28 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 14, 2025
Utama Blog Laman 357

Tiga pemain badminton paralimpik negara ungguli Dubai Para-Badminton International

0

Tiga pemain badminton Paralimpik tanah air mengharumkan nama Malaysia setelah mengungguli tiga gelaran di Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Fazza-Dubai di Emeriah Arab Bersatu (UAE), 4 April lalu.

Pemain Nombor 2 Dunia, Cheah Liek Hou telah menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi (14-21, 22-20, 21-18) dalam perlawanan yang berlangsung lebih satu jam untuk acara SU5 (Berdiri/ kemerosotan anggota badan atas).

@TeamMsia/Twitter

“Sasaran saya adalah untuk mengalahkan Dheva dan Suryo Nugroho di Dubai dan saya sangat gembira kerana berjaya mencapai keduanya”, kata Cheah.

Tambahnya, ia adalah kemenangan yang penting menjelang sukan Paralimpik di Tokyo kelak.

Sementara itu, Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan turut membawa pulang pingat dalam kategori yang berasingan.

@TeamMsia/Twitter

Ikhwan telah menewaskan David Toupe, pemain dari Perancis (23-21,21-13) dalam kategori WH2 perseorangan lelaki (kerusi roda).

Manakala Noor Azwan pula menumpaskan pemain Nombor 10 Dunia, Rick Cornell Hellman (18-21,21-18 dan 21-12) untuk kategori yang sama dalam perlawanan selama sejam tujuh minit.

@reezal_merican/Twitter

Malah semasa di peringkat kumpulan, Azwan juga menguasai permainan dan mengalahkan pemain Nombor 15 Dunia, Thomas Jacobs dari Perancis,

Dubai Para-Badminton International adalah salah satu daripada tiga kejohanan utama menjelang Paralimpik Tokyo, yang dijadualkan pada Ogos kelak.

Selebihnya adalah Sukan Para-Badminton Sepanyol dan Ireland, yang akan diadakan pada 10 hingga 16 Mei dan 21 hingga 27 Jun.

Polis hulur bantuan pada keluarga suspek curi beras, susu di kedai makan

0

Baru-baru ini, tular di laman sosial akan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki memecah masuk sebuah kedai makan di Kota Tinggi, Johor.

Laporan mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 3 April lalu, sekitar jam 4:15 pagi, di mana suspek didapati mengambil sekampit beras dan susu.

Suspek yang difahamkan menjalankan kegiatan ini secara bersendirian, kini sudah ditahan di bawah Seksyen 475 Kanun Keseksaan.

Penangkapan itu dibuat di rumah suspek setelah pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang ramai.

Hasil ujian juga mendapati bahawa suspek turut positif heroin dan mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuklah tiga kes melibatkan dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu adalah lelaki warga Indonesia.

Namun kini menjadi penduduk tetap Malaysia setelah berkahwin dengan wanita tempatan.

“Susulan itu, polis merampas sekampit beras 10 kilogram dan motosikal Yamaha LC 135 yang didaftarkan atas nama isteri suspek”, ujarnya.

Suspek difahamkan mempunyai anak kecil berusia 6 bulan hingga 10 tahun dan memberikan alasan mencuri kerana menanggung hidup keluarganya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Balai Kota Tinggi, Inspektor Wan Nasrul Fariq Wan Ismail ada melawat keluarga tersebut di rumahnya untuk memberikan sedikit bantuan.

Beliau juga mendapati keluarga tersebut hidup dalam keadaan susah ekoran hanya bergantung pada pendapatan isteri yang hanya ‘makan’ gaji harian sebanyak RM30 sehari.

Isteri suspek yang menangis sebak dengan bantuan itu juga difahamkan tidak mengetahui bahawa suaminya mencuri daripada kedai makan tersebut.

“Kita harap orang ramai agar jangan ambil jalan mudah walau apa pun masalah yang kita hadapi. Setiap tindakan yang kita ambil akan ada kesannya”, katanya.

Lelaki bertopi keledar bersahaja masuk kedai lalu rompak gelang pelanggan di kaunter

0

Seorang lelaki yang didapati merompak seorang wanita di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini difahamkan berjaya meloloskan dirinya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Rinching Hilir, Bangi apabila mangsa ketika itu sedang berada di kaunter.

Suspek yang memakai topi keledar dilihat memasuki kedai dan seperti mahu membeli sesuatu. Namun, suspek kemudian hilang daripada kamera.

Suspek itu kemudiannya datang semula ke kaunter dan secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu memegang dan cuba mengambil objek pada mangsa.

Mangsa dilihat bergelut seketika dengan suspek hingga akhirnya suspek berjaya mengambil barang milik mangsa.

Selepas itu, suspek melarikan diri menaiki motosikalnya yang dikenalpasti jenis Yamaha LC135 hitam dengan rim warna kuning.

Rakaman CCTV turut berjaya merakamkan nombor pendaftaran motosikal suspek iaitu, BPU 2735. Menurut laporan, mangsa yang berusia 22 tahun kehilangan gelang tangannya.

Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai suspek, diminta untuk segera menghubungi ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

Ekoran kejadian sebegini, kita dinasihati agar sentiasa berwaspada di mana-mana sahaja kita berada.

Tonton video di sini.

Bosan dengan meja sudut ‘simple’? Ini cara mudah tukarkannya jadi lebih elegan

0

Menata rias rumah ternyata memberikan semangat buat ramai individu di luar sana. Mana tidaknya, siapa yang tidak mahu kediaman kelihatan cantik bukan?

Tetapi mungkin faktor kos menjadi halangan utama. Kali ini, kami akan kongsikan kepada ada cara mudah untuk mengindahkan lagi meja sudut yang asalnya ‘simple’ kepada yang lebih cantik.

Perkongsian ini sebenarnya dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, @aimanariffAAK yang berkongsi idea DIY ini.

Meja sudut asal dari IKEA ini hanyalah RM39 seunit dan anda memerlukan peralatan lain yang boleh dibeli, antaranya :

  • Papan ‘mounting’ hitam
  • Pisau pemotong
  • Gam panas
  • Anyaman rotan

Jangan risau kerana anyaman rotan itu anda boleh sahaja dapatkannya di Shopee mengikut saiz yang anda mahukan.

Cara-caranya :

#1 Ukur sisi meja yang berlubang hingga anda dapat memasukkan papan ‘mounting’. Ia hanya untuk 3 sisi sahaja ya. Baki 1 sisi perlu kekal terbuka.

#2 Potong anyaman rotan mengikut ukuran tadi dan tampalkannya pada papan ‘mounting’ kemudian masukkan sahaja pada sisi meja terbabit.

Mudah sangat! Jika anda bimbang papan tadi tercabut, anda boleh tampalkan ia pada sisi meja menggunakan gam panas.

Berikut video lengkap Aiman untuk memudahkan anda :

Trafik sesak gara-gara 2 lelaki mabuk, lena tidur dalam kereta depan lampu isyarat

0

Jika mengantuk ketika memandu, kita sememangnya dinasihati untuk berehat dahulu dan tidur seketika untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Namun lain pula yang berlaku dengan dua orang lelaki yang didapati mabuk dan tidur di dalam kereta di hadapan sebuah lampu isyarat.

Gara-gara mereka ketiduran di lokasi terbabit, ia mengakibatkan jalan raya sedikit sesak dan terganggu.

Nenyak betul tidur, dikejutkan pun masih tidak sedarkan diri. Lihatlah video mereka di bawah :

Salah seorang daripada mereka didapati tidak berbaju manakala seorang lagi memakai jersi Liverpool dengan kedua kakinya keluar di tingkap kereta.

Lokasi kejadian tersebut walau bagaimanapun tidak diketahui. Walaupun dengan keadaan jalan raya yang sesak dan bunyi hon daripada pengguna lain, mereka masih lena dibuai mimpi.

Insiden tersebut banyak mengundang komen daripada pengguna. Ada yang berasakan lebih baik begini daripada memandu dalam keadaan yang mabuk.

Apa pun, memandu dalam keadaan yang mabuk tidak seharusnya dilakukan kerana ia bukan sahaja merisikokan nyawa diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.

Bahkan kemalangan disebabkan oleh pemandu mabuk adalah salah satu punca terbesar yang menyumbang kepada jumlah kemalangan di Malaysia.

Perunding WHO: Banyak bukti menunjukkan bahawa virus COVID-19 berasal dari makmal

0

Penasihat Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Jamie Metzl mendedahkan bahawa berdasarkan banyak bukti yang dipercayai, virus PKC (COVID-19) ‘berkemungkinan besar’ berasal dari Institut Virologi Wuhan.

Ini tidak diragukan lagi dengan laporan yang dikeluarkan oleh WHO. Menurut laporan pengesanan dan asal-usul virus COVID-19 yang secara rasmi diumumkan pada 30 Mac 2021, dipercayai bahawa virus PKC ‘kemungkinan besar’ adalah melalui hos perantaraan, ‘berkemungkinan lebih cenderung’ disebar terus kepada manusia, dan ‘mungkin’ melalui rantaian makanan. ‘Amat tidak mungkin’ dipindahkan daripada manusia ke manusia melalui makmal.

Dalam satu temu bual bersama Sky News Australia pada 4 April, Jamie Metzl mendedahkan laporan WHO bukanlah kesimpulan yang dibuat oleh WHO sendiri setelah siasatan yang dijalankan secara berasingan, tetapi oleh ‘Jawatankuasa Penasihat Bebas’ dan ‘rakan sejawatan dari China’. 

Ibu Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva (Fabrice Coffrini / Gambar AFP)

Kata Metzl siasatan ini ‘tidak memiliki kemampuan untuk mengkaji semua hipotesis’ dan oleh itu tidak boleh dianggap sebagai kajian yang berwibawa buat masa ini. “Teras dari permasalahan ini adalah setiap hipotesis mengenai asal usul pandemik memerlukan siasatan yang menyeluruh,” jelasnya.

“Pada pendapat saya, hasil penyiasatan keseluruhan pasukan gabungan tidak boleh dipercayai atau tidak sah, kerana mereka memeriksa beberapa hipotesis tetapi tidak (memeriksa) beberapa yang lain, dan kemudian dengan cepat menilai kemungkinan berlakunya hipotesis yang berbeza,” kata Metzl.

Metzl juga berkata bukti tidak langsung yang menyokong teori kebocoran virus dari makmal adalah ‘luar biasa’. “Wuhan merupakan satu-satunya institut penyelidikan virologi dengan kemudahan makmal tahap 4 di China dan mempunyai koleksi sampel kajian koronavirus daripada kelawar yang terbesar di dunia,” katanya.

“Saya tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa virus itu berasal dari kebocoran makmal, tetapi bukti tidak langsung terlalu banyak untuk dihitung,” tambah Metzl.

Katanya, sejak hari pertama wabak itu menular, “China (PKC) memulakan operasi berskala besar secara rahsia, termasuk pemusnahan bukti, yang merangkumi pemusnahan sampel, pangkalan data tersembunyi dan rekod lain, juga memenjarakan wartawan”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara rasmi mengumumkan laporan asal-usul COVID-19. Amerika Syarikat bersama 14 negara lain mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan bantahan dan keraguan yang kuat. Kebanyakan media arus perdana Barat mempersoalkan bahawa laporan WHO berada dibawah pengaruh PKC.

Bekas pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Robert R. Redfield berkata dalam satu wawancara bersama CNN, “Pendapat saya adalah penyebab penyakit ini yang paling mungkin berasal dan bermula di Wuhan adalah virus telah bocor dari makmal. Ini adalah sains. Yang akhirnya akan menjelaskan isu ini.”

Dua pemandu saling membantu pak cik tua yang sedang menghadapi kesukaran melintas jalan dengan selamat

0

Bagi seorang warga tua yang menghadapi masalah pergerakan, rutin seharian seperti berjalan yang normal adalah sangat sukar, tambahan pula ketika pak cik atau mak cik yang agak tua hendak melintas jalan raya sibuk dengan kenderaan, ia mungkin boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan atau menakutkan pada pandangan orang lain.

Dalam satu rakaman video, seorang pak cik tua dilihat sedang berjuang dengan ketahanan dirinya ketika mahu menyeberang jalan di sebuah lokasi di Singapura.

Paparan Skrin/ YouTube

Syukurlah, kebetulan seorang pemandu lori yang bimbang dan baik hati telah segera memberhentikan lorinya demi membantu warga emas ini melintas jalan.

Manakala seorang pemandu lain di belakang lori juga membantu pemuda yang memandu lori itu menyekat pergerakan lalu lintas bagi membolehkan pak cik tua itu dapat melintas jalan dengan selamat.

Pemandu lori itu dikatakan telah membantu pak cik tua ini melintas jalan dengan selamat di Changi.

Paparan Skrin / YouTube

Kelihatan dalam video dashcam pemandu yang satu lagi, pak cik itu sedang terkial-kial memerhatikan laluan trafik yang agak deras dan berbahaya dengan keadaan fizikalnya yang lemah, namun dirinya sedaya upaya mahu melintasi jalan itu dengan pergerakannya yang perlahan.

Lampu isyarat telah bertukar hijau pada waktu itu dan kenderaan bergerak melepasi pak cik itu dalam keadaan yang agak membahayakan.

Namun tidak lama kemudian, pemandu lori putih tiba-tiba memberhentikan kenderaannya supaya pak cik tua itu dapat melintas jalan secara selamat dengan bantuannya.

Paparan Skrin / YouTube

Pemandu itu kemudian turun dari lorinya dan menunjukkan isyarat meminta maaf kepada pemandu di belakang, demi untuk membantu pak cik tua yang kelihatan sangat lemah ketika berjalan. 

Ketika menghampiri pak cik tua itu, dia menghulurkan tangannya untuk memimpin dan membawanya menyeberang jalan dengan selamat.

Pak cik tua itu dengan senang hati menerima bantuan pemuda berhati mulia ini yang mana akhirnya dia dengan selamat dapat melintasi jalan raya yang sibuk.

Paparan Skrin / YouTube

Turut menerima pujian ialah pemandu kereta dengan rakaman dashcamnya ini kerana telah membantu menyekat lalu lintas yang bakal datang.

Ketika pemandu lori sedang membantu pak cik, pemandu kereta itu menyedari masih terdapat kenderaan lain sedang datang menghampiri dari belakang yang mungkin tidak menyedari kedua-dua orang ini sedang melintas jalan.

Menyedari hal ini, dengan pantas dia memindahkan keretanya ke lorong sebelah kiri untuk menyekat sebuah teksi yang sedang melalui laluan itu dari belakang.

Paparan Skrin / YouTube

Dia kemudian tetap berada di kedudukan itu sehingga pak cik selesai melintas jalan.

Sebelum kembali semula ke lori dan meneruskan perjalanannya, pemandu lori prihatin yang baik hati ini mengangkat tangannya sekali lagi, seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada pemandu kenderaan di belakangnya atas kesabaran mereka membantunya untuk melintaskan pak cik tua itu.

Paparan Skrin / YouTube

Syabas kepada pemandu lori dan kereta berkenaan kerana kebaikan hati serta menunjukkan sikap berhemah mereka ketika berada di jalan raya, segera bertindak dengan baik menurut situasi. 

Mereka sudah tentu menunjukkan contoh yang baik kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa tindakan kecil seperti ini sesungguhnya banyak membantu individu yang memerlukan, terutama buat golongan warga emas atau golongan kurang upaya yang lain.

Tonton video di bawah:

Major League Baseball memboikot Georgia sehari selepas melanjutkan kontrak dengan syarikat telekomunikasi China

0

Major League Baseball (MLB) telah melanjut dan memperluaskan kontrak dengan syarikat telekomunikasi China sejurus sebelum memboikot negeri Georgia ekoran perselisihan liga itu dengan reformasi pilihan raya yang dipinda baru-baru ini oleh gabenor dan badan perundangan yang dipilih secara demokratik oleh negeri berkenaan.

Media China melaporkan pada 1 April bahawa MLB akan terus disiarkan di platform ‘streaming’ yang dikendalikan oleh syarikat teknologi gergasi China, Tencent, yang mempunyai hubungan signifikan dengan Parti Komunis China (PKC). Tencent adalah antara syarikat China yang menghentikan perlawanan NBA buat sementara waktu sebagai salah satu bentuk penapisan setelah bekas pengurus besar Houston Rockets, Daryl Morey menyatakan sokongan dalam protes pro-demokrasi di Hong Kong.

Pada 2 April, sehari setelah pengumuman perjanjian dengan syarikat China, MLB memindahkan perlawanan All-Star tahunannya keluar dari Atlanta, Georgia, sebagai tindak balas dan membantah pelan reformasi pilihan raya yang ditandatangani oleh Gabenor Georgia, Brian Kemp pada bulan lalu. Pesuruhjaya MLB Robert Manfred dalam satu kenyataan mengatakan bahawa tindakan itu akan ‘menunjukkan nilai kita dalam sukan’.

Krew padang sedang bersedia di Stadium Sun Trust Park dalam perlawanan besbol MLB National League Division Series antara Atlanta Braves dan Los Angeles Dodgers pada 7 Oktober 2018 di Atlanta, Georgia (John Amis/Gambar AP)

Liga itu tidak memberi jawapan atas permintaan menerusi e-mel untuk mengesahkan perincian perjanjian dengan China dan pertanyaan tentang bagaimana meneruskan perniagaan dengan China menunjukkan nilainya memandangkan pengiktirafan Amerika Syarikat baru-baru ini yang mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh PKC terhadap etnik Muslim Uyghur. PKC bertanggungjawab ke atas kira-kira 100 juta kematian tidak wajar sejak kerajaan komunis itu berkuasa di China bermula tahun 1949.

Senator Marco Rubio (R-Fla.) membangkitkan secara kebetulan masa perjanjian MLB dengan syarikat China dan pemboikotan Georgia, dalam Twitternya bahawa liga itu telah memberikan tekanan, menggerakkan rancangan dan perlawanan All-Star ‘pada minggu yang sama mereka mengumumkan perjanjian dengan syarikat yang disokong oleh Parti Komunis China yang mengamalkan genosid’.

“Mengapa kita masih mendengar kata hipokrit korporat ini mengenai cukai, peraturan dan antitrust?” Rubio menulis di Twitter.

MLB menikmati pengecualian di bawah undang-undang antitrust atau antimonopoli persekutuan.

Ahli Perwakilan Jeff Duncan (R-S.C.) pada 2 April mengarahkan kakitangannya untuk merangka rang undang-undang yang akan menghapuskan pengecualian berkenaan sebagai tindak balas terhadap pemboikotan Georgia.

“Majoriti rakyat Amerika menyokong pengesahan kad pengenalan untuk mengundi, dan mana-mana organisasi yang menyalahgunakan kuasanya untuk menentang pilihan raya selamat dan terjamin harus diteliti dengan lebih mendalam di bawah undang-undang,” tulis Duncan di Twitter.

Gabenor Brian Kemp yang mewakili Republikan, menandatangani pakej pembaharuan pilihan raya menjadi undang-undang pada bulan lalu yang melanjutkan waktu pengundian dan akses kepada pengundian awal. Undang-undang baru itu juga mewajibkan pengundi yang tidak hadir menyertakan salinan kad pengenalan mereka bersama kertas undi, sesuatu yang telah diwajibkan oleh negeri untuk pengundi secara langsung.

Pembaharuan pilihan raya telah menjadi sasaran kritikan sayap kiri, termasuk tuntutan palsu oleh Presiden Joe Biden mengenai undang-undang yang mewajibkan pengundian ditutup pada jam 5 petang. Rang undang-undang tersebut sebenarnya telah melanjutkan waktu pengundian bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Jangan main-main kalau mereka naik angin,” Kerjasama berpasukan padu dua ekor ayam ini menundukkan seekor kucing yang mahu membuli

0

Mari kita bercakap mengenai kerjasama berpasukan yang sebenar di sini!

Ketika seekor kucing memutuskan yang dia mahukan ayam untuk makan malam atau sekadar mahu menyakat ayam-ayam dari ladang ternakan, maka dia telah memperlekehkan keupayaan mangsanya. Sangka kucing ini, semua ayam itu adalah pengecut!

ViralHog

Tanpa menyangka mangsa pertamanya dalam kalangan kumpulan ayam-ayam betina itu akan bergabung untuk memberi peringatan segera kepadanya di masa hadapan supaya jangan sesekali membuli si ayam betina kerana mereka akan lebih garang daripada ayam jantan!

Dalam video perkongsian ViralHog, ayam betina di ladang ternakan dari St. Petersburg, Rusia ini membuktikan bahawa akan terdapat kekuatan sebenar apabila sekumpulan ayam bergabung.

ViralHog

Klip video ini pendek sahaja dalam beberapa saat, menunjukkan beberapa ekor ayam sedang bersantai mengais cacing di ladang, dan mereka tidak berminat pun dengan seekor kucing yang sedang memerhatikan mereka dengan niat jahatnya.

ViralHog

Tiba-tiba, kucing itu memutuskan bahawa dia layak untuk menyakat kumpulan ayam betina itu atau sekurang-kurangnya dapat merasa peha segar daripada salah seekor ayam untuk makan malam dengan cuba menumbangkan salah satu ayam betina yang berada berdekatan.

ViralHog

Nampaknya kucing ini tersalah pilih ayam betina dan dia berfikir sangat mudah, maka dengan mudah juga seekor ayam betina lain yang berada berhampiran menyelamatkan ayam ini dalam masa lima saat. 

ViralHog

Tiga ayam betina yang lain telah hilang dan berlari bertempiaran kecut perut kerana kucing itu mengalihkan tenaga untuk menundukkan ayam betina kedua yang lebih garang. 

ViralHog

Tetapi oleh kerana kerjasama berpasukan yang sangat baik, ayam yang telah berjaya diselamatkan tadi datang kembali untuk membalas budi rakannya dan kedua-duanya berpadu tenaga untuk menyerang dan menundukkan si kucing nakal ini dengan jayanya.

ViralHog

Mereka seperti naik angin dan bertekad untuk menghalau kucing itu pergi dan jangan cuba untuk mencabar kedua-dua ayam betina ini sekali lagi. 

Akan terima padahlah jawabnya jika anda melihat kerjasama padu ini bergabung sekali lagi!

ViralHog

Kedua ayam betina ini mahu membuktikan kuasa wanita mungkin! Jangan memandang rendah kekuatan mereka dan kucing ini tidak akan dapat membuli ayam dengan apa sahaja niatnya itu.

ViralHog

Kasihan pula melihat si pembuli kena buli dengan mangsa yang hendak dibuli. Pergi jauh-jauh sahaja sudah. Jangan kacau mereka…

Satu dalam sejuta. Wanita berani tangkap tikus hanya berlapikkan kain buat netizen kagum

0

Tikus adalah vektor yang sering menjadi pembawa banyak jenis penyakit yang bakal memberi kesan kepada hidupan lain khususnya manusia.

Oleh itu, atas faktor kesihatan dan kebersihan, kita perlulah bersama-sama mengawal pembiakan haiwan ini di mana-mana sahaja.

Foto hiasan/Pixabay

Seperti apa yang berlaku menerusi satu video yang mendapat perhatian pengguna di Twitter :

Pergerakan tikus yang agak laju membuatkan ramai di antara kita terutamanya golongan wanita berasa tidak berani untuk mengambil dan membuangnya.

@anthraxxxx/Twitter

Namun ia tidak berlaku pada wanita hebat ini, di mana dia dengan santainya menunggu tikus yang dihalau oleh rakannya bergerak menghampirinya pada dinding.

@anthraxxxx/Twitter

Dengan sekali pergerakan, wanita itu berjaya menangkap tikus tersebut dengan hanya menggunakan kain sahaja. Tiada perangkap mahupun alatan khas lain. Hebat bukan?

Tindakannya yang berani itu ternyata mengundang pujian ramai, antaranya :

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

Menurut wira yang berani itu, tikus tersebut diam sahaja tatkala digenggam. Barangkali sedang merenung nasibnya selepas itu.

“Berkaca pula saya tengok matanya. Pandai betul dia (tikus) buat muka kasihan”, ujarnya. Wanita itu turut berterima kasih kepada kucingnya.

Ini kerana kucingnya kerap membawa pulang bangkai tikus membuatkan dia berasa lali dan tidak takut akan haiwan berkenaan.