26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaAncaman bom di beberapa sekolah di seluruh negara adalah palsu

Ancaman bom di beberapa sekolah di seluruh negara adalah palsu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 19 laporan yang diterima berhubung ancaman bom di beberapa sekolah di seluruh negara adalah palsu.

SINAR HARIAN

“Siasatan mendapati e-mel ancaman adalah palsu dan tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa.

“Siasatan menunjukkan kedua-dua alamat e-mel yang digunakan bagi menghantar ancaman, baru dicipta dan tidak pernah digunakan di mana-mana servis internet,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ancaman bom telah dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ daripada bahasa Jerman yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’.

Menurut Razarudin, PDRM menerima tujuh laporan di Selangor, lima laporan di Kuala Lumpur, tiga laporan di Johor, dua laporan di Pulau Pinang dan satu laporan di Perak serta Negeri Sembilan.

Sebaik sahaja menerima ancaman tersebut, PDRM dengan kerjasama sekolah yang terlibat telah segera mengambil tindakan bagi mengosongkan premis.

“Demi keselamatan, pengungsian (evacuation) pelajar ke lokasi selamat turut dijalankan dengan segera oleh pihak sekolah dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke lokasi berkumpul (assembly points) seperti ditetapkan di sekolah masing-masing, sebelum pelajar dibenarkan beredar pulang,” katanya.

Susulan ancaman tersebut, tindakan pembersihan keselamatan (security flushing) bom telah dijalankan secara rapi oleh elemen-elemen PDRM di semua lokasi terbabit.

Utusan Malaysia

Namun begitu, tiada sebarang ancaman yang dikesan setelah pembersihan keselamatan dijalankan.

Menurut Razarudin, kandungan asal e-mel ancaman adalah dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia menggunakan aplikasi penterjemah.

“Kandungan e-mel yang sama dikesan turut pernah dihantar ke 70 buah sekolah di Jamaica pada 12 November lalu, juga melalui penyedia perkhidmatan e-mel yang sama,” katanya.

Siasatan turut dilakukan untuk memastikan sekiranya insiden di Malaysia mempunyai kaitan dengan kejadian di Jamaica.

“Ia dipercayai didalangi seorang individu bermasalah mungkin pernah mengalami penderaan ketika kanak-kanak dan kurang perhatian, namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya,” ujarnya.

“PDRM memandang serius sebarang bentuk ancaman bom dan kita akan mengambil tindakan segera bagi menyiasat sebarang ancaman.

“PDRM memberi kepastian bahawa tahap keselamatan pelajar serta guru-guru adalah terjamin di seluruh negara,” katanya.

Razarudin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI