26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGaya HidupWanita AS selamat lahirkan bayi perempuan di dalam kereta Tesla

Wanita AS selamat lahirkan bayi perempuan di dalam kereta Tesla

Seorang wanita selamat melahirkan bayi di dalam sebuah kereta jenis Tesla di saat suaminya menetapkan mod pandu sendiri dan membantu menyambut kelahiran bayi sebelum mereka tiba di hospital.

Pasangan itu menceritakan kelahiran dramatik anak perempuan mereka, Maeve Lily yang kini berusia 3 bulan di tempat duduk hadapan selepas wanita itu, Yiran mula mengalami kontraksi pada tengah malam 9 September lalu.

“Saya tahu. Itulah harinya (akan bersalin), tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku dalam masa terdekat”.

Pasangan itu, yang bertemu semasa mengajar di Sekolah Antarabangsa Rainbow Bridge di Shanghai, mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun bernama Rafa dan bersedia untuk menyambut anak kedua.

Pada pagi kejadian, Yiran sempat membasuh pakaian dan menyiapkan Rafa untuk ke tadika. Semasa suaminya, Keating ke dalam kereta, dia sempat memeriksa keadaan Yiran.

Air ketuban Yiran pada ketika itu sudah pun pecah. Keating sedar pada ketika itu mereka perlu membawa Yiran ke hospital terlebih dahulu.

Niat untuk menghantar Rafa ke tadika terpaksa dibatalkan. Dek kerana kontraksi yang terlalu kuat, Yiran terduduk di lantai tempat duduk penumpang hadapan.

Lebih memburukkan keadaan, trafik untuk menuju ke hospital juga agak sesak pada waktu pagi berkenaan.

Pada ketika itulah Keating mengaktifkan mod pandu sendiri pada keretanya, sambil tangan kirinya mengawal stereng manakala tangan kanannya memegang Yiran.

“Yiran meramas tangan saya sehingga di suatu saat saya rasa dia mahu menghancurkan tangan saya”, ujar Keating.

“Fokuskan kepada pernafasan kamu”, kata Keating pada isterinya. Pada waktu itu juga, Keating sebenarnya agak bimbang dan gementar.

Perjalanan singkat itu terasa lama dan di antara kontraksi itu, Yiran memandang GPS untuk melihat berapa lama lagi mereka akan tiba, namun ternyata bayi mereka tidak lagi mahu menunggu.

Mereka akhirnya tiba di hospital namun bayi mereka sudah pun keluar. Mujurlah ada pakar kanak-kanak di luar hospital, segera memanggil jururawat untuk ke kereta Keating.

Jururawat itu juga turut memotong tali pusat bayi Yiran yang berada di tempat duduk hadapan kereta.

“Bayi ini sihat. Tahniah”, ujar jururawat berkenaan membuatkan pasangan itu berasa lega dan gembira semuanya selamat.

Maeve turut diberi jolokan ‘bayi Tesla’ sehinggakan pasangan itu juga terfikir untuk meletakkan ‘Tess’ sebagai nama tengah bayi mereka. Namun akhirnya nama ‘Lily’ diberikan.

Pasangan itu turut bergurau bahawa mereka akan menurunkan kereta itu kepada Maeve kelak”, ujar Keating.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI