30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaPecah masuk Mydin Mart Sri Muda untuk makanan, barangan berharga turut diambil...

Pecah masuk Mydin Mart Sri Muda untuk makanan, barangan berharga turut diambil tetapi bos Mydin halalkan

Pada 20 Disember, tular rakaman video dan gambar di media sosial yang menunjukkan para mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam yang kelaparan dan kesejukan telah memecah masuk beberapa kedai runcit dan pasar raya yang didakwa untuk mendapatkan makanan.

Antara yang terkesan ialah Mydin Mart Sri Muda. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya telah dipecah masuk bukan hanya kerana makanan tetapi turut sengaja dirompak.

Twitter

Sin Chew Daily melaporkan Datuk Ameer berkata, insiden pecah masuk Mydin Mart Sri Muda adalah disengajakan kerana terdapat segelintir mereka yang tidak mengambil makanan tetapi barangan mahal di tingkat atas.

Menurut Datuk Ameer, Mydin Mart Sri Muda telah ditenggelami air terlebih dahulu, dan barangan makanan telah pun rosak serta mengalami kerugian akibat banjir, kemudian apabila air mulai surut, penceroboh memecah masuk di tingkat bawah. Yang diambil bukan makanan tetapi barangan bukan makanan seperti jam tangan dan peralatan elektrik.

Beliau memaklumkan cawangan Sri Muda, Shah Alam mengalami kerugian kira-kira RM200,000 hingga RM300,000 akibat banjir dan jumlah itu tidak termasuk kerugian akibat barangan yang diambil. Syarikat telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Datuk Ameer berkata ada antara mereka yang menceroboh tiada kaitan dengan kelaparan, kerana makanan berada di tingkat bawah, dan barangan bukan makanan yang lain berada di tingkat dua. Pada asasnya, tidak ada apa-apa barangan makanan untuk direbut di tingkat bawah kerana kesemuanya telah musnah akibat banjir. Ada antara mereka yang membawa keluar barangan berharga.

Insiden berlaku pada kira-kira jam 11 pagi 20 Disember, dan pekerja kedai ketakutan kerana beberapa orang yang menceroboh membawa masuk pisau dan kayu seperti datang untuk merompak. Pekerja tidak berani berbuat apa-apa walaupun berada di dalam kedai, jadi mereka terpaksa membiarkan sahaja barangan diambil.

Walau bagaimanapun, Datuk Ameer memaklumkan sungguhpun mengalami kerugian yang besar, pasaraya Mydin akan tetap menyediakan bekalan yang diperlukan untuk mangsa bencana banjir Taman Sri Muda dan Shah Alam.

Terbaharu, dalam satu kenyataan rasmi Datuk Ameer berkata pada dasarnya tindakan memecah masuk itu adalah satu kesalahan dan beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu serta tidak patut berlaku. Akan tetapi, disebabkan oleh situasi darurat dan kemungkinan pelaku terbabit tiada pilihan dengan melakukannya demi kelangsungan hidup akibat bencana, maka Datuk Ameer dan Mydin akan memaaf dan menghalalkan barangan yang diambil mereka.

Twitter

“Saya tidak menyokong tindakan ini, tetapi ia sudah berlaku dan saya dengan seikhlas hati menghalalkan segala barangan yang diambil mereka jika niat mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dan terdesak akibat bantuan lewat tiba serta bukan niat yang sebaliknya,” katanya.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan bahawa ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19, dan bencana banjir besar pula berlaku, beliau amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan bersedia mempercayai mereka tidak mempunyai pilihan kerana terdesak.

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah supaya mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini pulih seperti biasa,” kata Datuk Ameer.

Media melaporkan empat kedai serbaneka dan pasar raya di Taman Sri Muda, Shah Alam telah dipecah masuk oleh orang ramai untuk mendapatkan makanan. Polis Shah Alam kemudian mengesahkan terdapat kejadian pecah masuk di Mydin Mart, KK Mart, kedai serbaneka 7-Eleven dan Pasar Mini Jimat serta beberapa kedai lain di Taman Sri Muda.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI