Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada jam 4.00 petang 18 Oktober 2024.
Turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Berikut antara intipati Belanjawan 2025:
- Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didukung langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025.
- Unjuran kadar defisit 3.8 peratus pada 2025 berbanding anggaran 4.3 peratus pada tahun ini.
- Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat.
- Kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 billion pada 2024 berbanding RM308 billion.
- Jumlah hutang baharu semakin menurun, diunjur berjumlah RM80 bilion pada 2025 berbanding RM85 bilion pada 2024.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan
- Cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barangan premium yang diimport antaranya ikan salmon dan avokado.
- Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif, tidak membebankan rakyat.
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion.
- Cukai Jualan tidak akan dikenakan bagi barangan makanan asas digunakan rakyat, hanya membabitkan barangan bukan keperluan asas seperti produk premium diimport.
- Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial, antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.
- Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Mei 2025.

Penyasaran Subsidi
- Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025, dengan penjimatan akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.
- Subsidi petrol RON 95 bakal dipotong sebanyak RM8 bilion untuk golongan T15.
- Harga RM 2.05/liter akan kekal buat 85 peratus rakyat.

- Penyasaran subsidi Pendidikan dan Kesihatan.
- KPDN dan JKDM akan disediakan RM60 juta untuk terus membenteras ketirisan wang rakyat.
- Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, tanggungan subsidi elektrik masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat yang dianggar berjumlah RM12 bilion.
- Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan, tertinggi antara negeri masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.

- Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop perluasan dan kadar cukai dikenakan.
- Mulai 2025, kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta.
- Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta tahun depan berbanding RM338 juta.
- Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya untuk SPRM melaksanakan siasatan dan mengambil tindakan tegas bagi membawa pesalah rasuah ke muka pengadilan.
- RM200 juta disediakan kepada Jabatan Audit Negara, sesuai dengan peranan lebih besar bagi memulakan pengauditan.
- Kerajaan bercadang memperluas asas cukai secara progresif, memperkenal cukai dividen pada kadar dua peratus bagi pendapatan dividen lebih RM100,000 diterima pemegang saham individu mulai tahun taksiran 2025.
Bantuan STR, SARA dan JKM
STR dan SARA
- Untuk tahun 2025, kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Manakala penerima SARA diperluas kepada 4.1 juta penerima, di mana penerima STR kategori isi rumah akan dikreditkan sebanyak RM100 sebulan ke dalam kad pengenalan. Bantuan akan mula dikreditkan pada April 2025.
- Penambahan peruntukan membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
- Kadar baharu bagi kategori bujang dinaikkan kepada RM600.

Elaun JKM
Kadar bantuan kebajikan bulanan juga dinaikkan seperti berikut:
- Bantuan Kanak-kanak Keluarga Termiskin
Berusia 6 tahun dan ke bawah – RM250 (2024 : RM200)
Berusia 7 sehingga 18 tahun – RM200 (2024 : RM150)
- Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 (2024: RM500)

Gaji minimum 2025 dinaikkan kepada RM1700
- Dalam Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
- Selain itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam dan Pesara – Februari 2025
- Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- Bantuan ini turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.
- Bantuan akan disalurkan pada bulan Februari 2025.
Syarikat Mula Niaga
- National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi mulai November 2024 dengan dana RM1 bilion.
- KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan RM1 bilion untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan.
- Cradle Fund diperuntukkan RM65 juta bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global.

SejaTi MADANI
- Peruntukan keseluruhan RM1 bilion disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI.
- RM600 juta untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli.
- RM200 juta bagi memperluas Kampung Angkat MADANI.
- RM100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET.
- RM100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR di seluruh negara.
Keselamatan siber, musibah dan bencana
- Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 juta.
- Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal.
- Peruntukan RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
- Kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM540 juta.
Tanggungjawab fiskal dan pengurusan hutang
Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit.
Langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten.
Pencapaian dan tantangan ekonomi
- Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertama.
- Pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020.

- Tahap inflasi Ogos 2024 menurun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus.
- Kerajaan mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan RM329.5 bilion – tertinggi pernah direkodkan.
- Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia.