27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupTidak hanya miliki pokok bunga malah pasangan ini telah tanam lebih daripada...

Tidak hanya miliki pokok bunga malah pasangan ini telah tanam lebih daripada 450 jenis tumbuhan di teres rumah

Ramai antara kita yang suka berkebun di sekitar rumah. Ada yang menanam pokok bunga, ada yang suka menanam pokok sayur yang renek dan buat mereka yang mempunyai laman yang luas semestinya lebih banyak jenis pokok yang mereka tanam.

Pasangan bahagia, Jayanti Sahu, 53, dan suaminya, Chittaranjan, 60, nampaknya mempunyai semangat berkebun yang luar biasa apabila mereka berjaya menanam sekitar 450 jenis pokok di sekitar rumah mereka. Ya, percaya atau tidak mereka gigih menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan, sayur-sayuran serta ratusan pokok bunga.

Jayanti memberitahu bahawa dia sudah mula bercucuk tanam lebih daripada 25 tahun lalu. Apa yang menariknya, walaupun pokok yang ditanam adalah sangat banyak, dia tetap boleh mengingati setiap pasu dan pokok miliknya. Dia ingat bila dia menanam setiap jenis pokoknya dan dia juga ingat di mana dia mendapatkan pokok tersebut.

Setelah memenangi beberapa anugerah untuk tanamannya selama bertahun-tahun daripada Persatuan Pencinta Tumbuhan, Bhubaneswar dan NALCO, Jayanti memutuskan untuk tidak lagi menyertai mana-mana pertandingan tumbuhan.

Katanya dia sudah berpuas hati dengan kemenangannya selama ini dan dia mahu memberi peluang kepada penanam lain pula. Kini, apa yang dia mahukan ialah untuk meluangkan masa dengan pokok-pokoknya.

Menurut Jayanti, semangat berkebun diperolehi daripada bapanya sendiri. Menurutnya, bapanya pernah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan buat dinikmati oleh keluarga mereka. “Saya melihat dia menghabiskan masa berjam-jam menjaga pokok. Saya gembira kerana memiliki bakat semula jadi untuk bercucuk tanam daripada bapa saya,” katanya.

Sehingga Mac 2020, teres milik pasangan itu sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan bermusim. Ketika berhadapan dengan ‘lockdown’ akibat Covid-19, Jayanti memutuskan untuk menanam lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Memandangkan mereka sekeluarga terpaksa duduk di rumah dan sukar untuk ke luar dia memutuskan untuk menanam lebih banyak pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang digemari oleh keluarganya. Antara pokok yang banyak ditanam ialah bendi, tomato, terung, timun, labu, bayam dan lobak.

Dia juga mengatakan bahawa ketika musim sejuk, bilangan tumbuhan berbunga menjadi semakin banyak. Antara pokok bunga yang ditanam ialah lily, teratai, orkid, bunga markisa, mawar, melati, Brahma Kamal, marigold dan 10 jenis bougainvillea.

Menanam pokok berbuah di teres merupakan satu cabaran pada mulanya, tetapi Chittaranjan menemui cara untuk mengatasinya. Menurut Jayanti mereka bimbang jika lantai teres tidak dapat menampung berat tanaman berbuah.

Jadi, untuk mengatasinya, mereka meletakkan campuran tanah, kompos, sabut kelapa dan daun kering dalam bekas plastik besar dan mula menggunakan bekas tersebut untuk penanaman. Ini mengurangkan berat beban di teres.

Pasangan itu kini menanam jambu, mangga, ciku, limau, dan betik. “Tumbuhan ciku kami menghasilkan buah-buahan yang sangat manis yang dinikmati oleh semua orang di rumah,” kata Jayanti.

Menurutnya lagi, dia biasanya akan menghabiskan hampir dua jam pada setiap pagi, dan hampir satu setengah jam setiap petang di teresnya. Anak-anaknya pula sentiasa faham dan tidak pernah menganggunya.

Dia juga tidak pernah mengupah sesiapa pun untuk membantunya mengurus tanamannya kerana dia mahu melakukan semuanya sendiri. Dia bahkan beraa gembira kerana dapat melihat pokok-pokoknya tumbuh segar di depan mata.

“Bekerja di atas teres juga merupakan cara terbaik untuk saya dan suami mendapatkan senaman yang kami perlukan,” tambahnya lagi.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI