Apa-apa pun apabila semuanya dilakukan dengan tenang dan tidak panik, suatu kemalangan tidak diingini mungkin dapat dielakkan.
Sebuah rakaman video CCTV yang dikongsikan di Facebook menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari sedang terbakar di lokasi kejadian Stesen Minyak Petron ML1.5, Sandakan, Sabah.
Rakaman menunjukkan pada mulanya, pemandu kereta terbabit kelihatan panik dan hanya menyimbah air yang sedikit untuk memadamkan api dan bergegas ke tempat duduk pemandu untuk menutup enjin keretanya sebelum meminta bantuan pekerja stesen minyak.
Paling menarik perhatian, mujur kelihatan seorang penunggang motosikal berhelmet merah segera datang membantu lelaki ini dengan tenang dan memadamkan api tersebut dengan alat pemadam api yang disediakan di setiap pam, sebelum api menjadi lebih marak.
Kemudian datang bergegas dua orang pekerja stesen minyak tersebut, yang mana salah seorang staf wanita turut membantu memadamkan kebakaran itu dengan jayanya menggunakan alat pemadam api.
Api yang hampir marak bermula dari bahagian bawah Perodua Kenari itu akhirnya berjaya dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan.
Syabas kepada semua yang membantu pemandu Kenari berkenaan. Dengan ketangkasan mereka yang tidak kekok menggunakan alat pemadam api dan berjaya memadamkan kebakaran, satu insiden lebih buruk telah dapat dielakkan daripada berlaku.
Tonton video di sini.