25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGlobalModel, pelakon terkenal Myanmar ditahan tentera ekoran terlibat dengan protes anti-kerajaan

Model, pelakon terkenal Myanmar ditahan tentera ekoran terlibat dengan protes anti-kerajaan

Salah seorang model dan selebriti popular di Myanmar difahamkan telah ditahan oleh pihak tentera kerana secara aktif terlibat dalam protes menentang kerajaan.

Model dan pelakon tersebut yang turut popular di Thailand itu, Paing Takhon juga memuat naik kenyataan protes secara dalam talian selain turun ke berdemonstrasi di jalanan.

Adiknya, Thi Thi Lwin berkongsi di Facebook pada 8 April mengenai lebih kurang 50 orang tentera menaiki 8 buah trak telah datang dan menahannya di rumah keluarga mereka di Utara Dagon, Yangon pada jam 5 pagi.

 @paing_takhon/Instagram

“Oleh kerana dia sakit, mereka menahannya dengan tenang tanpa kekerasan. Kami tidak tahu ke mana dia dibawa”.

Menurut sumber, kali terakhir pelakon itu berkongsi mengenai tahap kesihatannya di media sosial adalah pada 7 April lalu, selain meminta doa untuk keamanan Myanmar.

Difahamkan bahawa adik kepada Paing Takhon turut mendedahkan bahawa abangnya itu menderita penyakit malaria dan jantung.

@Moe80791851/Twitter

Akaun selebriti Facebook dan Instagram pelakon berusia 24 tahun itu, yang memiliki lebih sejuta pengikut walau bagaimanapun telah dinyahaktifkan.

Paing Takhon secara terang-terangan menentang rampasan kuasa tentera Myanmar di akaun Instagramnya @paing_takhon sejak Februari lalu.

Burma Irrawady

Malah dia turut memuat naik gambar pemimpin yang digulingkan dan ikon pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi yang ditahan oleh pihak yang merampas tampuk pemerintahan.

“Kami mengutuk keras rampasan kuasa tentera. Kita perlu menghormati keputusan pilihan raya 2020 dan membentuk kerajaan sivil baru secepat mungkin oleh kepemimpinan Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD)”, tulisnya di Instagram sebelum ia dihapuskan.

@Moe80791851/Twitter

Dilaporkan bahawa waran tangkap untuk 100 lagi selebriti, pembuat filem, pelakon, dan wartawan telah dikeluarkan kerana bersuara menentang rampasan kuasa tersebut

Pihak tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu dan mengisytiharkan darurat selama setahun setelah parti NLD Aung San Suu Kyi memenangi pilihan raya umum.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan secara besar-besaran kemudiannya berlaku di seluruh Myanmar, menyaksikan peningkatan keganasan – lebih dari 2,000 orang awam ditahan dan hampir 600 terbunuh.


MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI