28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaParti Komunis China didakwa menutup, mengubah ratusan masjid di wilayah utara

Parti Komunis China didakwa menutup, mengubah ratusan masjid di wilayah utara

BEIJING: Human Rights Watch (HRW) mendakwa Parti Komunis China (PKC) meneruskan tindakan menutup, mengubah ratusan masjid di wilayah utara selepas Xinjiang.

Harian Metro

Sebelum ini, masjid-masjid di Ningxia dan Gansu menjadi tempat tinggal kepada penduduk Islam selain Xinjiang.

Menurut The Guardian dalam satu laporan, langkah penutupan masjid itu dilakukan sebagai usaha yang lebih luas untuk sinicization atau pencinaan masyarakat minoriti agama di China.

PKC sudah lama mengekalkan cengkamannya terhadap agama dan etnik minoriti China.

Disebabkan itu juga, pihak berkuasa tempatan didakwa menyingkirkan elemen seni bina Islamik pada masjid supaya kelihatan lebih menerapkan budaya masyarakat China.

Pada April 2018, Beijing mengeluarkan arahan yang menyatakan bahawa pegawai kerajaan harus mengawal ketat pembinaan dan susun atur aktiviti Islam.

Selain itu, kerajaan juga perlu mematuhi prinsip merobohkan lebih banyak dan mengurangkan bangunan digunakan untuk tujuan keagamaan.

Penyelidik di HRW menganalisis imej satelit untuk meneliti dasar penyatuan masjid di dua buah kampung di Ningxia.

Hasilnya, terdapat pengalihan kubah dan menara dari semua tujuh masjid antara tahun 2019 dan 2021.

Utusan Malaysia

Empat daripada tujuh masjid tersebut diubah suai sepenuhnya, tiga bangunan utama dihancurkan dan tempat wuduk di satu bangunan dirosakkan.

Sementara itu, pensyarah di University of Plymouth, Hannah Theaker yang meniliti topik itu bersama David Stroup, dari University of Manchester berkata, penghapusan tempat wuduk adalah antara satu cara untuk memastikan kemudahan itu tidak digunakan.

Theaker dan Stroup menganggarkan bahawa kira-kira 1,300 masjid di Ningxia dan sepertiga daripada jumlah masjid yang berdaftar sudah ditutup.

Ini tidak termasuk masjid yang ditutup atau dirobohkan kerana statusnya yang tidak rasmi, yang kebanyakannya berlaku sebelum tahun 2020.

HRW tidak dapat menentukan jumlah sebenar masjid yang ditutup atau diubah suai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun laporan kerajaan mencadangkan jumlah itu berkemungkinan ratusan.

Seorang imam di Ningxia yang ditemu ramah oleh Radio Free Asia (RFA) berkata, dasar penyatuan masjid bermakna mana-mana masjid yang terletak dalam jarak 2.5 kilometer antara satu sama lain perlu digabungkan.

“Apabila masjid ditutup, ramai orang muda dan pertengahan umur tidak lagi pergi ke masjid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan, dan generasi akan datang perlahan-lahan akan hilang kepercayaan dan keyakinan dalam Islam…,” kata Imam tersebut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI