Kerajaan Malaysia telah berjaya membuat tempahan vaksin COVID-19 dengan penghantaran pertama bekalan yang dijadualkan tiba pada bulan ini. Dijangkakan seramai 26.5 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat vaksin percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penghantaran pertama vaksin COVID-19 melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech, yang telah menunjukkan kadar keberkesanan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus.
“Kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas Perdana Menteri pada 4 Februari.
“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” tambahnya.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melibatkan tiga fasa untuk diagihkan.
Fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.
Fasa ini amat penting untuk melindungi frontliners negara yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19. Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada bulan April.
Fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
Mereka ialah warga emas dan golongan rentan yang berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut tergolong di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan bermula pada bulan April hingga Ogos 2021.
Bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas.
Pemberian vaksin kepada golongan ini akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.
Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik secara menyeluruh.
Maklumat lanjut mengenai tatacara pendaftaran, lokasi pusat pemberian vaksin serta informasi lain yang berkaitan akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi.
Kerja sebagai penghantar makanan sebenarnya bukanlah semudah disangka. Biasanya kebanyakan rider bertugas demi membantu meringankan bebanan ekonomi keluarga.
Ada kala kita mendengar kisah bagaimana penghantar makanan sering dianiaya oleh pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti rider bernama Anas Mansor ini.
Anas Mansor berkongsi kisah di akaun TikTok miliknya bagaimana pada satu hari pesanan makanan yang wajib dihantarnya telah dibatalkan oleh salah seorang pelanggan dan paparan hari malangnya telah mendapat perhatian netizen.
Menurutnya, pelanggan itu telah memberi salah alamat dalam aplikasi Foodpanda dan dia terpaksa berjemur di bawah panas terik untuk mencari alamat itu yang mana akhirnya pesanan itu telah dibatalkan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Anas Mansor atau Abang Panda, dia berasa kecewa apabila seorang pelanggan sanggup menganiayanya dengan meletakkan alamat yang salah pada pesanan dan tidak muncul langsung sebaik saja dia tiba di lokasi yang dimaksudkan.
Apa yang lebih menyedihkan, nilai pesanan makanan yang dibuat bukan sedikit tetapi melebihi RM100. Anas juga sempat memberikan mesej peringatan buat semua pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.
“Korang yang nak order sampai beratus tu, please letak alamat betul and sentiasa dekat dengan phone. Call tak dapat, chat tak reply. Pin location dekat tengah jalan, tengah hari rembang pulak,” luah Anas dalam TikTok itu.
“Last-last cancel macam tu je order yang beratus tu. Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh disebabkan order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apa,” katanya geram.
Akhirnya Anas terpaksa menyelesaikan sendiri pesanan makanan yang telah dibatalkan itu dengan membayar sendiri dan mengagihkannya sebagai sedekah kepada orang ramai di jalanan yang ditemuinya.
“Rasanya Foodpanda lepas ni elok guna cashless la, lebih selamat. Transfer duit dulu baru dapat makanan. Tak ada duit tak ada makanan,” tulis netizen ini yang mencadangkan supaya syarikat Foodpanda menghentikan cara pembayaran secara tunai.
ENGLAND – Stesen TV negara China, China Global Television Network (CGTN) dilaporkan telah ditarik lesennya oleh pihak kerajaan British. Hal ini berlaku kerana stesen berita berbahasa Inggeris tersebut dikatakan dikendalikan secara langsung oleh Parti Komunis China (PKC).
Pengatur penyiaran UK, Ofcom membuat keputusan tersebut setelah menyimpulkan bahawa lesen yang dimiliki stesen TV tersebut menyalahi undang-undang.
Seorang komuter pagi berjalan di hadapan bangunan China Central Television (CCTV) di Beijing pada 2 Disember 2015. (Damir Sagolj/Reuters)
“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa lesen untuk China Global Television Network dipegang oleh entiti yang tidak memiliki kawalan editorial terhadap programnya,” kata jurucakap Ofcom dalam satu kenyataan.
Ini adalah pelanggaran undang-undang penyiaran UK, yang menetapkan bahawa pemegang lesen penyiaran harus mempunyai kawalan terhadap perkhidmatan berlesen, termasuk pengawasan editorial terhadap program yang mereka siarkan.
Setelah Ofcom mula melakukan penyiasatan pada Februari 2020 lalu, China Global Television Network Corp (CGTNC), sebuah organisasi milik negara China yang menjalankan kawalan umum terhadap perkhidmatan CGTN, memohon untuk memindahkan lesen dari SCML kepada organisasi tersebut.
Namun begitu, Ofcom menolak permohonan itu kerana menganggap bahawa CGTNC “dikendalikan oleh badan yang sepenuhnya dikendalikan oleh Parti Komunis China” dan undang-undang penyiaran UK menyatakan bahawa pemegang lesen tidak boleh dikendalikan oleh badan politik.
Surat menyurat dari CGTN yang diserahkan kepada Ofcom sepanjang proses penyiasatan dilakukan menjelaskan bahawa CGTNC dikendalikan oleh CCTV (China Central Television), yang juga merupakan pemegang saham tunggal CGTNC.
Memandangkan CGTNC dikendalikan oleh CCTV yang merupakan sebahagian dari China Media Group yang dikendalikan oleh Parti Komunis China jadi lesen siaran mereka dibatalkan berdasarkan undang-undang penyiaran UK.
“Setelah mempertimbangkan dengan teliti, dengan mempertimbangkan semua fakta dan hak penyiar dan penonton terhadap kebebasan bersuara, kami telah memutuskan bahawa adalah wajar untuk menarik lesen CGTN untuk bersiaran di UK,” tambah Ofcom lagi.
Pada Julai 2020, Ofcom mendapati CGTN bersalah ke atas pelanggaran peraturan penyiaran Britain yang “serius” kerana menyiarkan pengakuan paksa yang diambil dari warga Britain, Peter Humphrey pada tahun 2013.
“Oleh kerana seriusnya pelanggaran ini, kami memberitahu CGTN bahawa kami akan mempertimbangkan untuk melakukan sekatan,” kata pengawal selia itu. “Keputusan hari ini adalah tidak mempengaruhi oleh prosiding sekatan terhadap CGTN ini, dan kami berharap agar dapat mengambil keputusan dengan segera.”
Menurut NGO hak asasi manusia, Safeguard Defenders, CGTN dan rakan siarannya yang berbahasa Cina, CCTV telah menyiarkan banyak “pengakuan paksa,” yang secara jelasnya telah melanggar peraturan Ofcom mengenai keadilan dan ketepatan maklumat.
Ofcom juga ada memberitahu bahawa mereka sedang menjalankan tiga lagi penyiasatan tertutup dan adil terhadap CGTN.
Salah satu siasatan yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyiarannya mengenai pengakuan paksa dari Simon Cheng, bekas pekerja Konsulat Britain di Hong Kong, yang ditahan selama 15 hari pada bulan Ogos 2019 oleh polis dari Tanah Besar China.
Bagi memahami ekologi hidupan liar, seorang pelukis British bernama Robert E Fuller telah memasang kamera miniatur di beberapa habitat haiwan liar, termasuklah sarang tupai.
Ini membolehkan Robert mendapatkan gambaran jelas mengenai kehidupan haiwan liar selain memberikan idea untuk menghasilkan karya seninya yang berinspirasikan hidupan liar.
Namun terdapat satu insiden lucu membabitkan seekor tupai bersama burung hantu yang berjaya dirakamkan menerusi kamera yang dipasang Robert pada satu lubang di sebuah pokok.
Menurut Robert, dia telah memerhatikan situasi pada lubang berkenaan selama beberapa minggu dan mendapati seekor tupai yang tinggal di dalamnya.
Ia seperti sarangnya. Tupai itu pula akan keluar pada setiap hari untuk mencari makanan. Pada masa yang sama, seekor burung hantu dilihat memasuki lubang tersebut.
Oleh kerana waktu kedua-dua ekor haiwan menggunakan lubang itu tidak sama, maka kedua-dua mereka tidak pernah terserempak di sarang terbabit.
Sehinggalah pada suatu hari apabila sepulangnya si tupai ke sarangnya itu, tupai itu mendapati bahawa terdapat ‘penceroboh’ di dalam sarangnya.
Masuk sahaja tupai itu ke dalam, muncul muka burung hantu di luar lubang tidak lama selepas itu. Burung hantu itu tercegat sahaja seperti tidak berniat mahu meninggalkan tempat itu.
Tatkala burung hantu itu sedang memusingkan badannya ke belakang, secara tiba-tiba tupai berkenaan dilihat menolak tubuh burung hantu itu keluar daripada sarangnya.
Secara ringkasnya, paparan LED menggunakan pelbagai diod pemancar cahaya untuk memaparkan video. Tahap kecerahannya membolehkan ia digunakan di luar rumah dan di bawah sinar matahari.
Selain digunakan untuk memaparkan iklan, panel paparan LED juga sebenarnya boleh digunakan sebagai medium berkesan untuk berkomunikasi ketika memandu kereta.
Bayangkan jika kita boleh meninggalkan mesej buat kenderaan yang dipandu di sekitar kita, mesti berupaya mengurangkan ketegangan bukan?
Oleh itu, projek ‘Road Wayve’ mahu memperkenalkan penggunaan skrin pintar LED yang membolehkan anda meninggalkan mesej untuk dibaca pemandu lain di jalan raya.
Idea itu timbul memandangkan ada sahaja di antara kita yang mengamalkan gaya pemanduan yang tidak dijangka. Sekiranya anda membuat salah, anda boleh meminta maaf pada pemandu lain.
Ataupun anda juga boleh memberi amaran pada kenderaan di belakang bahawa di hadapan terdapat kerja-kerja penyelenggaraan sedang berjalan, kemalangan, jalan rosak dan sebagainya.
Malah ia juga boleh menyedarkan pemandu kenderaan di belakang untuk menutup lampu tinggi kereta masing-masing. Jika tidak, pasti kita sudah mengamuk ketika memandu.
Projek ini direka bagi membolehkan ia dilekatkan pada cermin kereta dan ia boleh dikawal menerusi alat kawalan jauh atau pada telefon bimbit anda. Mudah sahaja.
Pemilik haiwan peliharaan kini dilihat semakin kreatif dalam berkongsi kisah, video mahupun foto haiwan peliharaan masing-masing di laman media sosial.
Maka tidak hairanlah kini bahawa sudah banyak haiwan yang menjadi popular ekoran perkongsian yang dibuat oleh pemilik mereka.
Keletah mereka di media sosial ternyata mampu membawa senyuman pada kita yang mahu berehat seketika daripada dunia nyata.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dari Jepun ada berkongsi video situasi yang melucukan melibatkan kedua-dua ekor kucing yang dipeliharanya.
Menurut perkongsiannya, pengguna terbabit memelihara dua ekor kucing – seekor baka Scottish Fold bernama Milk dan seekor lagi baka American Curl bernama Olive.
Olive muda setahun daripada abangnya, Milk. Sewaktu pertama kali Olive dibawa pulang, Olive bersaiz kecil sahaja.
Namun tidak disangka apabila Olive akhirnya membesar melebihi saiz Milk. Sungguhpun saiz mereka sudah terbalik, hubungan antara mereka masih lagi baik.
Pada suatu hari, pemilik mereka berjaya merakamkan satu video yang menunjukkan situasi lucu apabila kedua-dua Milk dan Olive sedang duduk diam di bilik mandi.
Video berkenaan menunjukkan Milk seakan-akan cendawan kecil yang tumbuh di atas kepala Olive. Anda lihatlah sendiri :
Milk sebenarnya berada di belakang kerana takut mandi manakala Olive pula agak teruja untuk masuk ke dalam tab mandi. Kebetulan sahaja kedudukan mereka menghasilkan perspektif sebegitu.
Pemakaian pelitup muka adalah wajib di Malaysia tatkala wabak pandemik COVID-19 masih lagi berleluasa dalam komuniti.
Namun tidak dapat kita nafikan bahawa dalam pada ia melindungi kita daripada dijangkiti, ia turut membawa kepada kesan buruk kepada kulit, misalnya masalah jerawat.
Keadaan yang disebut sebagai ‘mask acne’ adalah keadaan di mana jerawat timbul ekoran pemakaian pelitup muka. Simptomnya termasuklah kegatalan dan rengsa pada kulit.
Menyedari situasi tersebut berkemungkinan banyak berlaku, maka laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia ada berkongsi langkah untuk menghindarinya.
#1 Kerap cuci wajah anda dengan air suam ataupun pencuci muka
#2 Jangan lupa sapukan pelembap muka pada wajah sebelum dan selepas pemakaian pelitup muka
#3 Oleh kerana anda memakai pelitup muka, elakkan menata rias wajah menggunakan solekan
#4 Pilih dan pakai pelitup muka yang sesuai – tidak terlalu ketat, fabrik dwi-lapisan daripada bahan semula jadi yang lembut dan ‘breathable’ seperti kapas
#5 Sapukan juga krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka
#6 Buka pelitup muka selama 15 minit dalam tempoh setiap 4 jam
#7 Jangan ulang guna pelitup pakai buang. Tukarkan dengan yang baru setiap kali digunakan
#8 Jika menggunakan pelitup muka jenis kain, basuh setiap kali sejurus ia selesai dipakai.
Walaupun pemakaian pelitup muka agak merimaskan namun ianya masih perlu dipakai. Bersabar ya, sama-sama kita memerangi COVID-19!
Kucing berwarna hitam sering kali sinonim dengan nasib malang. Bahkan kepercayaan karut masyarakat di Eropah dan Asia turut membabitkan penglibatan kucing hitam dengan sihir ataupun unsur jahat.
Untuk pengetahuan anda, kucing hitam sebegini adalah baka yang paling banyak terbiar dan jarang diadopsi daripada pusat perlindungan haiwan sebenarnya. Kasihan!
Semua kucing adalah sama dan warnanya sama sekali tidak membawa apa-apa maksud mistik. Dalam senarai kali ini terdapat 13 jenis baka kucing hitam, yang masing-masingnya unik. Antaranya :
Baka jenis ini lazim dibela oleh pencinta kucing. Mereka dikenali dengan mata dan telinga yang besar serta wajah yang sedikit rata. Baka ini sesuai dibela bersama seisi keluarga.
American Wirehair sebenarnya merupakan baka yang berasal daripada mutasi genetik American Shorthair, menjadikan personaliti mereka sangat serupa. Ia sangat dikenali dengan kulit yang berkedut dan misai yang keriting. Ia malah kelihatan seperti kambing biri-biri.
Ragamuffin sememangnya baka yang baik dan penyayang. Mereka akan kerap menghampiri tangan anda untuk minta dibelai. Mereka sebaliknya juga akan memberikan kasih sayang sepenuhnya pada anda.
Bulu kucing ini mempunyai lapisan tebal, lembut. Penjagaannya pula agak mudah kerana mereka bersifat tenang, menjadikannya sangat sesuai dibela.
Kucing baka ini hanya mempunyai satu warna – hitam sahaja. Sering dianggap sebagai harimau kumbang versi mini kerana bulunya yang berkilat dan pendek serta matanya yang berwarna jingga.
Bentuk mukanya pula bulat dan mempunyai personaliti yang berubah – boleh bermain kejar-kejar dengan anda atau bersantai di atas peha anda, mengikut kemahuan mereka.
Secara fizikal, bentuk kucing baka ini kelihatan sama seperti kucing tanpa bulu, Sphynx namun bulunya pula agak sama dengan Cornish Rex.
Mereka agak sosial dan gemar menemani manusia, lebih-lebih lagi ketika anda makan. Mereka juga gemar ‘bercakap’ dan tidak teragak-agak untuk ‘menyuarakan’ pendapatnya.
Baka comel ini kelihatan seperti baka Parsi namun dengan bulu yang lebih pendek yang mudah diurus. Sangat dikenali dengan personaliti yang baik dan penampilan seperti patung beruang, kucing jenis ini gemar bermain. Mereka juga sering memerhatikan persekitaran mereka.
Kucing ini wujud dengan pelbagai warna dan corak namun bulunya agak unik. Sewaktu kecil, kucing ini tidak berbulu namun setelah berusia 4 bulan, bulunya mula tumbuh dalam keadaan yang keriting. Kucing dewasa LaPerm memiliki bulu yang gebu. Mereka agak manja dan penyayang.
Maine Coon berwarna hitam adalah baka yang mudah dikenali – saiz tubuh yang besar, bulu pada ekor yang gebu serta bulu yang tebal dan panjang membantu mereka ketika musim sejuk. Mereka juga merupakan satu-satunya baka yang sukakan air. Selain manja, mereka juga agak pintar.
Bentuk hidung dan muka yang rata, baka ini juga sebenarnya terkenal dengan warna hitam. Mereka agak lemah lembut dan manja, maka tidak hairanlah baka ini berjaya ‘mencairkan’ hati semua.
Bulunya perlu kerap disikat. Mereka tidak begitu suka aktiviti akrobatik ataupun melompat tetapi gemar berjemur di tengah panas.
Baka ini dipercayai berasal dari kawasan bangsal di Scotland dan sangat dikenali dengan keunikan pada telinganya yang terlipat ke bawah, tidak seperti American Curl. Mereka agak pendiam, setia dan santai. Matanya pula besar dengan misai yang keriting membuatkan kita semua geram!
Kucing jenis ini mewarisi sedikit ciri baka Parsi – mata yang besar, hidung yang rata serta muka berbentuk bulat. Bulu mereka yang keriting menjadikan ia kelihatan sangat gebu.
Namun ia boleh jadi sedikit serabai. Bulunya juga tidak boleh disikat selalu. Kucing yang bersahaja dan sangat penyabar, menjadikan ia sesuai untuk dibela bersama keluarga.
Kucing ini ada disebut dalam cerita dongeng Rusia, ia merupakan kucing baka kuno yang mempunyai lapisan bulu yang tebal dan kalis air, membantunya kekal hidup dalam musim sejuk ekstrim di Siberia.
Matanya berbentuk badam manakala bulu pada lehernya sedikit tebal. Bersifat akrobatik dan suka bermain.
Rata-rata penduduk dunia khasnya rakyat Malaysia mahir berbahasa Inggeris. Tidak menjadi satu masalah untuk kita menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Begitu juga jika kita terserempak dengan pelancong asing berkulit putih atau ‘Mat Salleh’. Bahasa Inggeris sahaja yang digunakan untuk berinteraksi dengan mereka bukan?
Itulah yang cuba dilakukan oleh seorang lelaki di dalam satu video tular di Twitter ini, di mana ia menunjukkan interaksi yang tidak disangka-sangka.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kedai kopi di Indonesia. Lelaki berkenaan dilihat menghampiri seorang Mat Salleh yang kebetulan berada di situ.
“The view is nice right. Where are you from bro?”, sapa lelaki tempatan itu pada Mat Salleh yang merupakan pelancong asing daripada luar.
Ikut logik, memanglah kita secara automatiknya akan bertutur menggunakan bahasa antarabangsa dalam situasi sebegini bukan?
Guru bahasa Inggeris terbabit yang sebelum ini mengajar di SK Long Sukang, Lawas, Sarawak mengejutkan semua apabila beliau dikhabarkan bakal berpindah.
Beliau juga pernah meraih pelbagai anugerah sepanjang beliau bergelar pendidik. Berkat usaha dan dedikasinya, Nazmi turut dikenali sebagai guru yang luar biasa.
I sold RM2k worth of action figures to buy farewell gifts utk pelajar Pedalaman saya sebelum pindah & turned out dorang xpernah dapat buku2 nota cantik comel mcm ni,, padahal saya & wife beli kat DIY je pun.. 😍😍😄 look at the smile 😊 pic.twitter.com/32vohoRder
Oleh kerana beliau akan berpindah, maka beliau memutuskan untuk menjual koleksi miniatur karakter yang dikumpulnya selama ini yang bernilai sekitar RM2,000.
Ia dibuat ekoran Nazmi mahu membeli hadiah buat 120 orang muridnya di SK Long Sukang. “Empat tahun mengajar di SK Long Sukang, hati sudah tertambat dengan mereka yang saya anggap seperti anak sendiri”.
“Saya sanggup lakukan apa sahaja, termasuk menjual sebahagian permainan kesayangan untuk membeli hadiah baru buat mereka”, kata Nazmi.
Mengakui keputusan itu agak sukar buatnya memandangkan kebanyakan item koleksinya itu sukar dicari namun ia tidak dapat menandingi nilai kasih sayang pada anak murid.