28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaBerita UtamaStesen TV milik China, CGTN diharamkan bersiaran di UK selepas lesen penyiaran...

Stesen TV milik China, CGTN diharamkan bersiaran di UK selepas lesen penyiaran ditarik semula

ENGLAND – Stesen TV negara China, China Global Television Network (CGTN) dilaporkan telah ditarik lesennya oleh pihak kerajaan British. Hal ini berlaku kerana stesen berita berbahasa Inggeris tersebut dikatakan dikendalikan secara langsung oleh Parti Komunis China (PKC).

Pengatur penyiaran UK, Ofcom membuat keputusan tersebut setelah menyimpulkan bahawa lesen yang dimiliki stesen TV tersebut menyalahi undang-undang.

Seorang komuter pagi berjalan di hadapan bangunan China Central Television (CCTV) di Beijing pada 2 Disember 2015. (Damir Sagolj/Reuters)

“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa lesen untuk China Global Television Network dipegang oleh entiti yang tidak memiliki kawalan editorial terhadap programnya,” kata jurucakap Ofcom dalam satu kenyataan.

Ini adalah pelanggaran undang-undang penyiaran UK, yang menetapkan bahawa pemegang lesen penyiaran harus mempunyai kawalan terhadap perkhidmatan berlesen, termasuk pengawasan editorial terhadap program yang mereka siarkan.

Setelah Ofcom mula melakukan penyiasatan pada Februari 2020 lalu, China Global Television Network Corp (CGTNC), sebuah organisasi milik negara China yang menjalankan kawalan umum terhadap perkhidmatan CGTN, memohon untuk memindahkan lesen dari SCML kepada organisasi tersebut.

Namun begitu, Ofcom menolak permohonan itu kerana menganggap bahawa CGTNC “dikendalikan oleh badan yang sepenuhnya dikendalikan oleh Parti Komunis China” dan undang-undang penyiaran UK menyatakan bahawa pemegang lesen tidak boleh dikendalikan oleh badan politik.

Surat menyurat dari CGTN yang diserahkan kepada Ofcom sepanjang proses penyiasatan dilakukan menjelaskan bahawa CGTNC dikendalikan oleh CCTV (China Central Television), yang juga merupakan pemegang saham tunggal CGTNC.

Memandangkan CGTNC dikendalikan oleh CCTV yang merupakan sebahagian dari China Media Group yang dikendalikan oleh Parti Komunis China jadi lesen siaran mereka dibatalkan berdasarkan undang-undang penyiaran UK.

“Setelah mempertimbangkan dengan teliti, dengan mempertimbangkan semua fakta dan hak penyiar dan penonton terhadap kebebasan bersuara, kami telah memutuskan bahawa adalah wajar untuk menarik lesen CGTN untuk bersiaran di UK,” tambah Ofcom lagi.

Pada Julai 2020, Ofcom mendapati CGTN bersalah ke atas pelanggaran peraturan penyiaran Britain yang “serius” kerana menyiarkan pengakuan paksa yang diambil dari warga Britain, Peter Humphrey pada tahun 2013.

“Oleh kerana seriusnya pelanggaran ini, kami memberitahu CGTN bahawa kami akan mempertimbangkan untuk melakukan sekatan,” kata pengawal selia itu. “Keputusan hari ini adalah tidak mempengaruhi oleh prosiding sekatan terhadap CGTN ini, dan kami berharap agar dapat mengambil keputusan dengan segera.”

Menurut NGO hak asasi manusia, Safeguard Defenders, CGTN dan rakan siarannya yang berbahasa Cina, CCTV telah menyiarkan banyak “pengakuan paksa,” yang secara jelasnya telah melanggar peraturan Ofcom mengenai keadilan dan ketepatan maklumat.

Ofcom juga ada memberitahu bahawa mereka sedang menjalankan tiga lagi penyiasatan tertutup dan adil terhadap CGTN.

Salah satu siasatan yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyiarannya mengenai pengakuan paksa dari Simon Cheng, bekas pekerja Konsulat Britain di Hong Kong, yang ditahan selama 15 hari pada bulan Ogos 2019 oleh polis dari Tanah Besar China.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI