27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGaya HidupWanita ini mengejutkan orang ramai apabila berjaya menukarkan pin rambut untuk mendapatkan...

Wanita ini mengejutkan orang ramai apabila berjaya menukarkan pin rambut untuk mendapatkan sebuah rumah idaman

Memiliki sebuah rumah sendiri merupakan impian setiap individu. Namun, anda pasti tahu bukan mudah untuk memiliki kediaman sendiri dengan keadaan ekonomi masa kini yang tidak menentu. Tetapi, apa agaknya yang anda rasa apabila mengetahui wanita ini mampu membeli sebuah rumah besar dengan bermodalkan pin rambut.

Seorang pengguna TikTok terkenal iaitu Demi Skipper telah memulakan sebuah kempen yang diberi nama Trade Me Project pada Mei tahun lalu. Projek ini merupakan satu usaha di mana Demi akan menjalani sistem barter dan menukar barangan dengan individu lain.

Antara barang yang pernah ditukar menerusi projek ini adalah seperti telefon pintar iPhone, sepasang anting-anting, rantai berlian dan juga traktor. Demi yang berusia 30 tahun dan berasal dari San Francisco, California ini mula mendapat inspirasi daripada Kyle MacDonald.

Bagi yang tidak tahu, Kyle juga pernah berjaya memiliki sebuah rumah dengan bermula daripada klip kertas! Demi yang kagum dengan pencapaian Kyle memulakan aktiviti ini seawal tahun 2006 dengan menukar pin rambut kepada sepasang anting-anting yang murah.

Dia kemudiannya mula mempromosikan aktiviti penukaran barang ini di laman eBay, Facebook Marketplace dan juga Craigslist. Pada awalnya, kegiatan ini hanya melibatkan individu yang tinggal di sekitar San Francisco. Namun, lama kelamaan Demi berjaya membuat penukaran dengan individu di seluruh Amerika Syarikat.

Sepanjang tempoh tersebut, Demi sering memuat naik video di laman sosial TikTok dan Instagram bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang sasarannya untuk mendapatkan sebuah rumah idaman. Daripada anting-anting kepada alat penyedut hampagas kepada komputer riba, kamera dan sebagainya. Demi juga memaklumkan bahawa dia pernah menukar beberapa pasang kasut Nike kepada sebuah iPhone dan menukarkan telefon berkenaan untuk mendapatkan sebuah caravan.

Demi juga berjaya mendapatkan sebuah kereta Mini Cooper dan menukarkannya untuk seutas rantai berlian yang disangkakan bernilai RM84,370 namun rupa-rupanya, rantai tersebut cuma bernilai sekitar RM8,000. Enggan patah semangat, Demi meneruskan misinya dengan menukarkan rantai itu kepada sebuah basikal senaman Peloton.

Basikal tersebut kemudiannya menjadi kereta Mustang dan akhirnya ditukarkan menjadi sebuah kabin kecil. Kabin tersebut kemudiannya didagangkan untuk mendapatkan sebuah Honda CRV dan daripada itu, Demi berjaya memiliki tiga buah traktor serta kad selebriti Chipotle yang menawarkan makanan percuma dan parti mewah selama setahun!

Daripada situ, Demi berjaya menukarkan kad itu kepada sebuah treler bernilai RM168,740 dan usahanya kini telah tiba ke penghujung apabila dia berjaya mendapatkan sebuah rumah di Nashville setelah menukarkan treler berkenaan.

Projek Trade Me ini meraih banyak pengikut yang rata-ratanya memuji kegigihan Demi dalam mencapai misi dan visi hidupnya. Demi kini bercadang untuk berhijrah daripada California ke Tennessee untuk proses pengubahsuaian rumah baharu mereka.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI