26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
UtamaBerita UtamaInsiden dua beradik kritikal termakan keropok beracun: Abang meninggal dunia

Insiden dua beradik kritikal termakan keropok beracun: Abang meninggal dunia

KULIM: Seorang daripada dua beradik yang berada dalam keadaan kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Ahad lalu, meninggal dunia hari ini, 10 Julai.

Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama.

Gambar BH Online

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi.

Dalam kejadian 7 Julai lalu, dua beradik lelaki itu kritikal selepas memakan makanan ringan berupa keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi.

Makanan ringan itu didakwa digantung pada pagar dawai dipasang oleh pemilik kebun, dipercayai untuk tujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman. Difahamkan, lokasi kejadian terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Gambar BH Online

Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, yang mendapati dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Dua beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang selepas keadaan mereka semakin kritikal.

Sebelum ini, Mohd Azizul dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Nurain turut mengesahkan pemergian Muhammad Akil yang juga anak sulungnya.

Gambar BH Online

“Abang (Muhammad Akil) sudah tiada (meninggal dunia) ketika menerima rawatan,” hanya itu yang dapat diluahkan ibu dua beradik yang menjadi mangsa keropok beracun.

“Urusan bedah siasat akan dijalankan, dan jenazah dijangka dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, untuk dikebumikan,” katanya ketika dihubungi BH.

Sebelum ini, datuk dan nenek mangsa meluahkan rasa kesal mengapa pemilik kebun meletakkan keropok beracun di tempat yang mengelirukan dan senang dicapai budak-budak.

Gambar BH Online

“Saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana pemilik kebun itu menggantung makanan ringan di tepi pagar berdawai di tempat yang rendah dan mampu dicapai dua cucu saya,” kata nenek mangsa, Saadiah Yaacob.

Difahamkan ketika kejadian, kedua beradik itu mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah mencari lembu di kebun yang berada tidak jauh dari rumah. 

Susulan kematian mangsa, polis dijangka mengklasifikasikan semula seksyen siasatan kes berkenaan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI