26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaMasalah pendawaian dipercayai punca kedai terbakar

Masalah pendawaian dipercayai punca kedai terbakar

KUALA LUMPUR: Masalah pendawaian dipercayai menjadi punca puluhan kedai terbakar di Uptown Kota Damansara terbakar pada pukul 8.30 malam, 20 November.

Sinar Harian

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata dapatan punca kebakaran itu adalah hasil keterangan awal saksi di tempat kejadian.

“Ada saksi mendakwa melihat percikan api keluar dari kotak agihan (DB) elektrik berhampiran satu daripada sebuah khemah perniagaan di situ.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal punca sebenar kebakaran,” katanya kepada media pada Selasa.

Beliau berkata, api kebakaran merebak pantas kerana keadaan struktur khemah dan barangan jualan yang mudah terbakar.

Namun, tindakan pantas bomba berjaya memadam kebakaran dalam masa singkat.

Sinar Harian

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.34 malam.

“Anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja pemadaman.

“Kebakaran melibatkan lebih 20 khemah serta sebuah lot menempatkan pusat gimnasium,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian

Api berjaya dikawal pada pukul 9.06 malam.

Kebakaran itu walau bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 1 Shah Alam Ahmad Zaidi Safuan, berkata mereka belum dapat menganggarkan keseluruhan jumlah kerugian.

“Kita masih cuba menghubungi pemilik khemah perniagaan terbabit namun pihak bomba difahamkan aktiviti perniagaan di kawasan itu dijalankan tanpa kebenaran pihak berkuasa dan pemilik tanah,” katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.

Selain itu, pihak pengurusan Transit Aliran Massa (MRT) turut berada di lokasi untuk melakukan pemeriksaan ke atas struktur landasan MRT yang terletak di atas lokasi kebakaran.

Menurut Pengurus Infra Alfa Sdn Bhd, Shareen Farzida Sukri, 20 buah kedai yang terbakar bukan dibawah kendalian syarikatnya.

Berita Harian

“Hanya satu premis kekal yang terjejas akibat kebakaran itu iaitu sebuah gimnasium.

“Manakala 20 khemah perniagaan yang terbakar bukan beroperasi di bawah selian kami.

“Terdapat 380 peniaga berdaftar dengan kami dan beroperasi di premis kekal.

“Kejadian ini tidak menjejaskan operasi mereka dan perniagaan akan berjalan seperti biasa,” katanya.

Pemilik gimnasium, Mazalan Abdul Manan, 53, menganggarkan sekitar RM250,000 kerugian dialami selepas gimnasium yang diusahakan sejak tahun 2017 itu musnah.

Harian Metro

“Saya anggarkan lebih 20 peratus peralatan gimnasium rosak selain kerosakan hampir 50 peratus pada struktur premis berkeluasan 6,000 kaki persegi.

Menurut Mazalan, dia mula ternampak api daripada sebuah gerai di belakang gimnasium kira-kira pukul 8.15 malam.

Mazalan dan beberapa ahli gimnasium cuba membantu memadam kebakaran namun gagal.

Katanya lagi, ketika kebakaran berlaku terdapat 15 ahli gimnasium berada dalam premisnya dan keadaan menjadi sedikit kelam kabut.

“Bagaimanapun, ramai yang membantu mengalihkan barangan dan peralatan ke tempat selamat.

“Namun selepas setengah jam, usaha kami terhenti kerana keadaan asap yang tebal.

Mazalan walau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kebakaran berlaku tidak ramai pengunjung dan khemah-khemah perniagaan juga baru hendak dibuka.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI