26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024
UtamaNasionalKerajaan agih Bantuan Wang Ihsan RM1,000 diperuntukkan kepada setiap ketua isi rumah

Kerajaan agih Bantuan Wang Ihsan RM1,000 diperuntukkan kepada setiap ketua isi rumah

Sebanyak RM100 juta peruntukan awal telah dibuat untuk diagihkan kepada mangsa banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur.

Bantuan Wang Ihsan itu diperuntukkan oleh kerajaan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir, di mana mereka akan menerima sumbangan RM1,000 (sama ada mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ataupun tidak).

Kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan beberapa maklumat seperti :

#1 Mesyuarat telah membuat keputusan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan arahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera

#2 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut.

#3 Untuk membantu usahawan pula, pembiayaan kewangan tanpa faedah atau keuntungan diberikan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan tempoh bayaran bermula selepas 6 bulan perjanjian pembiayaan ditandatangani.

#4 Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah bersetuju menyumbang sebanyak RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan usaha pemulihan pasca banjir.

Ia termasuklah Petronas; Yayasan Petronas; Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah; Yayasan Sime Darby; CIMB; Celcom; Telekom Malaysia; Yayasan UEM; dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dengan geran Kerajaan sebanyak RM25 juta, ini bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir adalah RM75.8 juta.

#5 Kerajaan bersetuju untuk memberikan dua bulan pengecualian sewa (rental waiver) kepada penyewa SME Bank’s Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir selain memudahkan cara permohonan penstrukturan semula pinjaman yang terjejas akibat banjir.

#6 Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional.

Selain itu, Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia turut diberikan sehingga RM30,000 kepada mana-mana koperasi yang terjejas.

#7 Mesyuarat juga bersetuju agar isu banjir di Taman Seri Muda, Shah Alam wajar diselesaikan dalam kadar segera. Perdana Menteri turut mengarahkan semua agensi untuk mengatur kerja dengan lebih agresif.

Difahamkan bahawa sebanyak 41 bot, 16 lori dan aset-aset lain telah digerakkan ke Taman Seri Muda dengan kekuatan anggota pasukan penyelamat seramai 321 orang setakat petang 20 Disember.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah diarahkan untuk :

a) Menggerakkan segera 20 aset pam mudah alih ke kawasan terjejas, tambahan kepada 4 buah pam sedia ada bertujuan untuk mengepam air dari kawasan yang mengalami banjir genang (yang biasa dikenali sebagai banjir termenung) ke sungai yang berhampiran.

Pam-pam tambahan yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk yang dimiliki oleh JPS Selangor akan digunakan untuk mengalirkan air genang ke Sungai Kelang.

b) Beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara untuk mengalirkan air genang segera keluar ke sungai. Lokasi penebukan sedang dimuktamadkan.

#8 Kerajaan juga mengalu-alukan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tetapi perlu merujuk kepada Pusat Pengurusan Bencana Daerah terlebih dahulu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI