Beberapa hari lalu, kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri lain dilanda bencana banjir sehingga menyebabkan banyak pusat pemindahan dibuka kepada mangsa banjir.
Namun begitu, bukan hanya manusia sahaja yang terjejas dengan bencana tersebut. Haiwan peliharaan turut menjadi mangsa apabila ada yang terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat menyelamatkan diri.
@mitzudiaries/Twitter
Menyedari akan hakikat itu, ramai sukarelawan yang membantu menyelamatkan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan pelbagai lagi.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki di dalam video di bawah :
Berbekalkan dengan hanya bot angin dan pendayung, lelaki tersebut dilihat bergerak ke tingkap sebuah rumah untuk mengambil beberapa ekor kucing yang terperangkap di situ.
@mitzudiaries/Twitter
Syukur kerana sebenarnya ada ramai lagi rakyat Malaysia yang bertindak menyelamatkan haiwan di saat banjir melanda.
Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi kalian semua~