31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaParti Komunis China lancar kempen larangan motosikal elektrik di Guangdong, penguatkuasaan undang-undang...

Parti Komunis China lancar kempen larangan motosikal elektrik di Guangdong, penguatkuasaan undang-undang bagi menguji tahap kesetiaan rakyat dan pegawai tempatan

Wilayah Guangdong baru-baru ini mempelopori pelancaran kempen pengharaman motosikal dan kenderaan elektrik di China. Kempen yang merupakan satu lagi misi politik Parti Komunis China (PKC) untuk menguji tahap kesetiaan pegawai tempatan sama ada dapat mengikuti arahan Xi Jinping dengan baik, juga dikatakan bagi tujuan kenaikan pangkat.

Ekoran larangan menunggang motosikal elektrik di Wilayah Guangdong, PKC telah merekrut sebilangan besar pegawai penguatkuasaan undang-undang wilayah dalam melakukan pemeriksaan dari pintu ke pintu kediaman penduduk tempatan.

Sebaik sahaja motosikal atau kenderaan elektrik dijumpai, tidak kira kecil atau besar, murah atau mahal, kesemuanya akan dirampas dengan tiada wang pampasan yang akan diberikan. Sesiapa yang berani membantah dan mempertikai rampasan pihak berkuasa akan berdepan dengan tindakan lebih keras.

Paparan Skrin / The Epoch Times

Pada 31 Mac, tular beberapa rakaman video yang dimuat naik netizen tempatan yang mendedahkan larangan PKC terhadap motosikal elektrik yang digambarkan sebagai satu fenomena rampasan secara tiba-tiba yang agak pelik. 

Kerajaan tempatan tidak mengeluarkan perintah penutupan kilang pengeluar dan penjual yang menghasilkan motosikal atau kenderaan elektrik, tetapi hanya merampas motosikal elektrik milik rakyat jelata yang menggunakannya sebagai kenderaan utama dalam urusan kehidupan seharian.

Seorang wanita muda yang tidak mengetahui penguatkuasaan undang-undang baru ini sedang dilakukan, berkata dia telah menghabiskan ribuan yuan untuk membeli sebuah kereta elektrik. Penguatkuasa undang-undang tempatan tiba-tiba menyita kenderaan itu secara paksa sebaik sahaja ia dikeluarkan dari kedai. Tindakan pihak berkuasa ini dianggap seperti sedang merompak hak dan wang rakyat yang berusaha keras.

Pada ketika ini, hanya Wilayah Guangdong yang mengenakan larangan menunggang motosikal dan kenderaan elektrik, yang menimbulkan tanda tanya adakah wilayah lain akan menguatkuasakan undang-undang yang sama.

Sekiranya ini berlaku, iaitu rakyat tidak dibenarkan menunggang motosikal dan kenderaan elektrik, ia hanya akan menimbulkan kesulitan dalam kehidupan mereka. Bayangkan ratusan ribu syarikat swasta yang bergantung kepada kenderaan ini untuk melakukan penghantaran biasa dan penghantaran cepat akan terjejas? 

Alat pengangkutan utama yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini pada dasarnya adalah motosikal dan kenderaan elektrik. Apa yang harus dilakukan oleh syarikat-syarikat ini sekiranya semuanya dirampas dan mereka kehilangan sumber pendapatan dan keuntungan yang merosot? 

Bagaimanakah pekerja penghantaran dan syarikat kurier dapat berfungsi secara efisen sekiranya kesemua motosikal elektrik telah dirampas? Pasti akan melibatkan lebih banyak pengangguran di China dan menyusahkan kehidupan rakyat.

PKC bertindak melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang jelas zalim dan hanya mempedulikan matlamat rejim, tidak kira sama ada secara terang-terangan menindas dan menipu, serta menimbulkan kekacauan serta kekeliruan rakyat di dalam wilayah atau seluruh negara itu sendiri.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI