksaan, dia menerima bantuan Encik Abu.

Selepas Encik Abu membayarkan harga minyak petrol, dia berlalu ke keretanya untuk mengisi minyak petrol pula. Tiba-tiba pelanggan lelaki terbabit berlari mendapatkannya.

“Hey. You kenapa isi penuh? Kenapa? You… you….”, Ucap lelaki Cina itu sambil menangis.

Pelanggan lelaki itu seolah-olah tidak percaya bahawa Encik Abu telah mengisikan minyak petrol dengan kuantiti penuh. Dia juga mahu membayar semula selepas mendapat gaji nanti.

“Rileks bro. Its ok for me. In Islam, we do this. We help any people. May God say this always.” Balas Encik Abu sambil mengusap belakang pelanggan lelaki itu untuk menenangkannya.

Menerusi cerita yang dikongsi oleh Encik Abu, pelanggan tersebut seperti tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan oleh Encik Abu.

Hal ini dikatakan demikian kerana, pelanggan lelaki itu telah cuba menghubungi beberapa orang kawannya namun masing-masing tidak dapat membantu.

Setelah ditenangkan, pelanggan lelaki itu sudah mula tersenyum. Menurut Encik Abu mereka berbalas nombor telefon selepas itu.

Fikiran Encik Abu berkecamuk kerana masalah pelanggan yang belum menjelaskan hutang pembelian laptop pada awalnya kini hilang.

Menurut Encik Abu, benarlah janji Tuhan tentang jaminan rezeki kepada hamba-hambaNya seperti yang tertera dalam al-Quran.

Masalah pelanggan belum menjelaskan hutang memang memeningkan tetapi mungkin dengan pertolongan seperti mengisikan minyak petrol itu, pelanggan akan membayar hutang berkenaan.

Kita tidak pernah tahu bagaimana Tuhan akan memudahkan urusan kita. Namun yang penting adalah bagaimana kita mampu memudahkan urusan orang lain.

Membaca kisah inspirasi ini mengingatkan penulis kepada salah satu dialog dalam filem filem Ayat-Ayat Cinta, “Islam mengajarkan kita untuk berbuat baik kepada siapa pun”.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada anda untuk berbuat baik kepada sesiapa pun yang memerlukan pertolongan.

PERHILITAN selamatkan anak gajah yang terjatuh dalam longkang

0

JELI: PERHILITAN selamatkan anak gajah yang terjatuh dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad dengan jayanya.

SINAR HARIAN

Seramai lapan orang anggota PERHILITAN Daerah Jeli terlibat dalam operasi menyelamatkan anak gajah tersebut.

Kelihatan ibu gajah menanti tanpa berganjak sedikit pun sepanjang operasi menyelamat dilakukan.

SINAR HARIAN

Selamat anak gajah berjaya diselamatkan, ibu serta anak dilihat masuk ke kawasan hutan berhampiran.

SINAR HARIAN

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara tersebut.

Tonton video operasi menyelamat anak gajah berkenaan di TikTok Sinar Harian seperti yang dilampirkan.

@sinarharianonline

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di batu 13 Jalan Raya Timur-Barat, Jeli, Kelantan pada Ahad. Operasi menyelamat itu dilakukan oleh seramai lapan anggota Perhilitan Daerah Jeli. Semasa operasi menyelamat dilakukan turut kelihatan ibu kepada anak gajah tersebut setia menemani anak kecilnya. Anak gajah itu diselamatkan menggunakan tali diikat pada jengkaut dan sebaik diselamatkan, haiwan terbabit dilihat memasuki kawasan hutan berhampiran. fyp Jeli Gajah Kelantan PerhilitanJeli Videoviral

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Malaysia di Sukan Olimpik, senarai pingat yang pernah dimenangi

0

Malaysia di Sukan Olimpik, berikut adalah senarai penyertaan dan pingat yang pernah dimenangi oleh kontinjen negara setakat ini.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Untuk pengetahuan semua, Malaysia tanpa gagal menyertai Sukan Olimpik bermula pada tahun 1956 sehinggalah kini, 2024.

Namun begitu, pada tahun 1980 Malaysia tidak menyertai Sukan Olimpik Mexico sebagai tanda sokongan kepada boikot yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Keputusan itu adalah tanda protes terhadap pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Antara pingat yang pernah dimenangi oleh kontinjen negara setakat ini adalah:

  1. 1992 – Barcelona: Malaysia memenangi pingat pertama dalam sejarah penyertaan Olimpik menerusi Jalani Sidek dan Razif Sidek dalam acara badminton beregu lelaki dengan mendapat pingat Gangsa.
  2. 1996 – Atlanta: Malaysia memperoleh dua pingat iaitu pingat Perak menerusi acara badminton beregu lelaki gandingan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock. Pingat Gangsa pula diperoleh menerusi acara badminton perseorang lelaki oleh Rashid Sidek.
  3. 2008 – Beijing: Lee Chong Wei mencipta sejarah dengan memenangi pingat Perak pertama untuk acara badminton perseorang lelaki.
  4. 2012 – London: Lee Chong Wei sekali lagi mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat Perak dalam acara badminton perseorang lelaki. Manakala Pandelela Rinong pula menyumbang pingat Gangsa dalam acara terjun 10 meter platform wanita buat pertama kali.
  5. 2016 – Rio de Janeiro, Brazil: Malaysia memperoleh lima pingat di mana tiga daripadanya menerusi acara badminton iaitu Lee Chong Wei (pingat Perak dalam kategori perseorangan lelaki), Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (pingat Perak dalam kategori beregu lelaki) serta pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (pingat Perak dalam kategori beregu campuran). Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong pula menyumbang pingat Perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita. Satu pingat Gangsa disumbangkan oleh Azizulhasni Awang menerusi acara balapan lumba basikal kategori Keirin, Lelaki.
  6. 2020 – Tokyo (diadakan pada 2021 akibat pandemik COVID-19): Azizulhasni Awang menyumbang pingat Perak menerusi acara balapan lumba basikal kategori Keirin, Lelaki. Manakala Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyumbang pingat Gangsa dalam acara badminton beregu lelaki.

Kesimpulannya, setakat ini Malaysia telah berjaya memungut pingat sebanyak 13 di Sukan Olimpik seperti pecahan berikut:

  1. Acara badminton: 9 (6 Perak, 3 Gangsa)
  2. Acara terjun papan anjal (diving): 2 (1 Perak, 1 Gangsa)
  3. Acara balapan lumba basikal: 2 (1 Perak, 1 Gangsa)
OLYMPEDIA

Berikut adalah senarai kontinjen negara yang cemerlang di Sukan Olimpik:

OLYMPEDIA

Antara impak Malaysia di Sukan Olimpik adalah:

  1. Ekonomi: Penyertaan dan kemenangan Malaysia meningkatkan profil negara di mata dunia. Ramai pelancong dan pelabur tertarik dengan Malaysia dan ini memberi impak dalam pembangunan industri sukan tempatan.
  2. Sosial: Kejayaan atlet negara menjadi inspirasi pada generasi muda untuk menceburi bidang sukan, mempromosikan gaya hidup sihat dan mengukuhkan perpaduan nasional.
  3. Politik: Menunjukkan kekuatan dan kemampuan negara di peringkat antarabangsa serta meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Pada kesempatan ini kami mendoakan agar kontinjen negara akan beroleh kemenangan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Big Tree lancar kempen martabat penggunaan Bahasa Malaysia menerusi peraduan “Jom, Teka Peribahasa!”

0

Anak syarikat milik Media Prima Berhad, Big Tree dengan bangganya melancarkan kempen terbaharu iaitu peraduan “Jom, Teka Peribahasa!” di papan iklan digital luar (DOOH).

Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai peraduan ini dan menguji tahap pengetahuan peribahasa mereka.

Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong berkata, kempen itu dapat memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dalam negara ini.

Big Tree

“Kami amat berbesar hati untuk melancarkan kempen “Jom, Teka Peribahasa!” yang bukan sahaja memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia tetapi ia juga menggalakkan khalayak ramai untuk berinteraksi melalui media DOOH kami.

“Big Tree telah memperkenalkan konsep pengiklanan media OOH yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan pelbagai cara yang kreatif. Salah satu caranya adalah dengan bermain permainan teka-teki seperti kempen ini,” katanya.

Big Tree

Kempen “Jom, Teka Peribahasa!” ini menggunakan elemen peribahasa dengan tujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui permainan teka-teki yang menyeronokkan. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2024 dan peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai sehingga RM15,000.

Sepanjang tempoh sebulan kempen ini diadakan, petunjuk-petunjuk akan dipaparkan di semua skrin DOOH Big Tree di seluruh Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Big Tree

Peserta dikehendaki untuk meneka peribahasa tersebut, mencipta sebuah ayat yang paling kreatif menggunakan peribahasa yang diteka dan menghantar penyertaan ke laman web Big Tree.

Sertailah pertandingan ini dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Mari kita meneka, mencipta dan berinteraksi dengan kempen “Jom, Teka Peribahasa!”.

Untuk menyertai atau info lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.bigtree.com.my atau ikuti Big Tree di Facebook dan Instagram di @bigtreeoutdoormy.

Peniaga sorok muka selepas didapati bersalah tebang pokok dilindungi tanpa kebenaran MBK

0

Seorang ahli perniagaan di Pahang, yang mengaku bersalah menebang pokok berusia 50 tahun, yang dilindungi Majlis Bandaraya Kuantan, dilihat menggunakan helaian kertas untuk menutup mukanya di kompleks mahkamah Kuantan pada 4 Julai.

Liau Hai Keong, 55, didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah menebang pokok yang berusia 50 tahun dengan sesuka hatinya tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Bandaraya Kuantan.

Gambar Sin Chew Daily

Liau mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Aksi Liau berjaya dirakam kamera dan menjadi tular di Facebook, menunjukkan dia menebang pokok peltophorum pterocarpum atau Yellow Flame atau Batai Laut berusia 50 tahun, seperti yang dilaporkan oleh NST.

Menurut kertas pertuduhan, Liau didakwa menebang pokok dengan diameter lebih daripada 0.8m dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuantan tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di Bandar Indera Mahkota sekitar jam 11 pagi pada 21 April.

Selain itu, fakta menunjukkan bahawa Liau telah mengarahkan beberapa individu untuk menebang pokok tersebut kerana ia menghalang premis perniagaannya.

Gambar Sin Chew Daily

Dia didakwa di bawah Seksyen 35H Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, hukuman penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.

Pegawai pendakwa Mohammad Nur Hafiz Ramlan yang mewakili majlis bandaraya Kuantan menyatakan pokok Yellow Flame yang ditebang oleh Liau adalah spesies yang dilindungi dan majlis telah membelanjakan banyak wang untuk menjaganya.

Beliau juga menambah bahawa tindakan Liau kini telah mencacatkan pemandangan awam.

Peguam Liau, Mohd Shuhairi Ziqrul Sapi, memohon mahkamah agar mengenakan denda minimum, dengan alasan bahawa anak guamnya perlu menyara isteri dan empat anak dengan pendapatan RM2,000.

Gambar Sinar Harian

“Dia insaf dan akan lebih berhati-hati dengan tindakannya pada masa hadapan. Selain itu, dia juga telah membayar kompaun dan denda sivil yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan atas tindakannya,” katanya.

Liau diperintahkan untuk membayar denda RM4,000 dengan penjara dua bulan jika gagal membayar, yang mana dia membayarnya pada hari berkenaan.

Polis hantar penghantar makanan ke lokasi pelanggan dipuji

0

Baru-baru ini tular seorang polis hantar penghantar makanan ke lokasi pelanggan dan tindakannya itu dipuji orang ramai.

TIKTOK

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @arifaimanahmad, dia dilihat meminta tolong seorang polis untuk menunjukkan arah lokasi pelanggan.

Selepas mengenalpasti lokasi, @arifaimanahmad mahu meneruskan perjalanannya namun polis tersebut menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke lokasi pelanggan.

Tanpa membuang masa, @arifaimanahmad terus mendapatkan polis tersebut dan pergi ke lokasi pelanggan bersama-sama dengan menaiki motosikal polis berkenaan.

Apabila sampai di lokasi yang dituju, @arifaimanahmad meletakkan makanan di atas meja dan kemudian bergerak pulang bersama-sama polis itu.

TIKTOK

Di sepanjang perjalanan pulang, @arifaimanahmad berbual-bual dengan polis berkenaan.

Apabila sampai di tempat parkir motosikal, @arifaimanahmad mengucapkan terima kasih kepada polis itu kerana sudi membantunya.

TIKTOK

Tindakan polis hantar penghantar makanan ke lokasi pelanggan itu dipuji orang ramai.

Menerusi ruang komen, rata-rata warga siber mengatakan kaum lelaki mudah mendapat kawan kerana mudah mesra.

Contohnya seperti kisah @arifaimanahmad dan polis ini.

Walaupun baru pertama kali berjumpa, gaya perbualan mereka seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Novel “soft porn” laris terjual, ibu bapa risau pembacaan anak-anak

0

Novel “soft porn” yang dicetak sebanyak 80 ribu naskah dan laris terjual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 amat membimbangkan.

FACEBOOK

Seorang ibu, dikenali sebagai Puan A menyatakan kebimbangannya mengenai situasi ini kepada penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Menurut Puan A, novel bertajuk Lelaki Astatine ini sangat popular dan ramai pelajar sekolah yang membelinya. Kandungan novel tersebut pula bercampur dengan ilmu kimia, ilmu bidang penerbitan, islamik dan babak pornografi ringan (soft porn).

Apa yang membuatkan Puan A bimbang ialah terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa babak-babak pornografi ringan itu “biasa sahaja”.

Menerusi hantaran di Facebook itu juga, Puan A menzahirkan rasa kesal kerana novel itu dijual di Mall Kota Bharu.

Namun mujurlah pihak Mall Kota Bharu menyatakan dalam ruang komen hantaran terbabit bahawa jualan buku berkenaan telah pun digantung.

Selain Puan A, Tuan Akhi Fairuz juga menerima beberapa komen daripada ibu bapa dan guru-guru yang turut sama bimbang akan situasi ini.

Contohnya Puan Roziyah. Beliau pernah bertanya kepada pelajar buku apa yang mereka baca dan amat memeranjatkan apabila 99 peratus pelajar perempuan daripada darjah 5 hingga ke sekolah menengah menyebut novel ini.

Kata Puan Roziyah lagi, pelajar sekolah agama juga menganggap babak pornografi ringan ini adalah perkara biasa.

Menurut Tuan Akhi Fairuz, beberapa tahun lepas tular novel fantasi lucah Jaan Punching Bag dan beliau adalah antara orang yang lantang menentang.

Akhirnya penulis novel berkenaan mengakui kesilapan dan meminta maaf atas ketelanjuran penulisannya di aplikasi Wattpad dan Facebook.

Namun kali ini novel pornografi ringan bukan sahaja dibukukan malah jualannya amat laris.

Situasi ini amat membimbangkan kerana bukan orang dewasa sahaja yang membacanya malah kanak-kanak sekolah rendah juga membaca novel tidak beretika berkenaan.

Dalam mana-mana ceramah, Tuan Akhi Fairuz juga sudah banyak kali mengingatkan pelajar perempuan khususnya agar tidak terjebak dengan novel berunsurkan lucah.

Namun semua usaha ini tidak akan berhasil jika hanya satu pihak sahaja yang bersungguh-sungguh membanteras novel pornografi ringan ini.

Apa yang ibu bapa atau guru-guru boleh lakukan ialah dengan mendapatkan ulasan novel terlebih dahulu seperti di aplikasi Goodreads.

FACEBOOK

Selain itu, ibu bapa mesti mengambil tahu latar belakang penerbit. Untuk pengetahuan, penulis yang bernaung di bawah sesebuah rumah penerbitan biasanya menulis mengikut syarat penerbit tersebut.

Antara penerbit yang berkualiti ialah:

  1. PTS
  2. Iman Publication
  3. ITBM
  4. Manés Wordworks
  5. DBP

Ibu bapa harus lebih tegas supaya anak-anak tidak terjerumus dengan perkara yang tidak beretika yang mana sekali gus boleh menyumbang kepada berlakunya gejala sosial dan tidak bermoral pada masa akan datang.

Suka diingatkan juga kepada pembeli-belah peribadi (personal shopper) agar tidak mengambil tempahan pembelian novel pornografi ringan seperti contoh yang dinyatakan.

Bersama-samalah kita sehabis baik membanteras penularan novel pornografi ringan agar anak-anak kita terpelihara daripada gejala tidak bermoral.

1.9 juta penduduk Gaza hilang tempat tinggal sejak perang meletus – PBB

0

GENEVA: Sembilan daripada setiap 10 penduduk di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal sekurang-kurangnya sekali sejak meletusnya perang antara Israel dengan Palestin, menurut agensi kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Agensi Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB di Wilayah Palestin, Andrea De Domenico berkata kira-kira 1.9 juta penduduk di Gaza dipercayai sudah hilang tempat tinggal.

“Kami menganggarkan sembilan daripada setiap 10 orang di Semenanjung Gaza dipindahkan secara dalaman sekurang-kurangnya sekali, jika tidak sehingga 10 kali, sejak Oktober.

Gambar Reuters

“Sebelum ini kami menganggarkan 1.7 (juta) tetapi sejak jumlah itu, kami menjalankan operasi di Rafah dan mempunyai anjakan tambahan dari sana.

“Kemudian kami juga mempunyai operasi di utara bagi memindahkan orang,” katanya yang bercakap dari Baitulmaqdis kepada pemberita di New York dan Geneva.

Domenico berkata operasi ketenteraan seperti itu memaksa orang ramai untuk menetapkan semula kehidupan mereka secara berulang kali.

“Di sebalik angka ini, ada orang yang dihimpit rasa ketakutan dan rungutan. Dan mereka mungkin mempunyai impian serta harapan, namun harapan itu dilihat semakin pudar.

“Dalam sembilan bulan terakhir, mereka dipindahkan secara terpaksa dan bukan atas pemilihan sendiri. Umpama bidak dalam permainan papan,” katanya.

Domenico berkata Semenanjung Gaza dibahagikan kepada dua oleh operasi ketenteraan Israel, dengan OCHA menganggarkan terdapat antara 300,000 hingga 350,000 yang menetap di utara wilayah yang dikepung itu serta tidak dapat pergi ke selatan.

Katanya, sejak perang bermula dianggarkan 110,000 berjaya meninggalkan Semenanjung Gaza sebelum lintasan Rafah ke Mesir ditutup pada awal Mei lalu.

“Sejumlah penduduk menuju Mesir selain berpindah ke tempat lain,” katanya.

Gambar AFP

Perang Gaza paling berdarah berlaku selepas serangan Palestin ke atas Israel pada 7 Oktober lalu mengakibatkan 1,195 kematian, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.

Menurut Israel, Palestin turut menahan 251 tebusan dengan 116 daripadanya kekal di Gaza termasuk 42 dikatakan tentera sudah pun mati.

Serangan balas Israel sejak itu sudah membunuh sekurang-kurangnya 37,953 orang, kebanyakannya orang awam, menurut data daripada Kementerian Kesihatan Palestin.