Tiga pemain badminton Paralimpik tanah air mengharumkan nama Malaysia setelah mengungguli tiga gelaran di Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Fazza-Dubai di Emeriah Arab Bersatu (UAE), 4 April lalu.
Pemain Nombor 2 Dunia, Cheah Liek Hou telah menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi (14-21, 22-20, 21-18) dalam perlawanan yang berlangsung lebih satu jam untuk acara SU5 (Berdiri/ kemerosotan anggota badan atas).
Fazza-Dubai Para Badminton | Final MS SU5
— Team Malaysia (@TeamMsia) April 4, 2021
Anrimusthi 🇮🇩
21-14 | 20-22 | 18-21
Cheah Liek Hou 🇲🇾
Bila dua pemain top #ParaBadminton turun berlawan game memang best. Kejar mengejar mata. Tapi tadi Liek Hou punya performance luar biasa, bangkit untuk jadi juara! #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/Rb3z157Lws
@TeamMsia/Twitter
“Sasaran saya adalah untuk mengalahkan Dheva dan Suryo Nugroho di Dubai dan saya sangat gembira kerana berjaya mencapai keduanya”, kata Cheah.
Tambahnya, ia adalah kemenangan yang penting menjelang sukan Paralimpik di Tokyo kelak.
Sementara itu, Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan turut membawa pulang pingat dalam kategori yang berasingan.
Ikhwan Ramli berjaya raih pingat Perak 🥈 Para #KL2017 slps tewas kpd wakil #THA 🇹🇭 dlm acara Badminton, Men’s Singles WH1. #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/AWGmCm087G
— Team Malaysia (@TeamMsia) September 22, 2017
@TeamMsia/Twitter
Ikhwan telah menewaskan David Toupe, pemain dari Perancis (23-21,21-13) dalam kategori WH2 perseorangan lelaki (kerusi roda).
Manakala Noor Azwan pula menumpaskan pemain Nombor 10 Dunia, Rick Cornell Hellman (18-21,21-18 dan 21-12) untuk kategori yang sama dalam perlawanan selama sejam tujuh minit.
Malah semasa di peringkat kumpulan, Azwan juga menguasai permainan dan mengalahkan pemain Nombor 15 Dunia, Thomas Jacobs dari Perancis,
Dubai Para-Badminton International adalah salah satu daripada tiga kejohanan utama menjelang Paralimpik Tokyo, yang dijadualkan pada Ogos kelak.
Selebihnya adalah Sukan Para-Badminton Sepanyol dan Ireland, yang akan diadakan pada 10 hingga 16 Mei dan 21 hingga 27 Jun.