26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
UtamaGlobalLukisan gua dengan cerita bergambar berusia 51,200 tahun di Indonesia diisytihar tertua...

Lukisan gua dengan cerita bergambar berusia 51,200 tahun di Indonesia diisytihar tertua di dunia

Lukisan gua dengan cerita bergambar 6,000 tahun lebih tua berbanding pemegang rekod sebelumnya, kini diisytihar sebagai tertua di dunia.

The Guardian melaporkan lukisan gua itu ditemui kira-kira 10 kilometer jauhnya di pulau yang sama di Indonesia, kata pasukan penyelidik arkeologi antarabangsa.

Lukisan itu, dipercayai berusia sekurang-kurangnya 51,200 tahun, ditemui di gua Leang Karampuang di pulau Sulawesi Timur, Indonesia, kata penyelidik dari Universiti Griffith, Universiti Southern Cross bersama Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia dalam jurnal Nature.

Gambar Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia / Agency / Reuters

Sampel telah dikumpulkan pada 2017, tetapi ia tidak bertarikh sehingga awal tahun ini.

Pemegang rekod sebelum ini ialah lukisan gua cerita bergambar bersaiz sebenar memaparkan seekor babi hutan dipercayai dilukis sekurang-kurangnya 45,500 tahun lalu di sebuah gua di Leang Tedongnge.

Gambar oleh Dominic Julian / Agensi Penyelidikan dan Inovasi Indonesia / Agency / Google Arts & Culture

Lukisan yang ditemui baru-baru ini adalah tiga figura therianthropes – atau kacukan manusia-haiwan dan seekor babi hutan.

Adhi Agus Oktaviana, pengarang utama dan pelajar PhD di Universiti Griffith, berkata penemuan itu “sangat memeranjatkan … tiada satu pun seni zaman ais Eropah yang terkenal hampir setua ini kecuali beberapa penemuan kontroversi di Sepanyol”.

Para saintis Sepanyol sebelum ini mendakwa seni batu di tiga tapak – di Cantabria, Andalusia dan Extremadura – berusia lebih daripada 64,000 tahun. Bagaimanapun, menurut pakar seni batu Dr Tristen Jones dari Universiti Sydney, penemuan tersebut “sebahagian besarnya ditolak oleh komuniti sains antarabangsa”.

Untuk menentukan usia lukisan gua Leang Karampuang, pasukan itu menggunakan kaedah baru analisis laser ablasi siri U (siri LA-U) bagi mengambil sampel lapisan kecil kalsium karbonat yang telah terbentuk di atas lukisan tersebut.

“…teknik siri LA-U baharu kami lebih tepat, membolehkan kami membuat tarikh lapisan kalsium karbonat terawal yang terbentuk pada seni dan semakin dekat dengan titik masa seni itu dicipta. Ia akan merevolusikan tentu ukur usia lukisan batu,” jelas Profesor Maxime Aubert, pakar sains arkeologi di Pusat Penyelidikan Sosial dan Budaya Griffith (GCSCR) serta pembangun bersama teknologi tersebut.

Kaedah baru itu adalah “lonjakan besar ke hadapan dalam mengukuhkan resolusi dan ketepatan usia tarikh masa”. Lazimnya, katanya, seni lukisan batu amat sukar untuk dikesan kerana seni itu kebanyakannya diperbuat daripada mineral.

Gambar Nature

Profesor Adam Brumm dari Universiti Griffith yang bersama-sama mengetuai kajian itu, berkata dalam beberapa penggalian yang dilakukannya di rantau itu, terdapat gambaran kerap figura babi hutan. “Haiwan itu jelas penting dari segi ekonomi kepada orang-orang awal ini,” katanya. “Kita dapat melihat ia juga penting kepada mereka secara simbolik dan mungkin juga secara rohani”.

Sementara itu, Adhi Agus Oktaviana menambah, penemuan lukisan gua Leang Karampuang yang berusia sekurang-kurang 51,200 tahun itu memberi implikasi penting kepada pemahaman manusia moden tentang asal usul seni awal.

Penemuan oleh pasukan penyelidik itu juga mencadangkan bahawa penceritaan naratif adalah bahagian penting dalam budaya seni manusia awal di Indonesia bermula dari masa yang sangat awal.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI