31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024
UtamaBerita UtamaEmpat beradik dihalau nenek

Empat beradik dihalau nenek

PARIT: Empat beradik dihalau nenek dari rumah di Kampung Kuchai, Bota pada Khamis, 23 November. Mereka berusia antara 10 bulan hingga 11 tahun.

Utusan Melayu

Keempat-empat beradik tersebut ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah oleh seorang wanita sekitar pukul 10.50 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.39 petang.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

Berdasarkan maklumat daripada pengadu, pengawal keselamatan menyedari kehadiran empat beradik tersebut selepas ditinggalkan oleh seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota.

“Empat beradik itu terdiri daripada tiga lelaki masing-masing berusia 11 dan tiga tahun selain bayi berusia 10 bulan.

“Serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

“Hasil pertanyaan terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia menyatakan bahawa mereka dihalau dari rumah oleh nenek sebelum dihantar ke kompleks berkenaan dengan menaiki kereta oleh wanita tidak dikenali.”

Pengadu telah bertindak dengan menghantar empat beradik itu ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Gopeng untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ibu bapa atau waris empat beradik dihalau nenek ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Mohd. Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” kata Hafezul.

Susulan kejadian itu, Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin memberitahu bahawa kes berkenaan sedang disiasat oleh polis.

Semua kanak-kanak kurang bernasib baik itu kini berada di hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Kes masih dalam siasatan polis dan JKM akan mengambil tindakan selaras dengan hasil siasatan tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar empat beradik yang ditinggalkan bersama mereka sebungkus plastik berisi lampin pakai buang dan susu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI