26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
UtamaBerita UtamaRishi Sunak letak jawatan selepas kalah dalam Pilihan Raya Britain

Rishi Sunak letak jawatan selepas kalah dalam Pilihan Raya Britain

LONDON: Rishi Sunak letak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif selepas kalah kepada Parti Buruh dalam Pilihan Raya Britain baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri Britain Rishi Sunak sambil diperhatikan oleh isterinya Akshata Murty ketika berucap di 10 Downing Street pada 5 Julai lalu.

Bekas Perdana Menteri Britain itu mengesahkan beliau akan melepaskan jawatan sebagai ketua Tory sebaik proses memilih penggantinya bermula.

Walau bagaimanapun, tindakan itu dilihat bakal mencetuskan satu pertelingkahan dalam Parti Konservatif kerana terdapat ahli parlimen yang masih berebut mahu menggantikan tempatnya.

“Saya akan segera berjumpa dengan baginda raja untuk menawarkan perletakan jawatan saya sebagai perdana menteri.”

“Kepada negara, pertama sekali ingin saya katakan, saya minta maaf.”

“Saya telah memberikan segala-galanya dalam tugas ini, tetapi anda telah menghantar isyarat jelas bahawa kerajaan United Kingdom mesti berubah. Dan penilaian anda adalah satu-satunya yang penting.”

“Saya telah mendengar kemarahan anda, kekecewaan anda, dan saya bertanggungjawab atas kekalahan ini.” Katanya ketika berucap di 10 Downing Street.

Menerusi pilihan raya tersebut, Parti Buruh menang 410 kerusi mengalahkan Parti Konservatif yang hanya memenangi 121 kerusi menjadikannya terburuk dalam sejarah.

Kekalahan itu menjadikan Sir Keir Starmer daripada Parti Buruh sebagai perdana menteri ketujuh negara tersebut.

Sir Keir Starmer

“Berikutan keputusan ini, saya akan meletakkan jawatan sebagai ketua parti – bukan serta-merta, tetapi sebaik sahaja susunan rasmi untuk memilih pengganti saya disediakan.”

“Adalah penting bahawa, selepas 14 tahun dalam kerajaan, Parti Konservatif membina semula, dan mengambil peranan sebagai pembangkang secara profesional dan berkesan.”

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat British kerana mereka adalah sumber sebenar semua pencapaian, kekuatan dan kehebatan negara.

Dalam ucapan itu juga, Rishi mengatakan bahawa biarpun terdapat perbezaan pendapat, beliau menghormati Sir Keir sebagai seorang “lelaki yang baik hati dan berjiwa rakyat”.

Menurut Rishi, beliau telah bercakap dan mengucapkan tahniah kepada Sir Keir dan menganggap kemenangan itu akan membawa perubahan besar ke atas Britain.

Selepas berucap di Downing Street, Rishi dibawa ke Istana Buckingham untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Sir Keir diminta untuk membentuk kerajaan secara rasmi.

REUTERS

Menerusi perbualan bersama Reuters, ramai ahli parlimen Konservatif mengkritik keputusan bekas perdana menteri itu kerana mengadakan pilihan raya lebih awal.

12 orang menteri yang gagal mempertahankan kerusi mereka adalah:

  1. Ketua Dewan Rakyat Penny Mordaunt.
  2. Setiausaha Pertahanan Grant Shapps.
  3. Setiausaha Wales David TC Davies.
  4. Setiausaha Pengangkutan Mark Harper.
  5. Peguam Negara Victoria Prentis.
  6. Menteri Veteran Johnny Mercer.
  7. Setiausaha Pendidikan Gilian Keegan.
  8. Setiausaha Keadilan Alex Chalk.
  9. Setiausaha Sains Michelle Donelan.
  10. Setiausaha Kebudayaan Lucy Frazer.
  11. Menteri Imigresen Michael Tomlinson.
  12. Ketua Whip Simon Hart.

Selain itu, Timbalan Pengerusi Konservatif Jonathan Gullis dan bekas menteri kabinet Sir Jacob Rees-Mogg juga tewas kepada Parti Buruh.

REUTERS

Sekilas perkembangan politik di United Kingdom:

  • Rishi Sunak telah menjadi Perdana Menteri selama kurang daripada dua tahun, selepas tempoh jawatan selama 45 hari dipegang oleh Liz Truss.
  • Raja Charles III memberikan keizinan untuk membubarkan Parlimen pada 30 Mei.
  • Hanya dua parti yang mendominasi arena politik pada abad ke-20 dan ke-21 iaitu Parti Konservatif dan Parti Buruh.
  • Parti Konservatif telah berkuasa selama 14 tahun. Pada pilihan raya 2019, parti ini telah memenangi 43 peratus undi popular dan meraih sebanyak 365 kerusi dibawah pimpinan Boris Johnson.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI