25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 22, 2024
UtamaBerita UtamaWanita dihempap kayu balak ditidurkan

Wanita dihempap kayu balak ditidurkan

GUA MUSANG: Wanita dihempap kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai ditidurkan.

BH ONLINE

Abang mangsa Mohamad Azwa Kamarulzaman,28, berkata adiknya Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira pada pukul 8 malam.

Menurut Mohamad Azwa, adiknya akan menjalani pembedahan akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan antaranya tulang belakang, tulang rusuk, hati dan paru-paru.

“Adik saya ditidurkan kira-kira 6 petang semalam dan sekarang ini doktor sedang merawat bahagian usus yang berkemungkinan akan mengalami komplikasi.”

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan adik saya dan berharap semua terus kekal berdoa supaya dia dapat pulih,” Katanya kepada Bernama.

Tambah Mohamad Azwa lagi, adiknya itu dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini.

Terdahulu, sebuah lori yang membawa muatan kayu balak terbalik ketika mengambil selekoh di laluan bersebelahan.

Sebaik sahaja lori tersebut terbalik, beberapa batang kayu balak jatuh di atas jalan lalu mengenai mangsa menyebabkan dia tercampak daripada motosikalnya.

“Saya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan yang berada di tempat kejadian dan terus ke hospital untuk melihatnya.”

“Doktor memaklumkan tunang saya kini tidak stabil,” Kata tunang mangsa Nik Amnan Arif Nik Anuwar,22 dalam satu kenyataan.

BH ONLINE

Difahamkan Siti Norelyana yang merupakan seorang jurujual ketika itu dalam perjalanan untuk ke tempat kerja yang terletak di sebuah pasar raya di Bandar Utama.

Sementera itu, saksi kejadian Nur Aima Nadia Ariffin, 32, berkata dia mendengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat keadaan riuh-rendah di lampu isyarat berkenaan.

“Beberapa batang kayu balak sebesar satu pemeluk dewasa berselerak di atas jalan dan menghalang keseluruhan laluan bersebelahan.”

“Ketika menghampiri lokasi kejadian saya lihat terdapat seorang wanita sedang kesakitan di bawah kayu balak dan beberapa pengguna jalan raya turut keluar dari kenderaan mereka untuk cuba membantu mengeluarkan mangsa,” Katanya.

Ketua Polis Daedah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut Sik, kemalangan itu berpunca daripada turn-table lori balak tersebut yang patah ketika mengambil selekoh.

BH ONLINE

Akibatnya, bahagian ekor lori terbalik mengakibatkan muatan kayu balaknya bergolek dan mengenai seorang mangsa wanita bermotosikal serta sebuah kereta jenis Toyota Vios yang sedang menunggu lampu isyarat.

“Pemandu lori balak dan kereta berkenaan tidak cedera, dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat hingga menyebabkan kemalangan,” Katanya dalam satu kenyataan.

Sik meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat Insp Aida di talian 012-4027283.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI