28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBisnes & EkonomiJutawan berlian hantar anak lelakinya ke pedalaman Hyderabad, alami sendiri keperitan hidup...

Jutawan berlian hantar anak lelakinya ke pedalaman Hyderabad, alami sendiri keperitan hidup mencari sesuap nasi

Corak pemikiran orang kaya raya biasanya tidak mampu diramalkan, malahan cara mendidik anak-anak mereka juga begitu mengejutkan. 

India memiliki jutawan Savji Dhanji Dholakia, pengerusi syarikat pembuatan dan pengeksport berlian terkenal dunia, Hari Krishna Exports Pvt Ltd (HK) yang berpangkalan di Surat, Gujarat dengan pendapatan tahunan AS$2.1 bilion (RM9.4 bilion) dan nilai peribadi dianggarkan AS$38 bilion (RM170 bilion). 

Tetapi jutawan yang memiliki syarikat perniagaan berlian di 71 negara ini sangat tegas dengan pendidikan anak-anak apabila mereka tidak dibenarkan berbelanja secara bebas berdasarkan identiti sebagai generasi kedua Dholakia yang kaya raya.

Gambar India Today

Bagaimana Savji Dholakia mendidik anak-anak keluarga Dholakia?

Dikatakan salah seorang anak lelaki keluarga Dholakia, Hitarth Dholakia yang berusia 23 tahun sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di salah satu universiti berprestij di New York, Amerika Syarikat dan telah kembali ke Mumbai, India semasa percutian musim panas. 

Pada mulanya, Hitarth bercadang menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Tetapi bapanya, Ghanshyam Dholakia, salah seorang pengasas HK Diamond Exports, memberi kejutan dengan memintanya tidak ke rumah agam mereka tetapi meneruskan perjalanan menuju ke pedalaman Hyderabad dari lapangan terbang.

Gambar India Times

Savji dan Ghanshyam memintanya tinggal di bandar Kochi yang pelik dan serba kekurangan selama sebulan, dengan tiada telefon bimbit, dan hanya memberinya 7 ribu rupee (RM393). Bapanya mahu Hitarth mengalami sendiri hidup dalam kemiskinan, juga nilai bagaimana untuk mencari wang dan memberi nafkah untuk diri sendiri.

Pada mulanya, Hitarth tidak mempunyai tempat tinggal atau pekerjaan, dan dia terus menemui halangan ketika mencari pekerjaan. Hitarth ditolak oleh 60 syarikat. Sehingga hari kelima, sebuah kedai pencuci mulut di bandar kecil Cheranallur memutuskan untuk mengambil Hitarth bekerja sebagai pencuci pinggan.

Dan baru kemudian itu, anak jutawan ini bekerja di pusat panggilan sebuah kilang pembuatan, kedai kasut, dan restoran makanan segera. Hitarth sangat terkejut dengan kehidupan yang sukar. 

Gambar India Today

“Saya berpendidikan di AS, dengan memegang lesen juruterbang dan pemegang GIA Diamond Grading, tetapi semuanya tidak berguna di Hyderabad. Saya berasa amat susah mencari pekerjaan selepas wang yang ada telah kehabisan,” kata Hitarth kepada India Today.

“Saya bernasib baik menemui tempat tinggal dengan sewa 100 rupee (RM6) yang dikongsi bersama 17 orang penghuni di Secunderabad, selepas itu saya terus mencari pekerjaan, bekerja beberapa hari, mendapat gaji dan berhenti,” katanya.

Hitarth bertukar pekerjaan sebanyak 4 kali dalam masa 4 minggu dan berjaya menjana pendapatan sebanyak 5,000 rupee (RM281) pada akhir bulan.

Gambar India Today

“Saya tidak pernah risau tentang wang sebelum ini, tetapi sekarang saya adakala tidak dapat makan pun. Kos makanan kira-kira 47 rupee (RM2.65),” katanya yang dapat merasai kesulitan itu dan dia benar-benar bergelut. Sebulan kemudian, Hitarth Dholakia telah berjaya menyempurnakan cabaran yang diberikan oleh bapanya.

Keluarga Dholakia telah mengikuti tradisi ini selama bertahun-tahun dengan menghantar anak-anak mereka ke ‘dalam buangan dari kehidupan mewah’. Pintu Tulsi Bhai Dholakia, 31 tahun adalah anak lelaki pertama dalam keluarga yang menjalani ‘kehidupan sebenar’ bersama orang biasa dan hidup susah. Kini Pintu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hari Krishna Exports Pvt Ltd.

Begitu juga pada tahun lalu, keluarga itu menghantar anak lelaki mereka yang berkelulusan MBA berusia 23 tahun ke Kochi bagi membolehkannya belajar tentang perjuangan hidup dan memikul tanggungjawab.

Gambar India Today

Savji Dholakia merupakan saudagar berlian terbesar di India. Walaupun beliau salah seorang antara 20 taikun berlian terkaya di dunia, jutawan ini sangat pemurah kepada pekerjanya.

Tahun lalu, beliau dengan kemurahan hatinya telah memberikan 400 pangsapuri, dan 1,260 kereta serta wang tunai kepada 1,716 pekerja cemerlangnya sempena perayaan Deepavali.

Kemurahan serta kebaikan hati keluarga Dholakia amat disenangi dan dihormati oleh seluruh rakyat India, terutama daripada para pekerja syarikat itu yang amat bertuah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI