Bagi anak-anak yang tidak boleh duduk diam dan tidak boleh rasa bosan walau seminit, aktiviti hiburan dengan kreativiti diri sendiri tanpa disuruh-suruh adalah perkara wajib demi ketenangan hati.
Siapa yang ada perasaan macam itu semasa kecil ketika menghadiri acara wajib sekolah seperti sukan dan perhimpunan sudah tentu boleh faham.
Contohnya adalah seperti adik yang comel di bawah ini.
Dalam satu rakaman video TikTok yang tular di media sosial, ia pada mulanya memaparkan acara sukaneka di sekolah yang merupakan aktiviti wajib paling digemari oleh murid-murid.
Biasalah bila murid-murid dapat bersuka ria dan bermain pelbagai acara sukan dan yang paling seronok apabila dapat hadiah tidak kiralah nombor satu ke atau corot, asalkan dapat hadiah.
Tetapi ini bukan cerita dapat hadiah dalam sukaneka tetapi gelagat seorang budak perempuan comel yang bermain rambut panjang kawan yang berada di hadapannya ketika kelas mereka berbaris sehingga aksi itu mencuit hati ramai.
Dia geram tengok rambut kawan tu yang berada dekat depan, boleh buat main-main, tumbuk-tumbuk sambil buat reaksi mukanya yang kelakar.
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok@mayalung, kelihatan kanak-kanak itu sedang berbaris di sebuah padang sebelum memulakan acara sukaneka tadika mereka.
Adik ini mungkin sedang bosan berdiri dan berbaris sehingga tiba-tiba dapat idea dia untuk membuat hati sendiri terhibur dengan mengusik rambut kawannya yang berada di depan itu.
Mungkin kerana terlalu geram tengok rambut kawannya yang panjang dan cantik, dia siap membuat pelbagai gaya seperti menumbuk ‘punching bag’. Bukan jeles ya, geram je..
Tumbuk-tumbuk dengan mukanya yang comel dan melucukan sehingga kawannya itu menoleh akhirnya. Selamba je dia pandang muka kawan tu balik.
Riak mukanya yang lawak dan kelakar ketika membuat aktiviti hiburan sendiri itu begitu mencuit hati sehingga membuat ramai warganet berasa terhibur.