26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGlobalMajor League Baseball memboikot Georgia sehari selepas melanjutkan kontrak dengan syarikat telekomunikasi...

Major League Baseball memboikot Georgia sehari selepas melanjutkan kontrak dengan syarikat telekomunikasi China

Major League Baseball (MLB) telah melanjut dan memperluaskan kontrak dengan syarikat telekomunikasi China sejurus sebelum memboikot negeri Georgia ekoran perselisihan liga itu dengan reformasi pilihan raya yang dipinda baru-baru ini oleh gabenor dan badan perundangan yang dipilih secara demokratik oleh negeri berkenaan.

Media China melaporkan pada 1 April bahawa MLB akan terus disiarkan di platform ‘streaming’ yang dikendalikan oleh syarikat teknologi gergasi China, Tencent, yang mempunyai hubungan signifikan dengan Parti Komunis China (PKC). Tencent adalah antara syarikat China yang menghentikan perlawanan NBA buat sementara waktu sebagai salah satu bentuk penapisan setelah bekas pengurus besar Houston Rockets, Daryl Morey menyatakan sokongan dalam protes pro-demokrasi di Hong Kong.

Pada 2 April, sehari setelah pengumuman perjanjian dengan syarikat China, MLB memindahkan perlawanan All-Star tahunannya keluar dari Atlanta, Georgia, sebagai tindak balas dan membantah pelan reformasi pilihan raya yang ditandatangani oleh Gabenor Georgia, Brian Kemp pada bulan lalu. Pesuruhjaya MLB Robert Manfred dalam satu kenyataan mengatakan bahawa tindakan itu akan ‘menunjukkan nilai kita dalam sukan’.

Krew padang sedang bersedia di Stadium Sun Trust Park dalam perlawanan besbol MLB National League Division Series antara Atlanta Braves dan Los Angeles Dodgers pada 7 Oktober 2018 di Atlanta, Georgia (John Amis/Gambar AP)

Liga itu tidak memberi jawapan atas permintaan menerusi e-mel untuk mengesahkan perincian perjanjian dengan China dan pertanyaan tentang bagaimana meneruskan perniagaan dengan China menunjukkan nilainya memandangkan pengiktirafan Amerika Syarikat baru-baru ini yang mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh PKC terhadap etnik Muslim Uyghur. PKC bertanggungjawab ke atas kira-kira 100 juta kematian tidak wajar sejak kerajaan komunis itu berkuasa di China bermula tahun 1949.

Senator Marco Rubio (R-Fla.) membangkitkan secara kebetulan masa perjanjian MLB dengan syarikat China dan pemboikotan Georgia, dalam Twitternya bahawa liga itu telah memberikan tekanan, menggerakkan rancangan dan perlawanan All-Star ‘pada minggu yang sama mereka mengumumkan perjanjian dengan syarikat yang disokong oleh Parti Komunis China yang mengamalkan genosid’.

“Mengapa kita masih mendengar kata hipokrit korporat ini mengenai cukai, peraturan dan antitrust?” Rubio menulis di Twitter.

MLB menikmati pengecualian di bawah undang-undang antitrust atau antimonopoli persekutuan.

Ahli Perwakilan Jeff Duncan (R-S.C.) pada 2 April mengarahkan kakitangannya untuk merangka rang undang-undang yang akan menghapuskan pengecualian berkenaan sebagai tindak balas terhadap pemboikotan Georgia.

“Majoriti rakyat Amerika menyokong pengesahan kad pengenalan untuk mengundi, dan mana-mana organisasi yang menyalahgunakan kuasanya untuk menentang pilihan raya selamat dan terjamin harus diteliti dengan lebih mendalam di bawah undang-undang,” tulis Duncan di Twitter.

Gabenor Brian Kemp yang mewakili Republikan, menandatangani pakej pembaharuan pilihan raya menjadi undang-undang pada bulan lalu yang melanjutkan waktu pengundian dan akses kepada pengundian awal. Undang-undang baru itu juga mewajibkan pengundi yang tidak hadir menyertakan salinan kad pengenalan mereka bersama kertas undi, sesuatu yang telah diwajibkan oleh negeri untuk pengundi secara langsung.

Pembaharuan pilihan raya telah menjadi sasaran kritikan sayap kiri, termasuk tuntutan palsu oleh Presiden Joe Biden mengenai undang-undang yang mewajibkan pengundian ditutup pada jam 5 petang. Rang undang-undang tersebut sebenarnya telah melanjutkan waktu pengundian bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI