Kejadian banjir yang melanda sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia baru-baru ini meninggalkan kesan yang buruk buat penduduk.
Bahkan ada nyawa yang turut terkorban. Sehingga 21 Disember, seramai 27 mangsa ditemui meninggal dunia sejurus air banjir surut.
Perkara ini ternyata membimbangkan. Baru-baru ini, muncul individu yang berkongsi tips jika berdepan dengan keadaan banjir yang mengancam nyawa.
@_yoongiandme/Twitter
Menurut perkongsian video itu, tips tersebut berguna bagi mengelakkan mangsa banjir daripada tenggelam sementara menunggu bantuan tiba.
Mengapungkan diri di dalam air adalah sangat memenatkan jika dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu lelaki itu menyarankan agar seluar dibuka.
Seluar tersebut perlu dibuka manakala bahagian hujung kaki seluar itu perlu diikat dan disimpulkan. Sejurus diikat, anda masukkan kepala menerusi lubang seluar dan isikan bahagian hujung seluar yang terbuka dengan air.
Hanya pegang hujungnya tertutup selepas anda mengisinya dan ia harus mengekalkan kepala anda di atas air sementara anda menunggu untuk diselamatkan.
Sebaik sahaja anda telah mengikatnya, masukkan kepala anda melalui lubang dan isikan bahagian hujung seluar yang terbuka dengan air.
Kemudian pegang pada hujung seluar yang terbuka itu dengan tangan dan pastikan kepala anda berada di atas permukaan air.
@Shaz99202441/Twitter
Seluar tersebut sekelip mata berubah dan menjadi seakan pelampung. Selain seluar, kain sarung ataupun apa-apa kain juga boleh digunakan menerusi cara ini.
Pendek kata, eloklah jika kita bersedia berdepan dengan sebarang kecemasan bukan?