25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
Utama Blog Laman 355

Lebihan makanan dimasak hanya boleh disimpan di peti sejuk dalam masa 4 hari sahaja, dalam ruangan sejuk beku sehingga 3 bulan

0

Kita biasa menyimpan lebihan makanan sudah dimasak yang tidak habis dimakan di dalam peti sejuk. Ini demi mengelakkan pembaziran kerana jika ia dimasak dengan elok, makanan itu masih boleh dipanaskan dan dimakan semula. 

Namun mungkin ramai yang tidak menyedari bahaya menyimpan lebihan makanan yang telah dimasak untuk tempoh yang terlalu lama.

Public Health Malaysia berkongsi di Facebook dengan menyarankan lebihan makanan yang sudah dimasak hanya boleh disimpan di peti sejuk dalam tempoh 4 hari sahaja.

Facebook

Ini kerana makanan tersebut akan mula rosak jika disimpan untuk tempoh yang lebih lama.

Manakala makanan berkuah dinasihatkan untuk disimpan untuk tempoh maksima 3 hari. Ini kerana bakteria masih boleh membiak dalam suhu sejuk walaupun makanan berada di dalam peti sejuk.

Namun begitu, jika anda masih mahu menyimpan lebihan makanan untuk tempoh yang lebih lama, anda boleh menyimpan makanan di bahagian sejuk beku. Tetapi tempoh baik yang ditetapkan adalah dalam masa dua hingga ke tiga bulan sahaja. Tidak boleh lebih daripada tempoh itu.

Selain itu, bagi makanan dalam tin, pengguna perlu memerhatikan tarikh luput dan keadaan tin simpanan yang selamat digunakan. Pastikan ia tidak berkarat dan tidak berlekuk tanda telah tercemar.

Gambar Hiasan /Unsplash

Sebaiknya keluarkan dahulu makanan itu dan alihkan serta simpan dalam bekas bertutup kedap udara yang lain untuk lebih selamat digunakan dan dimakan.

Public Health Malaysia juga menasihatkan orang ramai yang biasa menyimpan sisa makanan terlalu lama supaya membuangnya dan membersihkan ruangan peti sejuk masing-masing dengan baik.

Parti Komunis China lancar kempen larangan motosikal elektrik di Guangdong, penguatkuasaan undang-undang bagi menguji tahap kesetiaan rakyat dan pegawai tempatan

0

Wilayah Guangdong baru-baru ini mempelopori pelancaran kempen pengharaman motosikal dan kenderaan elektrik di China. Kempen yang merupakan satu lagi misi politik Parti Komunis China (PKC) untuk menguji tahap kesetiaan pegawai tempatan sama ada dapat mengikuti arahan Xi Jinping dengan baik, juga dikatakan bagi tujuan kenaikan pangkat.

Ekoran larangan menunggang motosikal elektrik di Wilayah Guangdong, PKC telah merekrut sebilangan besar pegawai penguatkuasaan undang-undang wilayah dalam melakukan pemeriksaan dari pintu ke pintu kediaman penduduk tempatan.

Sebaik sahaja motosikal atau kenderaan elektrik dijumpai, tidak kira kecil atau besar, murah atau mahal, kesemuanya akan dirampas dengan tiada wang pampasan yang akan diberikan. Sesiapa yang berani membantah dan mempertikai rampasan pihak berkuasa akan berdepan dengan tindakan lebih keras.

Paparan Skrin / The Epoch Times

Pada 31 Mac, tular beberapa rakaman video yang dimuat naik netizen tempatan yang mendedahkan larangan PKC terhadap motosikal elektrik yang digambarkan sebagai satu fenomena rampasan secara tiba-tiba yang agak pelik. 

Kerajaan tempatan tidak mengeluarkan perintah penutupan kilang pengeluar dan penjual yang menghasilkan motosikal atau kenderaan elektrik, tetapi hanya merampas motosikal elektrik milik rakyat jelata yang menggunakannya sebagai kenderaan utama dalam urusan kehidupan seharian.

Seorang wanita muda yang tidak mengetahui penguatkuasaan undang-undang baru ini sedang dilakukan, berkata dia telah menghabiskan ribuan yuan untuk membeli sebuah kereta elektrik. Penguatkuasa undang-undang tempatan tiba-tiba menyita kenderaan itu secara paksa sebaik sahaja ia dikeluarkan dari kedai. Tindakan pihak berkuasa ini dianggap seperti sedang merompak hak dan wang rakyat yang berusaha keras.

Pada ketika ini, hanya Wilayah Guangdong yang mengenakan larangan menunggang motosikal dan kenderaan elektrik, yang menimbulkan tanda tanya adakah wilayah lain akan menguatkuasakan undang-undang yang sama.

Sekiranya ini berlaku, iaitu rakyat tidak dibenarkan menunggang motosikal dan kenderaan elektrik, ia hanya akan menimbulkan kesulitan dalam kehidupan mereka. Bayangkan ratusan ribu syarikat swasta yang bergantung kepada kenderaan ini untuk melakukan penghantaran biasa dan penghantaran cepat akan terjejas? 

Alat pengangkutan utama yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini pada dasarnya adalah motosikal dan kenderaan elektrik. Apa yang harus dilakukan oleh syarikat-syarikat ini sekiranya semuanya dirampas dan mereka kehilangan sumber pendapatan dan keuntungan yang merosot? 

Bagaimanakah pekerja penghantaran dan syarikat kurier dapat berfungsi secara efisen sekiranya kesemua motosikal elektrik telah dirampas? Pasti akan melibatkan lebih banyak pengangguran di China dan menyusahkan kehidupan rakyat.

PKC bertindak melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang jelas zalim dan hanya mempedulikan matlamat rejim, tidak kira sama ada secara terang-terangan menindas dan menipu, serta menimbulkan kekacauan serta kekeliruan rakyat di dalam wilayah atau seluruh negara itu sendiri.

Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia pada usia 99 tahun

0

UNITED KINGDOM- Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II, dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi semalam, Jumaat, 9 April 2020

Berita tersebut telah diumumkan melalui akaun rasmi melalui Twitter The Royal Family.

Duke of Edinburgh itu meninggal pada usia 99 tahun di Istana Windsor, Berkshire, England.

Twitter

“Dengan dukacitanya, baginda ratu mengumumkan kematian suaminya, Duke Of Edinburgh, Putera Philip.

“Putera Philip meninggal dunia di Istana Windsor,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ratu Elizabeth II.

Pada pertengahan Februari lalu, Putera Philip dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London selepas dilaporkan tidak sihat.

Kenyataan akhbar Istana Buckingham kemudian mengesahkannya pada ketika itu bahawa Putera Philip dibawa ke hospital atas nasihat doktor sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 1 Mac lalu, Putera Philip telah dipindahkan ke Hospital St Bartholomew selepas dua minggu menerima rawatan termasuk menguji keadaan jantungnya.

Selepas menjalani pembedahan jantung, Duke Edinburgh keluar hospital pada pertengahan Mac lalu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Puter Philip telah menerima beberapa rawatan termasuk pembedahan pinggul pada tahun 2018.

Pada tahun 2017, Putera Philip memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam acara kerajaan.

Putera Philip dan Ratu Elizabeth II berkahwin pada tahun 1947 dan mereka dikurniakan empat orang anak: Charles, Anne, Andrew, dan Edward.

Putera Charles, 72, adalah individu pertama yang akan menaiki takhta jika ibunya meninggal dunia, diikuti oleh putera sulungnya, Putera William.

Nakal ya.. Anjing ini ‘curi’ mikrofon wartawan sedang ‘live’, kemudiannya lari

0

Anjing sememangnya gemar bermain, lebih-lebih lagi jika sesuatu objek dibaling dan perlu ditangkap. Buat mereka, ia sangat menyeronokkan.

Namun lain pula kisahnya dengan seekor anjing nakal baka Golden Retriever ini apabila bertindak ‘mencuri’ mikrofon seorang wartawan.

Lebih malang lagi, wartawan Rusia bernama Nadezhda Serexkhina itu sedang bersiaran langsung untuk segmen ramalan cuaca apabila anjing tersebut tiba-tiba ‘merosakkan’ keadaan.

Lihat video mereka :

Мир 24/YouTube

Dalam video di atas, Serezkhina sedang membuat laporan cuaca sambil disaksikan rakan di studio, Elina Dashkueva.

Tidak semena-mena, muncul si comel berbulu masuk ke dalam rakaman dan melompat lalu ‘mencuri’ mikrofon yang dipegang wartawan tersebut.

Lebih lucu, si anjing bertindak melarikan diri hingga Serezkhina terpaksa mengejarnya. Rakannya di studio pula jelas kelihatan terkejut dengan situasi tidak dijangka itu.

Мир 24/YouTube

Mujurlah Elina mahir mengalihkan perhatian dan terus membacakan laporan berita selanjutnya di studio. Apalah nasib Serezkhina yang sibuk mengejar anjing itu agaknya ya?

Tidak berapa lama kemudian, skrin menunjukkan mikrofon Serezkhina berjaya diambil semula dan dipegang wartawan itu. Bahkan, si anjing nakal turut menemaninya di sisi hingga laporan selesai.

Мир 24/YouTube

Sempat juga Serezkhina mengusap anjing tersebut yang kelihatan sangat selesa di tepinya. “Saya cuma mahu bermain-main sajalah”.

Мир 24/YouTube

Menurut sumber, tiada kecederaan dilaporkan pada anjing dan wartawan mahupun kerosakan pada mikrofon yang dicuri berkenaan.

Isu kapas Xinjiang : Jenama Barat dikaburkan di stesen TV China

0

Stesen TV China telah mengaburkan logo jenama Barat semasa program mereka, bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen kapas Xinjiang, China.

Langkah ini telah melambatkan sebilangan siaran, kerana penyunting pasca-produksi perlu menapis segala-galanya – daripada kemeja-T hinggalah ke kasut.

Peruncit Barat menghadapi reaksi balas di China setelah mereka menyatakan keprihatinan terhadap tuduhan penggunaan buruh paksa minoriti Uyghur dalam pengeluaran kapas.

Beijing dalam pada itu, menafikan perkara tersebut dan banyak jenama menghadapi boikot dalam kebelakangan ini.

Wujud kemarahan pengguna di media sosial, sementara selebriti pula secara terbuka menghentikan penggunaan jenama Barat dan menyatakan sokongan untuk kapas Xinjiang.

Kini rancangan TV popular bergegas menunjukkan sokongan mereka tetapi dengan hasil lucu yang tidak disengajakan.

Contohnya menerusi rancangan popular, ‘Sisters Who Make Waves’ menampilkan penyanyi dan pelakon seperti ‘terbang’ apabila kasut yang dipakai dikaburkan.

BBC

Begitu juga dengan rancangan realiti Chuang 2021, di mana pengaburan jenama Barat turut dilakukan pada pakaian para peserta daripada kepala hinggalah ke kaki.

Namun agak mencabar untuk mengaburkan jenama Barat pada program pertandingan realiti TV ‘Youth With You’, memandangkan jumlah peserta yang ramai.

Syarikat produksi di belakang rancangan itu, iQiyi, telah mengeluarkan notis pada 25 Mac yang mengatakan bahawa episod berikutnya harus ditangguhkan, tetapi tidak memberikan alasan.

Dua hari kemudian, penonton segera melihat bahawa logo jenama telah dikaburkan pada kemeja-T lebih daripada 50 orang.

Isu kapas mula timbul setelah AS dan pemerintah barat lainnya meningkatkan tekanan terhadap China atas tuduhan pelanggaran hak asasi manusia di wilayah barat laut Xinjiang.

Kempen kapas Xinjiang bermula bulan lalu ketika media dan negara netizen China mengetengahkan H&M mengenai pernyataan yang dibuat tahun lalu.

Ia kemudian segera berkembang untuk merangkumi banyak jenama lain. Beberapa kedai dalam talian telah disekat di China bahkan telah hilang daripada beberapa peta digital.

BBC

Beberapa jenama yang terlibat dalam kontroversi itu termasuk Nike, Adidas dan Puma – semua anggota Better Cotton Initiative (BCI), sebuah kumpulan tidak berasaskan keuntungan yang mempromosikan pengeluaran kapas secara lestari.

Kumpulan itu mengatakan pada bulan Oktober bahawa mereka telah menangguhkan kegiatan di Xinjiang serta melesenkan kapas di wilayah itu, dengan alasan tuduhan dan peningkatan risiko kerja paksa.

Pada bulan Disember, BBC telah menerbitkan penyiasatan berdasarkan penyelidikan baru yang menunjukkan China memaksa ratusan ribu kaum minoriti termasuk Uyghur untuk bekerja secara manual di ladang kapas Xinjiang.

Sementara itu, banyak pengguna media sosial juga berasa ‘simpati’ pada pekerja pasca-produksi. Salah seorang meninggalkan komen di Weibo, “Mereka bekerja sangat keras. Saya rasa mereka tidak dapat tidur hari ini”.

Ini hanyalah contoh terbaru mengenai pengaburan program TV di China. Budaya hip-hop, tatu dan perpecahan semuanya telah ditapis pada masa lalu.

Pada tahun 2019, keputusan platform penstriman video China yang popular untuk menapis telinga pelakon lelaki yang memakai anting-anting, mencetuskan perdebatan hangat dalam talian.

Banyak yang menggunakan media sosial pada masa itu untuk menyuarakan berpendapat bahawa penapisan didorong oleh keinginan untuk melindungi peranan jantina ‘tradisional’.

Sikap tenang tidak panik abang helmet merah dan kakak stesen minyak bantu padam api hampir membakar Kenari ini terima pujian

0

Apa-apa pun apabila semuanya dilakukan dengan tenang dan tidak panik, suatu kemalangan tidak diingini mungkin dapat dielakkan.

Sebuah rakaman video CCTV yang dikongsikan di Facebook menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari sedang terbakar di lokasi kejadian Stesen Minyak Petron ML1.5, Sandakan, Sabah.

Facebook

Rakaman menunjukkan pada mulanya, pemandu kereta terbabit kelihatan panik dan hanya menyimbah air yang sedikit untuk memadamkan api dan bergegas ke tempat duduk pemandu untuk menutup enjin keretanya sebelum meminta bantuan pekerja stesen minyak.

Facebook

Paling menarik perhatian, mujur kelihatan seorang penunggang motosikal berhelmet merah segera datang membantu lelaki ini dengan tenang dan memadamkan api tersebut dengan alat pemadam api yang disediakan di setiap pam, sebelum api menjadi lebih marak.

Facebook

Kemudian datang bergegas dua orang pekerja stesen minyak tersebut, yang mana salah seorang staf wanita turut membantu memadamkan kebakaran itu dengan jayanya menggunakan alat pemadam api.

Facebook

Api yang hampir marak bermula dari bahagian bawah Perodua Kenari itu akhirnya berjaya dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Facebook

Syabas kepada semua yang membantu pemandu Kenari berkenaan. Dengan ketangkasan mereka yang tidak kekok menggunakan alat pemadam api dan berjaya memadamkan kebakaran, satu insiden lebih buruk telah dapat dielakkan daripada berlaku.

Tonton video di sini.

Model, pelakon terkenal Myanmar ditahan tentera ekoran terlibat dengan protes anti-kerajaan

0

Salah seorang model dan selebriti popular di Myanmar difahamkan telah ditahan oleh pihak tentera kerana secara aktif terlibat dalam protes menentang kerajaan.

Model dan pelakon tersebut yang turut popular di Thailand itu, Paing Takhon juga memuat naik kenyataan protes secara dalam talian selain turun ke berdemonstrasi di jalanan.

Adiknya, Thi Thi Lwin berkongsi di Facebook pada 8 April mengenai lebih kurang 50 orang tentera menaiki 8 buah trak telah datang dan menahannya di rumah keluarga mereka di Utara Dagon, Yangon pada jam 5 pagi.

 @paing_takhon/Instagram

“Oleh kerana dia sakit, mereka menahannya dengan tenang tanpa kekerasan. Kami tidak tahu ke mana dia dibawa”.

Menurut sumber, kali terakhir pelakon itu berkongsi mengenai tahap kesihatannya di media sosial adalah pada 7 April lalu, selain meminta doa untuk keamanan Myanmar.

Difahamkan bahawa adik kepada Paing Takhon turut mendedahkan bahawa abangnya itu menderita penyakit malaria dan jantung.

@Moe80791851/Twitter

Akaun selebriti Facebook dan Instagram pelakon berusia 24 tahun itu, yang memiliki lebih sejuta pengikut walau bagaimanapun telah dinyahaktifkan.

Paing Takhon secara terang-terangan menentang rampasan kuasa tentera Myanmar di akaun Instagramnya @paing_takhon sejak Februari lalu.

Burma Irrawady

Malah dia turut memuat naik gambar pemimpin yang digulingkan dan ikon pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi yang ditahan oleh pihak yang merampas tampuk pemerintahan.

“Kami mengutuk keras rampasan kuasa tentera. Kita perlu menghormati keputusan pilihan raya 2020 dan membentuk kerajaan sivil baru secepat mungkin oleh kepemimpinan Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD)”, tulisnya di Instagram sebelum ia dihapuskan.

@Moe80791851/Twitter

Dilaporkan bahawa waran tangkap untuk 100 lagi selebriti, pembuat filem, pelakon, dan wartawan telah dikeluarkan kerana bersuara menentang rampasan kuasa tersebut

Pihak tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu dan mengisytiharkan darurat selama setahun setelah parti NLD Aung San Suu Kyi memenangi pilihan raya umum.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan secara besar-besaran kemudiannya berlaku di seluruh Myanmar, menyaksikan peningkatan keganasan – lebih dari 2,000 orang awam ditahan dan hampir 600 terbunuh.


Warga Malaysia tidak bertanggungjawab sekali lagi memenuhi saliran dengan sampah, kali ini di Kulim

0

Dengan bertambahnya masalah bekalan air bersih, ternyata pencemaran sumber air adalah penyebabnya.

Namun, sebilangan rakyat Malaysia masih mengambil sikap tidak peduli kerana dengan sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam saliran dan mencemarkan kebanyakan sungai yang tidak bersalah. Sikap tidak bertanggungjawab manusia yang mana akhirnya akan memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri.

Majlis Perbandaran Kulim (MPK) Kedah menerusi laman Facebook mereka baru-baru ini menunjukkan jumlah sampah yang dibuang oleh warga Kulim ke dalam perangkap menggunakan jaring yang disusun oleh pihak MPK untuk mencegah reba atau pohon yang dicantas daripada memasuki sungai.

Majlis Perbandaran Kulim / Facebook

Catatan MPK, “Pemandangan pagi yang tidak menyenangkan. Kami mengambil inisiatif untuk memasang perangkap untuk mengelakkan reba memasuki sungai. Bukan digunakan sebagai tapak pelupusan sampah.”

“Bayangkan jika timbunan sampah ini terus memasuki sungai. Ia pasti boleh menyebabkan pencemaran yang lebih teruk,” tambah mereka.

Majlis Perbandaran Kulim / Facebook

Mereka menambah pihak MPK akan membantu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kulim untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang telah membuang sampah ke dalam saliran dan sungai.

Majlis Perbandaran Kulim / Facebook

Tidak banyak usaha diperlukan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan dan menguruskan sampah sendiri dengan baik. Jadi mengapa sikap pemalas dan pengotor yang perlu sesetengah orang di Malaysia amalkan secara berterusan? Membuang sampah merata-rata adalah sikap golongan yang ketinggalan zaman dan tidak bertamadun.

Majlis Perbandaran Kulim / Facebook

Mengambil jalan mudah dengan membuang sampah dengan sewenang-wenangnya di tepi jalan atau ke dalam sungai berdekatan adalah sikap buruk yang tidak ubah seperti haiwan. Jika ada orang mengatakan anda yang suka membuang sampah merata-rata sebagai monyet, sudah pasti anda akan marah bukan kerana anda mengatakan diri sendiri sebagai manusia.

Majlis Perbandaran Kulim / Facebook

Apabila air tercemar, anda akan menyalahkan kerajaan dan pihak berkuasa, walhal anda sendirilah puncanya, salah satu tangan-tangan dengan hati kotor yang mencemarkan air minuman anda sendiri.

Majlis Perbandaran Kulim / Facebook

Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dengan lebih tegas bagi menangani mereka yang gemar secara suka-suka dan seronok membuang sampah ke dalam sungai sehingga mencemarkan alam sekitar. 

Ingatkan gula-gula kapas, rupanya ‘gumpalan’ putih gebu ini adalah seekor kucing comel. Geram tengok!

0

Membela kucing bukan cukup semata anda menyayanginya sahaja. Anda juga perlu memikirkan tentang kebajikannya – makanan, kesihatan, penjagaan khas dan pelbagai lagi.

Misalnya kucing berbulu lebat dan panjang, terdapat penjagaan bulu yang khusus agar ia tidak mudah gugur, kusut dan sebagainya.

Dengan penjagaan yang rapi dan kemas, maka sihat dan cantiklah bulu kucing anda, seperti kucing comel dan gebu di Jepun ini.

Seorang pengguna Twitter, @puresepe71 ada berkongsi foto yang menunjukkan seperti gumpalan bulu berwarna putih di atas lantai.

Rata-rata pengguna lain menyangka bahawa ia gumpalan kapas ataupun gula-gula kapas di lantai sedangkan ia sebenarnya adalah seekor kucing!

Tengok daripada belakang pun kita seakan-akan dapat merasai kegebuan dan kelembutan bulu kucing comel tersebut bukan?

Ada juga rasa macam mahu gigit melihat ‘gula-gula kapas’ yang comel ini..

Daripada pandangan depan pun masih lagi gebu. Memang bulunya cantik, putihnya juga bersih!

“Tengah bercakap mengenai saya ke? Sayalah si gebu yang didambakan manusia tu..”

Alahai geram betul tengok! Untung tuannya boleh peluk si gebu ini, atau mungkin boleh jadikan ia sebagai ‘bantal peluk’ istimewa.

DBKL kesal harta awam yang menghiasi sekitar KL dirosakkan

0

Kesedaran dalam menjaga harta awam masih perlu ditingkatkan lagi dalam kalangan masyarakat, ini kerana ada sahaja kes melibatkan kerosakan harta awam dilaporkan.

Baru-baru ini, kerosakan perabot awam (berbentuk bulat seperti bola berwarna kuning) yang diletakkan di sekitar pusat beli belah SOGO dan Jalan Ampang.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membawa perkara itu ke laman Facebook agar ia menjadi pengajaran buat orang ramai.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/Facebook

Menurut DBKL, perabot yang memiliki nilai seni dan mengindahkan persekitaran itu berperanan sebagai kerusi untuk pejalan kaki yang berhenti seketika.

Bahkan ia turut berfungsi sebagai halangan agar kenderaan tidak sewenang-wenangnya diletakkan di kawasan dan ruang siarkaki.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/Facebook

“Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merosakkan harta awam tetapi mencacatkan keindahan yang giat dipertingkatkan di pusat bandar”.

Di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991, kesalahan vandalisme di KL boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/Facebook

Menurut Seksyen 6 Akta, sesiapa yang didapati bersalah perlu membayar komisen setiap biaya yang ditanggung oleh Pesuruhjaya dalam melaksanakan peruntukan Undang-Undang Kecil 5.

Malahan, pesalah juga memberi pampasan kepada Pesuruhjaya atas segala kerosakan yang berlaku pada harta benda Pesuruhjaya.

Jadi beringatlah ya. Sayangilah harta benda awam kerana semuanya untuk kegunaan anak bangsa kita juga kelak.