UNITED KINGDOM- Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II, dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi semalam, Jumaat, 9 April 2020
Berita tersebut telah diumumkan melalui akaun rasmi melalui Twitter The Royal Family.
Duke of Edinburgh itu meninggal pada usia 99 tahun di Istana Windsor, Berkshire, England.
“Dengan dukacitanya, baginda ratu mengumumkan kematian suaminya, Duke Of Edinburgh, Putera Philip.
“Putera Philip meninggal dunia di Istana Windsor,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ratu Elizabeth II.
Pada pertengahan Februari lalu, Putera Philip dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London selepas dilaporkan tidak sihat.
Kenyataan akhbar Istana Buckingham kemudian mengesahkannya pada ketika itu bahawa Putera Philip dibawa ke hospital atas nasihat doktor sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 1 Mac lalu, Putera Philip telah dipindahkan ke Hospital St Bartholomew selepas dua minggu menerima rawatan termasuk menguji keadaan jantungnya.
Selepas menjalani pembedahan jantung, Duke Edinburgh keluar hospital pada pertengahan Mac lalu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Puter Philip telah menerima beberapa rawatan termasuk pembedahan pinggul pada tahun 2018.
Pada tahun 2017, Putera Philip memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam acara kerajaan.
Putera Philip dan Ratu Elizabeth II berkahwin pada tahun 1947 dan mereka dikurniakan empat orang anak: Charles, Anne, Andrew, dan Edward.
Putera Charles, 72, adalah individu pertama yang akan menaiki takhta jika ibunya meninggal dunia, diikuti oleh putera sulungnya, Putera William.