25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
UtamaBerita UtamaTidak cukup duit bayar minyak petrol, penjual laptop hulur bantuan

Tidak cukup duit bayar minyak petrol, penjual laptop hulur bantuan

Tidak cukup duit bayar minyak petrol, kisah penjual laptop hulur bantuan kepada seorang pelanggan lelaki amat memberi inspirasi.

FACEBOOK

Kisah inspirasi ini adalah pengalaman peribadi Abu Hurairah Roslan, seorang penjual laptop yang juga merupakan seorang penulis halaman The Solusi di Facebook.

Ceritanya bermula ketika Encik Abu menghentikan keretanya di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak petrol.

Ketika Encik Abu berada di kaunter, dia terdengarkan perbualan antara pekerja stesen minyak dengan seorang pelanggan lelaki berbangsa Cina.

Situasi kelihatan agak tegang kerana kad debit pelanggan tersebut tidak dapat digunakan untuk membayar harga minyak sebanyak RM10.

Berkali-kali pekerja tersebut cuba mengakses kad debit tersebut namun gagal.

Akhirnya pelanggan tersebut hanya membayar RM3 secara tunai dan beredar ke pam minyak.

Melihatkan situasi tersebut, Encik Abu terus membatalkan urusannya di kaunter lalu mendapatkan pelanggan Cina tersebut.

“Hai. Sorry. You tak cukup duit ke? Takpe. I tolong ok?”, Encik Abu menyapa pelanggan lelaki tersebut.

Pelanggan lelaki itu kelihatan terkejut dengan sapaan dan tawaran Encik Abu.

Berkali-kali pelanggan lelaki itu meminta maaf kepada Encik Abu kerana pada fikirannya dia telah menyusahkan orang. Namun dalam keterpaksaan, dia menerima bantuan Encik Abu.

Selepas Encik Abu membayarkan harga minyak petrol, dia berlalu ke keretanya untuk mengisi minyak petrol pula. Tiba-tiba pelanggan lelaki terbabit berlari mendapatkannya.

“Hey. You kenapa isi penuh? Kenapa? You… you….”, Ucap lelaki Cina itu sambil menangis.

Pelanggan lelaki itu seolah-olah tidak percaya bahawa Encik Abu telah mengisikan minyak petrol dengan kuantiti penuh. Dia juga mahu membayar semula selepas mendapat gaji nanti.

“Rileks bro. Its ok for me. In Islam, we do this. We help any people. May God say this always.” Balas Encik Abu sambil mengusap belakang pelanggan lelaki itu untuk menenangkannya.

Menerusi cerita yang dikongsi oleh Encik Abu, pelanggan tersebut seperti tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan oleh Encik Abu.

Hal ini dikatakan demikian kerana, pelanggan lelaki itu telah cuba menghubungi beberapa orang kawannya namun masing-masing tidak dapat membantu.

Setelah ditenangkan, pelanggan lelaki itu sudah mula tersenyum. Menurut Encik Abu mereka berbalas nombor telefon selepas itu.

Fikiran Encik Abu berkecamuk kerana masalah pelanggan yang belum menjelaskan hutang pembelian laptop pada awalnya kini hilang.

Menurut Encik Abu, benarlah janji Tuhan tentang jaminan rezeki kepada hamba-hambaNya seperti yang tertera dalam al-Quran.

Masalah pelanggan belum menjelaskan hutang memang memeningkan tetapi mungkin dengan pertolongan seperti mengisikan minyak petrol itu, pelanggan akan membayar hutang berkenaan.

Kita tidak pernah tahu bagaimana Tuhan akan memudahkan urusan kita. Namun yang penting adalah bagaimana kita mampu memudahkan urusan orang lain.

Membaca kisah inspirasi ini mengingatkan penulis kepada salah satu dialog dalam filem filem Ayat-Ayat Cinta, “Islam mengajarkan kita untuk berbuat baik kepada siapa pun”.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada anda untuk berbuat baik kepada sesiapa pun yang memerlukan pertolongan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI